in

Dua Drama Terbaharu KERANA ANISA & JEJAK KARMILA di slot Samarinda & Zehra

TV3 menghidangkan dua drama terbaharu menerusi slot Samarinda dan Zehra iaitu Kerana Anisa dan Jejak Karmila. Kerna Anisa dibarisi pelakon seperti Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Syaffiq Sahli, Ellie Suriaty dan Aman Graseka telah pun mula bersiaran pada 9 Januari lalu. Manakala Jejak Karmila lakonan Fauziah Dato Ahmad Daud, Mia Ahmad, Asyraf Aley, Ruhainies, Azri Iskandar, Amy Mastura dan ramai lagi juga sudah mula bersiaran menerusi slot Zehra pada 11 Januari lalu.

Kerana Anisa mengisahkan mengenai Anisa (Zara Zya) yang dipaksa untuk berkahwin dengan Zahid (Fahrin Ahmad), anak orang kaya di kampungnya. Sudahlah berkahwin tanpa rasa cinta, Anisa turut didera oleh Zahid sehinggakan Anisa tidak dibenarkan untuk bertemu keluarganya apatah lagi untuk menelefon mereka.

KERANA ANISA & JEJAK KARMILA

Kerana tidak mahu mengandungkan zuriat Zahid, Anisa dalam diam mengambil pil perancang. Setelah mengetahui perbuatan Anisa, dia sekali lagi dipukul dengan kejam. Anisa bernasib baik diselamatkan oleh Ariff (Syaffiq Sahli) yang kebetulan ingin melihat keadaan adiknya itu. Anisa nekad, dia tidak mahu lagi hidup dalam penderitaan. Anisa memaksa Zahid untuk menceraikannya, Zahid yang merasa tercabar akhirnya telah menceraikan Anisa.

Kerana marah, ayahnya, Long Yahya (Aman Graseka) telah menghalau Anisa. Anisa kemudiannya membawa diri untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Anisa kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam dengan bekerja sambil belajar untuk menampung pembelajaraanya. Beberapa tahun kemudian, Syukri (Mustaqim Bahadon), bekas teman lelaki Anisa pulang ke tanah air dan kembali mencari Anisa.

Syukri ingin memohon maaf kepada Anisa kerana mendiamkan diri, dia menyangka Anisa bahagia bersama Zahid. Rasa cintanya kepada Anisa tidak pernah padam, dan dia mahu Anisa kembali menjadi kekasih hatinya. Dapatkah Anisa melupakan peristiwa silam dizalimi lelaki bergelar suami dan menerima Syukri kembali? Saksikan perjalanan Anisa dalam Kerana Anisa di slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10 malam.

Jejak Karmila di slot Zehra pula mengisahkan Karmila dipenjara atas kesalahan membunuh suaminya sendiri. Memukul dan mendera isteri sudah menjadi ketagihan bagi Karim (Johan As’ari) , yang sememangnya tidak layak digelar suami. Namun Karmila (Wan Sharmila/Fauziah Dato Ahmad Daud), tetap tabah bertahan demi anak-anaknya, Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies). Akhirnya, pada suatu malam yang tragis, Karmila hilang pertimbangan, Karmila telah menikam suaminya sehingga mati. Karmila dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah membunuh tanpa niat. Karmila menjalani kehidupan di sebalik pintu besi dengan dibelenggu kerinduan dengan kehidupan lalu diselangi penyesalan yang menghantuinya.

Malang buat kedua anak-anaknya apabila diserahkan dibawah penjagaan Puan Hamidah (Fauziah Nawi), ibu mertua Karmila yang menyimpan dendam terhadapnya, Suraya dan Nonie telah dipisahkan. Nonie bernasib baik apabila dia ditemui oleh Syed Zaidi. Nonie dibesarkan dengan kasih sayang oleh Syed Zaidi disamping isterinya Aniza dan juga anak lelakinya Syed Haikal. Manakala Suraya dibela oleh bapa saudaranya. Suraya berusaha untuk menjejak Karmila dan nekad untuk mencari adiknya Nonie.

Meningkat dewasa, Nonie mula menyimpan perasaan terhadap Syed Haikal, walaupun Syed Haikal telah menganggap Nonie seperti adik kandungnya sendiri. Takdir bagai sengaja ingin menguji mereka, Syed Haikal jatuh hati pula pada Suraya yang dikenali sewaktu Suraya datang untuk membuat liputan mengenai syarikatnya. Karmila juga mencari anak-anaknya namun hampa kerana Puan Hamidah sendiri tidak tahu dimana mereka. Adakah Karmila dan anak-anaknya akan kembali bersatu? Dapatkah anak-anaknya menerima ibu yang bergelar banduan? Ikuti drama yang menguji ketabahan jiwa Karmila ini setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3.

KERANA ANISA & JEJAK KARMILA

KERANA ANISA & JEJAK KARMILA

KERANA ANISA & JEJAK KARMILA

KERANA ANISA & JEJAK KARMILA

KERANA ANISA & JEJAK KARMILA

KERANA ANISA & JEJAK KARMILA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fitbit Lancar Aplikasi Fitstar Personal Trainer

Tonton FB Live SITIZONE ke Kuala Lipis di FB Budiey.com