Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Khai Terkejut & Gembira Rosma Mengandung



Rosma dah mengandung anak pertama… tahniah buat Khai dan Rosma. 

Siapa sangka, kata-kata jenaka dalam konti radio oleh deejay Radio Era FM, Reza, menjadi kenyataan buat bintang Akademi Fantasia (AF), Rosmayati Sidik, 23 atau Rosma apabila disahkan mengandung. Ketika ditemubual murai.com.my, suami Rosmah yang juga bintang AF, Mohd Khairul Nizam Mohamad Wahi, 29, atau Khai berkata, berita mengejutkan itu cukup mengembirakan mereka suami isteri.

Khai berkata, semuanya dikenal pasti selepas pemeriksaan ringkas yang dibuat di klinik berhampiran kediaman mereka di Seri Kembangan, Selangor, malam tadi. Bagaimanapun jelas Khai, pemeriksaan susulan yang lebih teliti akan dijalankan di hospital dalam waktu terdekat bagi memastikan kesihatan dan usia sebenar kandungan berkenaan. 

“Alhamdulillah. Memang kami terlalu seronok apabila mendengar berita ini. Sebenarnya kami merancang untuk hanya memiliki cahaya mata tahun depan, tak sangka pula saat yang dinantikan itu berlaku sekarang. Memang masin mulut Reza dan sebagai suami, saya sudah bersedia untuk bergelar ayah,” katanya yang sedang dalam perjalanan untuk menjalani latihan Sehati Berdansa 2 bagi saingan minggu ini selepas terselamat daripada tersingkir minggu lepas.

Khai berkata,  dia dan Rosma terkejut apabila rata-rata pendengar memberi pendapat serupa yang menyatakan Rosma mengandung. Menyentuh berkenaan pnyertaan mereka dalam Sehati Berdansa 2, Khai berkata tidak ada alasan untuk mereka menarik diri daripada program realiti itu memandangkan tempoh pertandingan hanya tinggal seminggu.

Kata Khai, dia dan Rosma sudahpun memaklumkan berita gembira itu kepada peserta Sehati Berdansa 2  yang ternyata turut gembira dengan perkhabaran itu.

“Semua peserta Sehati Berdansa 2 sudah tahu berita ini, tapi kami belum memaklumkan lagi kepada pihak penerbit rancangan itu. Insya-Allah dalam waktu terdekat, kami akan menghebahkan berita ini kepada pihak media lain. Apapun kami akan lakukan yang terbaik untuk Sehati Berdansa 2, mana tahu rezeki menyebelahi kami. Kalau itu berlaku, alhamdulillah, mungkin rezeki anak kami,” katanya.

Tags: ,

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Rosma & Khai Pakai Baju Gaun Pengantin
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Mawi & Ekin, Khai & Rosma dan Riezman & Kartina Dalam Kelab Pop
  • Gambar Kahwin Wedding Rosma dan Khai Bersanding
  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event
  • Gambar Selebriti di Anugerah Bintang Popular ABP 2008
  • Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia Terakhir
  • Gambar Bunga Citra Lestari Hamil?
  • Rita Rudaini Hamil Anak Pertama



  • Satu Komen untuk entri “Khai Terkejut & Gembira Rosma Mengandung”

    1. nurulema kata:

      hye…mesti xsabar nak sambut baby baru ya’….tahniah….dan semoga kekal bersama insan tersayang slamanya…..love ya’….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK