in

Khabar Haji Astro Oasis 2011

ASTRO OASIS BAWA BERITA DARI TANAH SUCI MEKAH LAGI
Kandungan berita dan hal ehwal semasa yang lebih komprehensif sepanjang musim Haji 1432H

Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2009, Astro meneruskan tradisinya pada setiap tahun untuk memaparkan program berita dan hal ehwal semasa yang komprehensif berkaitan perjalanan haji. Berdasarkan maklum balas dan penerimaan yang amat positif, program Khabar Haji sekali lagi bersiaran pada tahun ini untuk musim yang ketiga, bersamaan 1432 Hijrah di Astro Oasis (Saluran 106).

Bermula 24 Oktober hingga 7 November 2011, Khabar Haji akan ditayangkan setiap hari selama 15 episod pada jam 10 malam dari Arab Saudi untuk memberi gambaran visual perjalanan haji tahun ini. Bukan sekadar sebuah program berita dan hal ehwal semasa, penonton turut dipaparkan dengan memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima ini. Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji iaitu Wukuf dan Melontar Jamrah bermula 9 hingga 11 Zulhijjah*, siaran secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah dan Mina.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, “Astro Oasis berasa amat bertuah kerana kerana dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat produksi dari Arab Saudi pada tahun ini. Melalui usahasama ini, kami dapat mengembangkan perjalanan rakaman Khabar Haji ke tempat-tempat yang sebelum ini sukar ditembusi oleh pihak media. Ini secara tidak langsung akan memudahkan tugas pasukan produksi kami untuk memaparkan kandungan berita dan laporan yang lebih eksklusif dan terkini kepada para penonton.

Pasukan produksi juga terdiri daripada mereka yang sudah berpengalaman. Ini termasuklah dua orang pengacara iaitu Haji Nazri Kahar yang pernah mengikuti rombongan Khabar Haji pada musim pertama dan Imam Muda Azhar yang merupakan pengacara pada tahun lalu. Tenaga kerja berpengalaman dan perancangan yang rapi untuk musim ketiga ini akan dapat menghasilkan sebuah program yang terbaik dan memberi gambaran lebih jelas terhadap perjalanan rukun Islam yang kelima ini.”

Khabar Haji musim yang ketiga menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan. Antaranya menyingkap kehidupan harian dan aktiviti rakyat Malaysia di Makkah seperti, pegawai Tabung Haji, pekerja profesional dan mahasiswa Universiti Ummul Qura. Selain itu Khabar Haji 1432H juga akan menyingkap lebih dalam tentang persiapan haji seperti penginapan, katering dan kemudahan untuk jemaah yang uzur.

Jangan ketinggalan menyaksikan program berita dan hal ehwal semasa komprehensif berkaitan perjalanan haji berjudul Khabar Haji 1432H bermula 24 Oktober hingga 8 November 2011 dan kemuncaknya pada 9 hingga 11 Zulhijjah 1432H hanya di Astro Oasis (Saluran 106). Selamat menonton!


Izelan Basar 1

Izelan Basar

hj nazri

Haji Nazri

Azhar

Azhar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mudahnya Bermalam di Harris Suites fX Sudirman Jakarta

The Walking Dead