in

Keunikan Majlis Pelancaran Astro Celebrates Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Satu perkataan yang keramat untuk kita warga Malaysia. Ya, nampaknya pejam-celik pejam-celik, lebih kurang 4 hari lagi, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-56.

Astro Celebrates Merdeka

Sempena dengan sambutan kali ini, Astro telah melancarkan kempen Astro Celebrates Merdeka di mana mengetengahkan keunikan budaya kita yang memang tak sama dengan negara lain. Tahniah Astro!

Astro Celebrates Merdeka

#UrMalaysianShowing

Yelah, kau korang semua perhatikan betul-betul dari segi budaya percakapan kita seharian pun memang unik. Masing-masing menggunakan cara pertuturan berbeza. Itu tak termasuk lagi dengan loghat negeri masing-masing. Seperti Budiey yang memang pure anak jati Kelantan ni, semestinya pekat dengan loghat Kelantan.

Budiey setuju bila ramai yang kata, loghat Kelantan ni susah nak difahami sebab dia menggunakan singkatan perkataan dan kadang-kadang Budiey rasa takdelah susah sangat pun sebab loghat Kelantan ni ada yang slang diambil dari bahasa Inggeris. Contohnya, CornerKona. Paling kelakar bila ada sekali sekala bercakap bahasa Malaysia, pasti Budiey akan selit dengan loghat Kelantan. Itu yang kadang-kadang kantul tu, kan. Tapi tak apa la kantul pun sebab Budiey bangga menjadi rakyat Malaysia yang ada kelainan dari segi gaya percakapan.

Astro Celebrates Merdeka

Sebagai contohnya lagi, untuk menunjukkan perkara yang kita selalu buat, kita guna perkataan sokmo di mana perkataan sokmo sekarang dah jadi slang dan digunakan di mana sahaja. Misalnya, saya ingat sokmo kepada awak .

Mungkin sebab inilah Astro telah memperkenalkan hashtag #UrMalaysianShowing di laman social. Tak kiralah anda peminat tegar Twitter ke, Facebook ke, Instagram ke, anda bolehlah letak hashtag ni sebagai satu mesej yang positif untuk kita semua menghargai keunikan negara Malaysia yang kita cintai ini. Jadi terserahlah kepada anda semua nak tweet dengan menggunakan slang yang anda gunakan dalam percakapan seharian. Tak rugi pun rasanya untuk kongsikan pengalaman menggunakan slang ni sebab kadang-kadang tu, benda ni boleh jadi sesuatu yang kelakar atau jokes pulak, kan. Yang penting, jangan lupa dengan hashtag #UrMalaysianShowing.

Astro Celebrates Merdeka

#GoBeyond

Selain hashtag #UrMalaysianShowing , pada tahun ini juga Astro menyeru semua warga Malaysia supaya menjadikan diri kita lebih positif. Budiey sangat menyokong 100% kempen ini sebab ia sekaligus menggalakan kita semua menyebarkan nilai-nilai positif. Untuk memeriahkan lagi kempen ini di laman sosial, hashtag Astro mengalu-alukan kita semua menggunakan hashtag #GoBeyond . Contoh yang Budiey boleh berikan kat sini, tweet dari Datuk Aznil Haji Nawawi yang turut hadir di Pelancaran Astro Celebrates Merdeka di Mid Valley Megamall baru-baru ini.

Astro Celebrates Merdeka

Budiey turut dijemput untuk melihat dan menyaksikan pelancaran yang turut disertai oleh beberapa orang selebriti terkenal termasuklah Dato’ Aznil Hj Nawawi, Lisa Surihani, Haniff (ERA), Ryan De Alwis (hitz.fm), Jason Phang (MY FM), Ezra (MIX fm), Uthaya (THR Raaga), Arnold (hitz.fm), Geraldine Gan, Jie Ying, Weon, Revathy, Lingkesh, Vinoth serta ramai lagi. Memang meriah dan gamat pulak event kali ini sebab semua selebriti ni ada peminat dan kumpulan pengikut mereka sendiri di laman social.

Astro Celebrates Merdeka

Macam-macam aktiviti ada kat pelancaran Astro Celebrates Merdeka ni. Antaranya ada booth reka baju T Excuse Me Sir #UrMalaysianShowing di mana anda boleh mencipta baju T edisi khas anda sendiri dengan menggunakan bahasa pasar atau slang. Contoh yang Budiey dah tengok diorang ni dah buat ialah #Rilekslah #Syok #Bro #Jom dan macam-macam lagi. Hasil jualan baju T ini akan didermakan ke tabung Astro Kasih. Yang penting anda semua boleh reka baju T anda ini di rumah atau di mana sahaja sebab ia boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Facebook. Layari je: https://www.facebook.com/AstroGoBeyond

Budiey tak mahu ketinggalan untuk turut sama menyumbang dan Budiey dah pun create Baju T Budiey sendiri. Senang je, tak sampai 5 minit pun.

