Kes Khalwat Ako Mustapha Dengan Anang Sagunting
Pelakon terkenal Ako Mustapha terkedu dan kehilangan kata-kata sebaik menerima keputusan kes khalwatnya sebentar tadi. Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu. Selepas menunggu hampir enam jam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memutuskan untuk menangguhkan sementara hukuman penjara terhadap Ako.

Ako meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di perkarangan mahkamah menjadi penjaminnya semasa mencari penjamin yang mesti merupakan kakitangan awam. – foto MSTAR
Ako diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk tidak dipenjarakan berhubung kes khalwat. Sementara itu, peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman mengesahkan Ako telah membuat bayaran sebanyak RM5,000 selepas dikehendaki menjelaskan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan bon jaminan RM2,000 dengan penjamin kakitangan awam.

Zuri juga berkata dia akan memfailkan rayuan itu dalam masa dua hari ini.Aktor yang baru berkahwin itu terpaksa akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Ako ditemani kenalannya, Shahrin Halim ketika keluar dari mahkamah. – foto MSTAR
Beliau hanya mampu berkata: “No komen. I’m still digesting (Tiada komen. Saya masih cuba menerima keputusan ini).” Ako hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh abangnya, Muhaimi Ahmad Mustapha dan kenalannya Shahrin Halim. Dalam pada itu, Shahrin berkata dia merasakan Ako akan terselamat daripada hukuman penjara itu.
“I don’t think he deserves jail sentence,” katanya.
Terdahulu, di perkarangan mahkamah, Ako kelihatan disyorkan Shahrin untuk meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penjaminnya. Bagaimanapun, wartawan tersebut menasihatkannya agar cuba mendapatkan kakitangan awam lain kerana masih ada 40 minit sebelum pejabat mahkamah tutup.

Penjamin Ako bukan merupakan wartawan tersebut.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. [sumber]
Tags: Ako Mustapha, Berita
Tags: Ako Mustapha, BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 22nd, 2009 at 1:46 am
hukuman penjara?
no komen..
April 22nd, 2009 at 8:52 am
penjara jer. ms buat x igt. bg pengajaran cikit kat ako tu.
April 22nd, 2009 at 9:16 am
Tu lah lain kali undang2 syariah jgn ambil ringan…
Kan penjara “Istana Menanti ” dah menunggu kedatangan mu…
April 22nd, 2009 at 10:43 am
tu baru hukuman di dunia..belum hukuman di akhirat lagi..nauzubillahhimunzalik..insaf aku..
April 22nd, 2009 at 12:45 pm
Masa ditangkap statement dia pada media “No Big Deal” so sekarang dah jatuh hukuman 3 bulan jer so “No Big Deal” brother
April 22nd, 2009 at 1:38 pm
Kira Ako ni THE 1st KOPEK artis
to masuk penjara kerana gagal menghadirkan diri (menghina makhamah)
untuk kes khalwat ni kan ?
4 kali kena panggil tak datang2 memang patut pun kena hukuman..
Moga jadi tauladan untuk kita semua…
*Jangan pandang RINGAN bila kena nanti amatlah BERAT ….. *
April 22nd, 2009 at 2:55 pm
“I don’t think he deserves jail sentence,” katanya.
byaklah ko punya think..
April 22nd, 2009 at 3:37 pm
tu lah..time buat tk ingat2..cian bini kena tido sorang heheh…
April 22nd, 2009 at 3:44 pm
sabar la……….
April 22nd, 2009 at 4:14 pm
Sekali imbas aku tengok abg si Ako dah mcm pakcik Popeye yg suka
makan burger tu… Tinggal taruk topi kecik aje pat kepala…
April 22nd, 2009 at 4:53 pm
BETUL TUH LYNDA N OHI2…INGAT LG MASA TU AKO CKP..” NO BIG DEAL” PASTU TU TK DTG MAHKAMAH SAMPAI KES TERTANGGUH..LA NIH PANDAI LAK CEPAT2 MOHON DITANGGUHKAN HUKUMAN PENJARA TUH..AWAT TK KATA LG ” ONLY PRISON…NO BIG DEAL ” ..
April 22nd, 2009 at 5:05 pm
dia ingat mati nanti boleh tangguh2 ke?hehehe takut..aku tak solat lagi ni..babai..
April 22nd, 2009 at 7:32 pm
no big deal lh…
penjara dpt mkn free..
baju free..
duduk free xyah byr sewa…
xyah byr bill api/air…
dlm tuu blehla ngaji quran slalu..
solat sunat slalu..
xde sapa ganggu..
great deal what!
April 22nd, 2009 at 8:09 pm
Penjarakan sahaja. Beri pengajaran pada artis lain. Selama ini ako banyak permainkan hukum agama islam. Sepatutnya kena sebat 100 kali
April 22nd, 2009 at 11:04 pm
cheap.. he can pay that no problem.. YEAHHH
April 22nd, 2009 at 11:16 pm
cheap for some…tp artis msia bukan kaya pon.. nway,baguslah bg hukuman mcmtu. norman n memey kalu sabit ksalahan masuk penjara gak kan? ahh…tak sbar menanti
April 23rd, 2009 at 10:20 am
nanti mulalah nak buat dokumentari..kehidupan artis di dalam penjara..mcm diorg buat kat diana danielle tu..huhuhu
April 23rd, 2009 at 2:03 pm
sepatutnya jgn bg tangguh2 lg. sumbat je dlm penjara. anyway he its not a big deal for him. mcm kt akuu… its very great deal ! biar jd contoh kat artis2 lain. selama ni xpernah sapa2 kena penjara pasal tangkap basah. ha kali ni rasakanlah ! anyway, there’s always a first person to be an example. so why not AKO. after that follow by NORMAN N MEMEY. Sepatutnye denda tangkap basah ni kena up skit biar kena RM10,000 baru lain kali sesapa pun nak kongkek takde lesen ingat sikit. RM3000 mmg no big deal. kurang berat bumi sikit sebab kurang dosa
April 24th, 2009 at 10:51 am
nh dgn memey kita bagi penjara 5 tahun..kita bagi dok 1 lokap..kawinkan dulu..pehtu bolehlah beranak pinak dalam penjara..masa tu takyah nak sorok2 jumpa..keja korang tu jelah..ngadap sesama sendiri selama 5 tahun..huhuhu…
April 24th, 2009 at 1:03 pm
huhh… cian lak tengok c AKO nie urhh…!!!!
but nak wat cam new en.. dah sah2 AKO
ngaku salah. and yg paling cian sekaly..
of coz arh wife AKO. huhh… pape pon..
AKO kene redo jew..!!!
April 24th, 2009 at 2:31 pm
redha ke re-do?
April 24th, 2009 at 5:29 pm
tunggu kes sememeh gan botak tu plak..sumbat jer kt dlm..biar dorang hoorey2…
April 27th, 2009 at 12:04 am
shima shima shima. gawat!
April 27th, 2009 at 12:06 am
gawat tul ako ni.. playboy.. cikgu sekolah pun dia nak sapu.. insaflah wahai ako mustapha!
April 27th, 2009 at 12:08 am
kesian wife ako.. bodohlah ako..
April 27th, 2009 at 2:28 am
hahaha…. i suka statement toyol…… kelas gilerrrrrr…kahkahkah!!!… memag patut pun…
“norman ngan memey kita bagi penjara 5 tahun..kita bagi dok 1 lokap..kawinkan dulu..pehtu bolehlah beranak pinak dalam penjara..masa tu takyah nak sorok2 jumpa..keja korang tu jelah..ngadap sesama sendiri selama 5 tahun….”
May 1st, 2009 at 10:06 pm
Mmg patut pun,slama ni..asyik tak datang mahkamah..amekk ko..waktu berzina tu, tak ingat allah..ni baru kat dunia..moga bagi pengajaran kepada umat islam kat malaysia ni..makin lama dunia makin panas..panas dengan maksiat..insaf la kita..
May 23rd, 2009 at 3:27 pm
rileks brader..’no big deal’
kepala hotak kau ako!!
June 24th, 2009 at 11:07 pm
Ako mengaku salah sebab dia memang bersalah atau sebab malas nak panjangkan cerita??Maklumlah diakan dah kahwin. Tangkap khalwat tak semestinaya berzinakan??
Kadang2 duk dalam rumah berdua pun tapi tak berzina pun kena tangkap gak…
Bapak kawan aku selalu tinggal berdua dekat rumah dengan orang gaji dia sejak isteri dia meninggal. Even orang tu just orang gaji, tapi diaorang tetap bukan muhrim gakkan?? Zina tu boleh jadi tanpa mengira apakan?? Still boleh datang syakkan?? Boleh kena tangkap gakkan?? tapi patutke kita tangkap gak dia?? Sebabnya..kita cuma boleh syak saja..Buat tak buat, kita tak tahu..hanya tuhan yang nampak..tapi ayat “boleh mendatangkan syak” sudah cukup membuktikan, yang mereka bila2 boleh ditangkap..Tapi jika perkara ni terjadi.Ada kemungkinan kita dah aniaya dia.Kesian gak..Kesimpulannya..hanya tuhan saja tahu…Kita tak patut syak wasangka bukan2.
April 27th, 2010 at 3:22 pm
yang salah tetap salah…hukum tetap hukum..apahal pla..masih nak sibuk2 hal ako yg da insaf dan berkahwin…kenapa tak hukum masa dia bujang..ni lepas kahwin baru dihukum..tu dosa nama nya…kesian bini dia…sapa nak jaga dia..nanti..ah..jawab..janagn tak jawab