in

Kerjasama Maxis & Spotify Beri Nafas Baru Industri Muzik

Maxis Berhad (Maxis) dan Spotify kini membawa muzik mudah alih ke era baru dengan kerjasama eksklusif mereka yang diumumkan pada hari ini. Dengan muzik ‘streaming’ kini menjadi semakin popular dan sebahagian besar daripada gaya hidup hari ini, kedua-dua peneraju dalam bidang masing-masing telah bergabung untuk membawa dunia muzik melalui internet, bila-bila masa dan di mana sahaja, pada harga yang amat menarik.

Maxis Spotify

[pullquote align=”right”]Pengalaman gaya hidup yang dipertingkatkan dengan rangkaian terpantas dan terluas Maxis dan katalog besar Spotify yang berjumlah lebih 20 juta lagu. [/pullquote]

Pada hanya RM10 sebulan, pelanggan Maxis prabayar dan pascabayar kini mempunyai akses kepada perkhidmatan Spotify Premium, bersama-sama dengan data internet sebanyak 150GMB untuk mengakses katalog besar Spotify yang berjumlah lebih 20 juta lagu – yang boleh didapati secara dalam talian (online) dan luar talian (offline). Maxis, satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, adalah syarikat telekomunikasi pertama di negara ini untuk bekerjasama dengan Spotify, perkhidmatan muzik’streaming’ yang terbesar di dunia.

Akses ke dunia muzik pada hanya RM10 sebulan. Maxis & Spotify membawa anda muzik yang tepat untuk setiap masa – melalui telefon bimbit, komputer, tablet dan banyak lagi. Pelanggan LTE Maxis menikmati pengalaman Spotify yang lebih baik.

Kerjasama dengan Spotify ini akan memberi nilai yang lebih bagi muzik mudah alih untuk pelanggan Maxis yang kini boleh memilih daripada berjuta-juta lagu di mana sahaja mereka berada – sama ada di gimnasium, di dalam kereta, berjoging atau apabila mereka sedang mencari lagu yang sesuai semasa menjamu selera.

“Kerjasama kami dengan Spotify adalah sangat sempurna kerana ia akan menetapkan taraf untuk era baru muzik di Malaysia. Dengan kadar penembusan telefon pintar terus berkembang di negara ini, kami juga melihat peningkatan besar dalam permintaan untuk akses muzik pada peranti mudah alih. Kerjasama ini akan memberi peluang kepada para pelanggan kami untuk mengambil kesempatan sepenuhnya rangkaian yang terbaik di negara ini. Pelanggan LTE kami, khususnya, akan menikmati pengalaman Spotify yang lebih baik, kerana mereka dapat mengakses kelajuan yang biasanya lima hingga 10 kali lebih pantas daripada 3G, yang bermaksud pengalaman Internet yang lebih lancar dengan kelajuan muat turun yang lebih baik. Ini menambah satu dimensi baru kepada gaya hidup mereka, dan meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka dalam penggunaan muzik secara digital,” kata T Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis.

“Spotify menawarkan anda pengalaman muzik yang terbaik di telefon bimbit anda,” kata Sunita Kaur, Pengarah untuk Asia di Spotify. “Pilih daripada berjuta-juta lagu, dari yang terkini ke lagu klasik, semua boleh didapati dengan kualiti bunyi yang hebat, dengan serta-merta. Apa lagi, anda boleh memuat turun muzik anda dan mendengarnya di luar talian (offline) jadi anda akan sentiasa dengan lagu-lagu kegemaran anda.”

“Bersama-sama dengan Maxis , kami gembira untuk membawa peminat muzik di Malaysia cara baru yang hebat untuk mendengar muzik – satu cara yang memastikan anda akan sentiasa mempunyai muzik yang tepat untuk setiap masa.”

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Maxis + Spotify, sila layar www.maxis.com.my/spotify

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan – melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution – LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan ‘Impak Positif’, memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Mengenai Spotify

Spotify adalah satu perkhidmatan muzik digital unggul yang memberikan anda atas permintaan akses (on-demand access) kepada lebih 20 juta trek. Impian kami adalah untuk membawa semua muzik di dunia kepada semua orang, dengan serta-merta di mana-mana dan pada bila-bila masa. Spotify menjadikan lebih mudah untuk mencari, mengurus dan berkongsi muzik dengan rakan-rakan anda, sambil memastikan bahawa artis mendapatkan keadilan.

Spotify kini boleh didapati di 32 pasaran: Austria, Belgium, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman , Greece, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat, Mexico, Argentina, Australia, New Zealand, Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Taiwan dengan lebih daripada 24 juta pengguna aktif, dan lebih dari 6 juta pelanggan membayar.

Sejak dilancarkan di Sweden pada tahun 2008, Spotify telah mendorong lebih daripada setengah bilion dolar Amerika kepada pemegang hak, dan berhasrat untuk memandu separuh bilion dolar Amerika lagi kepada pemegang hak pada 2013. Spotify sudah menjadi sumber kedua terbesar pendapatan muzik digital untuk label di Eropah, dan perkhidmatan muzik streaming yang terbesar dan paling berjaya seumpamanya di peringkat global.

www.spotify.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Snapshot Perkenal Single Kau Yang Satu

Ulasan Konsert Infinite One Great Step in Malaysia