Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya



SEREMBAN – Rombongan artis bagi filem Jangan Tegur terlibat dalam kemalangan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seorang pekerja lebuh raya di Kilometer 263.2, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam.

Mangsa seorang warga Bangladesh, Mofizul Hoque, 40, terbunuh akibat dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik penerbit filem tersebut, David Teo.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, selain David, dua pelakon terkenal, Ahmad Idham dan Nadia Mustafar turut berada di dalam MPV yang sama.

Selain itu, dua pegawai perhubungan awam Metrowealth Production iaitu Azahari Abdul Hamid dan Suhairi Mat Johor juga terbabit.

Kesemua mereka dalam perjalanan untuk promosi filem Jangan Tegur di Singapura.

Azahari, 31, yang memandu MPV itu ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila lelaki itu bersama rakannya tiba-tiba melintas lalu dia memperlahankan kenderaan dan membunyikan hon sebelum gagal mengelak dan terlanggar mangsa.

“Saya terkejut nampak mangsa dan rakannya melintas. Rakan mangsa sempat melintas tetapi mangsa tidak sempat berbuat demikian. Kebetulan kenderaan berada di laluan paling kanan, saya tidak boleh ke kiri kerana banyak kenderaan lain dan sebelah kanan ada pembahagi jalan. Saya tidak memandu laju cuma tidak sempat mengelak kerana insiden itu berlaku terlalu pantas,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan itu. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jangan Tegur
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Jangan Tegur
  • Gambar Kereta Nissan Fairlady Shahir AF8 Kemalangan
  • Video Sebalik Tabir Behind The Scenes Filem Jangan Tegur
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura
  • Sinopsis Filem Jangan Tegur Sinematografi Indra Che Muda
  • Info Tentang Filem Jangan Tegur
  • Trivia: Kereta Selebriti Ke?



    • lala

      0mg..

    • mimiy

      nak tegur jgk…..

    • shin chanz

      ha…

    • gracia

      ajal maut di tangan tuhan…

    • http://webglamor.com/blog shah

      mcm2 ada..

    • shahirah

      haiz kesian tgk gambar tu tak sampai hati … da lah datang negeri malaysia untuk carik rezeki nak tolong keluarga … ini pulak jadinye takle bayangkan ape perasaan keluarga mangsa ni sekarang … kalau lah dia da beristeri dan ada anak yang kecik mcm mane agaknye … lain lah kalau anak dia dah besar boleh jugak kerja kalau anak dia masih kecik takda sapa yang boleh bantu .. kalau hidup dia senang di bangladesh takpe jugak kalau susah mcm mane .. mungkin ada hikmah di sebalik kejadiaan ini.

    • Papa kepoh

      Bukan nadia mustafar sekarang ni tngah dalam pantang ke… konfius ni…

    • june

      ish..accident sampai ada yg maut..kesiannya…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK