Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Kesederhanaan Dekorasi di Majlis Resepsi Maya Karin



Semalam, Budiey dan kawan media yang lain ke FRIM yang terletak di Kepong untuk majlis resepsi Maya Karin. Suasana malam itu begitu dingin. Awan mendung dan hujan renyai turun membasahi hujan. Sekitar jam 7.45 malam, Budiey menjejak kaki untuk kali pertama di FRIM.

Nun jauh di sana, khemah panjang berbumbung putih seakan melambai-lambai menyambut tamu. Hadirin yang datang perlu melalui karpet hitam yang terhampar sejauh 100 meter yang diterangi oleh pelita di kiri kanan laluan. Di khemah, cahaya remang lampu bulat bewarna putih digantung menambah keredupan suasana.

Dekorasi yang simple dan sederhana sudah menggambarkan betapa majlis ini akan berlangsung dalam suasana yang begitu minima. Menggunakan warna tema hitam dan putih, majlis tampak begitu elegan walaupun dalam suasana yang minima.

Sedikit gambar dekorasi untuk korang…

Ini lah dia doorgift yang ditaja OSRAM. Sebuah mentol lampu yang menjimatkan tenaga elektrik. Ingat lagi tak, masa sidang media di pejabatnya, Maya Karin begitu teruja dan tidak sabar untuk memberikan doorgift ini kepada para jemputan. Kira lain dari yang lain jugak kan? Biasanya, orang akan kasi coklat, bunga telur atau goodies lain. Kira ini satu simbolik jugak, mentol melambangkan satu kehidupan yang memberikan cahaya kepada insan.

Meja untuk majlis makan bersuap… hitam putih, Sederhana sangat!

Kek pun warna hitam dan putih. Dua tingkat aje. Tak perlu bertingkat-tingkat sampai menjulang langit.

Ramai orang tertanya mengapa Maya Karin buat majlis ini di FRIM. Jawapan yang tepat, bukankah Maya Karin adalah duta alam sekitar? Yea, tengok sendiri dekorasi… ada buah epal dan dedaunan hijau. Sejuk mata memandang.

Tempat letak lilin ni menyuntik sedikit unsur mewah dan elegan.

Di pelaminan yang berlampikkan sofa besar kayu jati berwarna putih.

“Meh, abang suap…” Romantik tak pasangan ni?

Acara memotong kek

Budiey sempat bergambar dengan kedua mempelai.

Maya Karin… selamat pengantin baru untuk awak! We love you so much!

Terima kasih atas kesudian menjemput Sensasi Selebriti!

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Cun Maya Karin di Karpet Merah FFM24
  • Gambar Maya Karin di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Skodeng Maya Karin di Shout! Awards 2010
  • Gambar Kahwin Maya Karin & Steven David Shorthose Selamat Diijabkabulkan di Itali
  • Gossip Maya Karin Akan Kahwin British Guy Bernama Steve?
  • Gambar Maya Karin @ Tag Heuer Event
  • Gambar Maya Karin di Ulangtahun Ke-2 Portal GUA
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • Kad Jemputan Majlis Persandingan Maya Karin & Steven David Shorthose @ Muhammad Ali
  • Maya Karin & Muhammad Ali Kahwin 9 Ogos Ini



    • sizuka

      maya ble dijadikan cth kpd artis lain..klu nk kahwin x perlu mewah sngt…congrats to Maya n husband=)

    • mazuin

      sweet.

    • jacquemm

      salute lah dgn maya!!!

    • june

      cantik maya..hubby pun hensem..congratss…

    • NUR

      Walaupun ramai memuji cara Maya Karin yang tidak seperti artis terkenal yang lain mengadakan majlis perkahwinannya dengan disinari kemewahan dan gilang – gemilang, tetapi secara kasarnya Maya Karin telah mengatasi semua artis – artis terkenal yang lain kerana bernikah di luar negara iaitu di Tasik Como Itali.Mana ada lagi artis terkenal bernikah di luar negara kecuali di Siam Thailand. Walaupun perkahwinan Maya tidak diiringi dengan hantaran – hantaran, tetapi jika dicongak dan dihitung tempoh Maya berada di Itali iaitu sejak 6 Ogos hingga 14 Ogos semata – mata untuk mengadakan majlis pernikahan di sana pastinya nilai wang ringgitnya lebih ‘mahal’ dari Malaysia.Kira kosnya lebih tinggi apa!

      Rasanya, soal persiapan dan perancangan kahwin ini terpulang kepada diri masing – masing.Mungkin Maya lebih selesa dengan acara yang tidak terlalu mengikut adat tradisi orang Melayu kerana dirinya bukan 100% Melayu tulen.Jadi mungkin perasaan itu tidak seperti artis – artis lain yang walaupun hidup dalam dunia moden, tetapi masih tidak lupa asal usul tradisi Melayu mereka.Lagi pun saya pernah terbaca dalam sebuah majalah di mana Maya berkata “ Lebih senang mengadakan majlis sederhana.Saya rimas dan tak reti nak kendalikan majlis yang besar – besar”. Jadi terpulang kepada kehendak masing – masing. Setiap orang ada impian dan cara tersendiri untuk mengabadikan kenangan indah tersendiri.Sama ada nak buat di Taman ke, di dewan ke, di Padang bola ke, terpulang le!

      Soal perbelanjaan yang mereka peruntukan untuk majlis kahwin, terpulang kepada cara yang dirasakan sesuai.Mungkin ada yang lebih selesa mengadakan secara ringkas dan tidak begitu protokol.Begitu juga sebaliknya.Tetapi kita perlu sedar ‘MULUT – MULUT TEMPAYAN’ yang suka bercerita. Seolah – olah sudah menjadi ‘adat’ terutama dikalangan orang melayu khususnya. Bayangkan jika hanya majlis nikah diadakan, pasti mereka akan fikir ‘ KENA TANGKAP BASAH KE?’ ,Walhal orang tu nak berjimat cermat tak mahu membazir, dah lain pula kena tuduh.Kalau tak buat kenduri dan mengikut adat, sudah dikatanya membelakangkan adat oleh orang tua – tua. Jadi semua ini terserah kepada diri sendiri.,Kalau nak dengar cakap orang, diri sendiri yang terseksa.Rasanya kalau kita fikir positif tujuan sesuatu majlis perkahwinan diadakan, pasti tidak akan rasa bebanan dan membazir jika kita memikirkan tentang manfaat yang kita berikan kepada orang lain.

    • saggybreast

      Quote : Maya Karin telah mengatasi semua artis – artis terkenal yang lain kerana bernikah di luar negara iaitu di Tasik Como Itali.Mana ada lagi artis terkenal bernikah di luar negara kecuali di Siam Thailand

      yg kat siam, thailand tu – awie lehenat dgn adik haliza misbun tuh le.. hakkkk tuihhh!!!

    • ika

      7.30 start majlis resepsi ? maya karin dan suami tidak sembahyang maghrib ya ?

    • ekin

      wahh. budiey dapat bergambar ngan maya n hubby. Syiok… Reception nya simple but elegant

    • sEcReT IdEnTiTy

      wow…bes ar…
      wlau kwn kt luar ngare pon
      juz simple n nice…
      x cm ct,erra…
      psst….
      jgn trase lak

    • flzl

      agreed wif NUR…
      apelah yg nak dipuji2 melambung sgt dgn kesederhanaan MAYA?
      ramai lagi org len yg kahwin dgn secare sederhana…
      well, s mentioned b4…
      tu sme terpulang pd diri sendiri…
      kalau ade rezeki lebih…
      tak salah buat secara besar-besaran..
      lain lah kalau berhutang sane sini untuk wat kenduri besr-besaran…
      tu mmg la tak elok…

    • SPORTY

      Yela…itu bukan namanya sederhana…lebih kurang je dengan artis lain…Sebab Maya ni duta Alam Sekitar…so kena la tunjuk yang berkaitan alam sekitar gak.hehe.La ni..orang biasa pun lagi hebat daripada artis..apsal x kecoh pun???…Tapi sory cakap la….Maya tak nampak ‘seri pengantin’ la..Tak macam Erra. walaupun kali kedua, tetap ‘nampak’ seri sebab jarang tengok dia pakai baju pengantin untuk fotografi @ apa – apa show.Maybe sebab dah selalu pakai baju pengantin untuk program Ratu Sehari kat Astro tu….nampak macam fotografi majalah je penampilan Maya:-)
      Takpela…Maya anak orang kaya…bila2 pun boleh nikmati lebih daripada itu..Lain la orang yang bukan dilahirkan dalam keluarga berada, mestilah sesuatu yang hendak dilakukan hanya sekali seumur hidup…so be respect la dengan cara orang…tak payah le nak banding – bandingkan….agree with NUR:-)

    • Siti’s Fan

      Well said Nur ;)

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      lampu? on my weddng i will give fule coupons

    • lili

      sederhana ke? huhuhu.. nampak elegan & esklusif jerr.. tapi the lights seem so nice! i loike!

    • wirda

      i think yg sederhana decoration je, tapi belanjanya mesti la tak sederhana. tak mcm belnaja kawen org2 di kampong mcm i ni…

    • jacquemm

      lojiknya, kalau nak kawin jgn tiru gaya artis ;)

    • jacquemm

      tp yg buat kad jemputan sendiri tu, mmg patut ditiru :D

    • Lavender Blue

      teringat perkahwinan Sofea Jane yang penuh keserhanaan walaupun sama kaya dan cantik. Buat kat rumah, lepas akad, ambil gambar di pelamin simple, tak ada upacara tukar baju tetapi baju putih yang dipakai cukup cantik bagi kedua mempelai.. santun gitu.. Jemputan pun tak adalah sampai satu kampung, cuma rakan, wartawan dan keluarga… Alhamdulillah, mereka bahagia sehingga sekarang. Dah 12 tahun kahwin, anak pun dah besau!

    • maya lain lahhh!!

      suka sangat wedding maya karin…. hehehehe… simple je.. lg satu, sokong sgt die bagi mentol..shhhh…mesra alam la… heheheh..

    • rose

      suka sangat walaupun ini majlis kawin, tapi maya tetap kenekan mekap ala natural… takde tebal tepung gomak kaler muka lain leher lain macam sesetengah artis tuh…

    • cik rose

      sedey sgt sbb budaya PHD tak abis-abis bertapak dlm masyarakat.cik NUR, sya tau niat awk baik tp kalo niat awk baik, awk tak patut ckp macam tu.Islam kan menggalakkn kita bersederhana.takpayah nak membazir.tgk ade certain artis tu, kawen bagai nak rak, belanja ratusan ribu tapi jodoh tak kemana.mmg sume org nak majlis tu dikena seumur hidup tapi jgn sampai melebih-lebih.nanti kalo jodoh tu tak lama, mesti ade je mulut-mulut yg akan bersuara.biasalah manusia ni, sentiasa tak puas hati dengan orang lain.sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada.tak payah nak memburukkan orang sebab itu dah dikira dosa. cuma saya setuju dengan komen ika, nape majlis tu dibuat time maghrib?maaf sekiranya komen sya menyinggung sesiapa tapi sya rasa kita tak patut nak burukkan siapa2 kat sini…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK