in ,

Kereta Jimmy Shanley Hilang Ditemui Rentung

Semalam, di Ipoh, Budiey ada membaca berita tentang kereta Jimmy Shanley yang hilang telah dijumpai dibakar. Siapa yang bakar kereta Jimmy? Adakah Jimmy menjadi mangsa aniayai? Siapa yang aniaya Jimmy? Apakah yang sebenarnya berlaku? Budiey pun tak pasti sebenarnya. Macam-macam persoalan yang timbul dalam benak fikiran Budiey. Alahai, Budiey baru je baca kisah Jimmy dalam majalah Harmoni bulan ini. Tidak mengapalah, insuran boleh cover. Tak yang Budiey tak puas hatinya, siapa yang buat ni memang teruklah orang tu. Apa-apa pun Budiey harap, Jimmy Shanley bersabar menerima dugaan hidup ini. Tak sudah-sudah dilanda ujian dan dugaan, segalanya pasti ada hikmah. Sabar ya bro.

Kereta Jimmy Shanley Hilang Ditemui Rentung

Kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik selebriti tanah air, Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ditemui dalam keadaan rentung oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menerima maklumat lebih kurang jam 7.30 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

Menurutnya, sepasukan anggota peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui kereta berkenaan yang dilaporkan hilang di Simpang Pulai kira-kira tujuh jam yang lalu.

“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” katanya.

Kong Soon berkata, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang malam semalam di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.

Katanya, setakat ini polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut dan tiada barang milik mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” katanya. – Sumber Sinar Harian

jimmy Shanley

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telenovela Be Careful With My Heart

Aeril Zafrel Terpaksa Kunci Mulut Wawa Zainal Tahu Siapa Dalang Sebenar!