Khairul Fahmi Che Mat Apex & Leuniey Natasha Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz

1

Hari ini, tanggal 28 Disember 2012, pastinya menjadi tarikh yang diingati oleh semua peminat bola sepak. Tiada perlawanan penting pun hari ini, yang berlaku hari ini ialah hari pernikahan antara penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat dengan kekasih hati tersayang iaitu Nur Eilunie Natasha Jaafar. Bagi pasangan yang sweet ini, pastinya tarikh 28 Disember adalah tarikh keramat dan segala kenangan manis hari ini akan diingati selama-lamanya.

Majlis Akad Nikah Apex Leuniey Natasha

Wah, pulang sahaja dari Sidang Media Pelancaran Asean International Film Festival & Awards 2013 pagi tadi, Budiey pun terus melayari Facebook dan Instagram untuk melihat gambar-gambar sekitar Majlis Nikah Apex & Leuniey.

Meriah jugaklah, siap rombongan pihak lelaki diarak dan diiringi oleh pasukan polis trafik sepanjang perjalanan rombongan ke rumah keluarga Leuniey. Maklumlah takut jalan sesak kot.

Gambar Nikah Apex Leuniey Kahwin-resepsi

Syukurlah ya, setelah sekian lama mengharungi cabaran, kontroversi, propaganda dan segala macam mehnah dan puji dan tohmahan, akhirnya duta Brylcreem dan produk minuman 100Plus ini telah menjadi hak milik mutlak Leuniey Nastaha yang baru berusia 21 tahun. Pergh! Kahwin muda, mesti senang dapat anak. Tambahan pula, Apex dan Leuniey kahwin di musim hujan. Sejuk-sejuk macam ni, memang bestlah diorang buat anak, ye tak?

Apex dan Leuniey disatukan dengan hanya sekali lafaz sahaja. Kerlas Apeks! Mereka selamat dijabkabulkan di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan kira-kira jam 10 pagi tadi. Fuh, melihat pada gambar-gambar nikah pasangan hot ni, memang cantik dan berseri-seri je diorang. Cun! Kos perkahwinan ni pun bukan main meletop sampai menjangkau RM300ribu dengarnya. Maklumlah banyak juga tajaan yang diterima.

Budiey dan pembaca sekalian ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Apex dan Leuniey. Semogo demo berbahagio sokmo la deh sampai ko anok cucu deh. Kawe doa biar demo cepat buleh anok. Mesti comey anok demo keh?

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di rumah keluarga Leuniey yang katanya agak besar dan cantik juga. Majlis turut dihadiri Timbalan Mufti Kelantan, Dato` Nik Abd Kadir serta bersaksikan Abd Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga belah pihak Leuniey serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min (pihak lelaki).

Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki yang turut menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000 berserta 7 dulang yang mengandungi barang-barang seperti kain Sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung, berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan yang terdiri daripada kain Sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Gambar Nikah Apex Leuniey Kahwin-resepsi-hantaran

Kehadiran Apex serta rombongan pihak lelaki telah disambut oleh Leuniey serta ibu bapanya, Nazri Adnan, 44, serta Norlaila Abu Bakar, 45, serta adik beradik Leuniey yang lain iaitu Amir Asyarf Jaafar,15, Dhia Yasmin Nazri,12, Aisya Niesreena, 10, serta Adam Muqlis, 8.

Selain Apex, rombongn pihak lelaki yang turut hadir di majlis akad nikah tersebut adalah ibu bapa Apex sendiri iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta 5 adik-beradiknya iaitu Zainun Che Mat, 37 tahun, Hasnah Che Mat, 33, Rogayah Che Mat, 31, Khairul Fahmi Che Mat, 23 tahun serta Mohammad Aiman Muqrish Che Mat, 10.

Apek yang nampak kacak dengan persalinan baju Melayu berona putih krim rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail itu berkata, dia sangat bersyukur sebab segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

“Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar. Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat.”

Jika sebelum kahwin, banyak sekali mata-mata memerhati pergerakan dia dan Leuniey. Lagi pun masa untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.

Pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu lagi. Tapi mengikut kata Apek, dia suka tempat yang sejuk. Mereka masih lagi menganggap masa berbulan madu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

“Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu.”

Tahniah dari budiey.com. Selamat berbulan madu semoga bahagia kekal hingga ke hujung nyawa. Kredit Berita & Foto: Klik Sini, Instagram Ezuwan Ismail & The Photolicious

Majlis Nikah Apex Leuniey Kelantan

Majlis Nikah Apex Leuniey Kelantan

Gambar Nikah Apex Leuniey Kahwin-cantik

Gambar Nikah Apex Leuniey Kahwin

Gambar-apex-leuniey-nikah-sanding

Gambar Nikah Apex Leuniey Kahwin-resepsi-ezuwan-ismail

Komen via Facebook

Komen

Share
— 789 Bacaan

1 Comment

  1. nur says:

    Apex dan Lieuney akan menjadi pasangan legendary kiranya kedua-duanya menjaga imej murni yang kasih mengasihi diantara satu sama lain sehingga akhir hayat. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge