in

Kerjaya Impian Kembali Untuk Musim Kedua

Panduan kerjaya dan perkongsian pengalaman industri oleh golongan profesional. Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada musim yang pertama, Astro dengan berbesar hati membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua. Dalam musim terbaru ini, para pelajar akan didedahkan dengan bidang karier yang lebih meluas, kaedah-kaedah dalam mencapai kerjaya diimpikan dan perkongsian pengalaman oleh pengamal industri.

Musim kedua ini mempunyai 12 episod dan akan memaparkan dua bidang kerjaya dalam setiap episod yang menjadikan sebanyak 24 bidang kerjaya secara keseluruhan. Kerjaya Impian Musim Kedua akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

Kerjaya Impian Logo

Kerjaya Impian Musim Kedua ini akan menampilkan skop bidang kerjaya yang lebih meluas berbanding kerjaya lazim yang dibawakan semasa musim pertama. Kesemua bidang kerjaya yang ditampilkan untuk musim ini merupakan kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, profesion dengan pendapatan yang lebih lumayan, atau kerjaya baru serta luar dari kelaziman.

Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, minyak dan gas dan pelbagai lagi. Musim ini juga akan turut menampilkan beberapa pemain industri daripada pelbagai bidang kerjaya, antaranya chef selebriti iaitu Chef Nik Michael; dan Pengarah Pengurusan Popfolio Network, yang memiliki majalah digital Tongue in Chic, Loo Jia-Wei. Penekanan khusus turut diberikan untuk bidang keusahawanan dalam beberapa episod.

Musim ini akan memaparkan laluan kerjaya dari ijazah yang berkaitan dengan pekerjaan yang disasarkan. Kajian yang kami lakukan juga mendapati sebanyak 31% pelajar ingin mempelajari mengenai pengalaman kerjaya secara langsung dan 45% pelajar berminat untuk mempelajari mengenai laluan kerjaya impian mereka.

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata:

“Kami di Astro sangat menitik beratkan pandangan, keinginan dan kepentingan buat para penonton kami. Musim ini dilihat berbeza daripada musim sebelumnya di mana kami akan memaparkan kerjaya bukan konvensional dan juga untuk memperlihatkan kepada para pelajar bahawa impian dan matlamat mampu dicapai dengan kerjaya kontemporari serta melalui keusahawanan.

Mutakhir ini, terdapat pelbagai profesion baru dan luar kelaziman yang tersedia dalam industri kerjaya. Kami mengharapkan melalui Kerjaya Impian musim kedua akan dapat memberikan maklumat berguna kepada para lepasan SPM berkenaan variasi kerjaya serta mendedahkan mereka kepada realiti pasaran kerjaya pada hari ini.

Contohnya, dalam salah satu episod, kami menampilkan selebriti chef, Nik Michael yang telah memilih haluan kerjaya di luar kelaziman untuk menggapai impiannya dan kini, beliau merupakan salah seorang selebriti chef muda berjaya di Malaysia yang mempunyai program televisyen dan juga restorannya sendiri. Kami ingin mendidik para pelajar bahawa segalanya tidak mustahil selagi ada usaha berterusan dan kerja keras dalam mencapainya”.

Oleh itu, tetapkan impian dan matlamat serta tentukan masa depan yang lebih cerah bersama kami dalam Kerjaya Impian Musim Kedua, pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603). Untuk maklumat lanjut mengenai Impian Kerjaya Musim Kedua, sila layari laman web rasmi Gradz di www.gradz.com.my

Untuk melanggan Astro, hubungi 03-9543 3838 atau layari www.astro.com.my

Nik Michael_celebrity chef

Loo Jia-Wei_Managing Director of Popfolio Network

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri ANGIN SYURGA Lakonan Sharnaaz Ahmad

Pekin Undang Kontroversi Jadi Wanita Dalam Filem COVERINA