Mula-mula sekali, kita pergi ke laman Facebook www.facebook.com/AstroGoBeyond klik kepada apilikasi https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing .

Astro Merdeka

Kemudian, kita kena pilih ‘Chari-Tee’ dan kita bebas untuk memilih sendiri perkataan slanga yang kita suka. Kita boleh beli baju T ini dan hasil belian ini akan didermakan kepada yang memerlukan dibawah tabung Astro Kasih.

Astro Merdeka

Budiey dah pilih perkataan yang Budiey nak ni. Tengok kat atas… Ohsem, Cun, Just Got Better. Korang pula mungkin mahu perkataan lain kan? So, boleh pilih yang mana satu korang berkenan. Banyak betul perkataan slanga rupanya.

Astro Merdeka

 

Baju T Untuk Amal

Harga untuk setiap baju T ialah RM25. Budiey mahu ‘rembat’ 2 helai baju T bersaiz XL gituh. Mampu? Anda pulak bila lagi? Masa ni la nak buat amal!

Selain baju T, Excuse Me Sir #UrMalaysianShowing ini juga menggunakan platform video untuk menyebarkan kepelbagaian budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Paling menarik, semasa pelancaran ini, ada gimik yang pertama kali Budiey jumpa. Iaitu menggunakan #GoBeyond Positive Engine. Enjin ini seolah-olah satu meter atau pengukur yang memberitahu kita sejauh mana atau tahap sikap positif dan kegembiraan yang ada pada orang kita khususnya di saat kita melaungkan semangat kemerdekaan. Kadang-kadang kita hanya pandai laung Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tapi kita tak tahu macamana nak hargai nilai merdeka itu sendiri. Betul tak?

Lebih dari itu, Budiey melihat #GoBeyond ni satu positive movement. Kalau kita baca semua tweet yang guna hashtag #GoBeyond ni, kita juga boleh ikut sama memotivasikan diri kita.

Senang je untuk jadikan positif ni. Kita mulakan dengan melakukan sesuatu yang positif dan kongsikan di laman social supaya semua orang tahu tentang sikap kita yang positif dan ini sekaligus dapat galakkan semua orang jadi positif. Bila semua rakyat Malaysia jadi positif, maka negara kita akan jadi lebih aman dan lebih maju. Percayalah!

Untuk menyokong kempen ini, apa kata anda juga boleh terlibat sama dengan menyampaikan apa sahaja mesej yang positif. Contohnya Budiey dah pun sebarkan melalui aplikasi #GoBeyond di laman facebook: www.facebook.com/AstroGoBeyond

Astro Merdeka

Sangat mudah untuk join kempen ni. Anda hanya perlu berkongsi ayat-ayat pendek yang Budiey sifatkan sangat baik, positif dan kita mahu semua lebih positif.

Astro Merdeka

Ini contoh apa yang telah Budiey kongsikan dengan rakan-rakan di Facebook.

Astro Merdeka

Budiey suka bercakap pasal positif ni, sebab dari dulu lagi, dalam diri Budiey ni ada benda-benda atau perasaan negatif yang Budiey rasa nak tak nak kita kena buang jauh-jauh. Budiey rasa, Budiey kena menjadikan diri kita lebih positif untuk mencapai apa yang kita cita-citakan.

Astro Merdeka

Dengan sikap positif sahajalah kita boleh maju ke hadapan, betul tak? Contoh terdekat bila dulunya Budiey selalu berputus asa dan lemah semangat untuk jadi penulis blog hiburan sepenuh masa apabila ada yang mencemuh dan mengutuk Budiey di laman social. Haa, jangan ingat takde yang kutuk Budiey, tau. Kadang-kadang dengan cemuhan orang ramai ni, kita boleh down dan lemah semangat. Tapi bila kita fikir balik, kadang-kadang dengan cemuhan itulah kita boleh jadikan diri kita lebih kuat untuk menempuh cabaran. Bukan senang nak jadi blogger yang berjaya. Nak tak nak kita kena usaha lebih, komited dan berdisiplin.

Sejurus selepas dilancarkan, sebuah lagu khas untuk kempen Merdeka dari Astro juga turut dilancarkan dengan persembahan secara live oleh Erul dan beberapa orang selebriti terlibat.

Untuk info lanjut, layari: http://gobeyond.com.my

Gambar selebriti yang menghadiri event ini:

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Astro Celebrates Merdeka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Sebab Anda Patut Ke Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza

Jom Sertai Perarakan Maya Maxis di Hari Merdeka