in

Keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Parti 24 hingga 28 Mac 2009

Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Parti 24 hingga 28 Mac 2009

Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Parti yang berlangsung pada 24 Mac hingga 28 Mac 2009 menjanjikan liputan TV yang menarik untuk tahun ini. Selari itu Astro AWANI (Saluran 501) tidak ketinggalan membawakan liputan Siaran Langsung kepada penonton kami.

Menurut Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz , “Laporan berita kami telah diketahui sebagai yang adil, mendalam serta menyediakan topik perbincangan isu yang menarik, dan liputan untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini juga tiada bezanya.”

“Selama 5 hari kumpulan Editorial kami bersama Pengacara berpengalaman Suhaimi Sulaiman akan membawa kepada penonton setia kami laporan terkini, analisis, temuramah dan liputan secara langsung seawal jam 8.00 pagi dari lokasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan studio kami.”

Pengacara Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman
Pengacara Suhaimi Sulaiman akan bersiaran secara langsung pada jam 8.00 malam setiap hari melalui program bicara berita baru kami Agenda AWANI.

Melalui tema liputan kami UMNO: Transformasi, pelbagai isu yang menjadi perhatian umum akan disentuh. Ia termasuk mengenai institusi raja dan kesetiaan serta wawasan calon dan kepentingan parti.

Liputan secara langsung akan bermula 24 Mac ini dengan Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Sebelum itu laporan khas serta laporan terkini disiarkan terlebih dahulu melalui segmen berita.

Berikut butiran liputan pada 24 Mac:

7pg – 10pg
AWANI Pagi
Temuramah dan laporan khas Perhimpunan Agung UMNO (L).
Dihoskan, Zaiful Ariffin, Dang Suria Zainurdin dan Faris Abdul Hamid.

10pg – 8mlm
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan terkini, liputan secara langsung dan laporan khas dalam segmen berita AWANI Global dan Atma Asia setiap jam sepanjang hari.

8mlm – 11mlm
Agenda AWANI
Perbincangan sebelum dan selepas ucapan perasmian Timbalan Presiden (L). Dihoskan Suhaimi Sulaiman.
Ucapan perasmian Timbalan Presiden UMNO (L)

11mlm- 12.30pg
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan terkini, liputan secara langsung dan laporan khas dalam segmen berita AWANI Global dan Atma Asia

Acara utama pada 25 Mac ialah pemilihan jawatan bagi ketiga-tiga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Berikut butiran liputan pada 25 Mac:

7pg -10pg
AWANI Pagi
Temuramah dan laporan khas Perhimpunan Agung UMNO (L). Dihoskan, Zaiful Ariffin, Dang Suria Zainurdin dan Faris Abdul Hamid.

10pg – 5ptg
AWANI Global and Atma Asia
Laporan terkini, liputan secara langsung dan laporan khas dalam segmen berita AWANI Global dan Atma Asia setiap jam sepanjang hari.
Pemilihan bermula pada jam 11 pagi.

5ptg – 8mlm
AWANI Global and Atma Asia
Laporan terkini, liputan secara langsung dan laporan khas dalam segmen berita AWANI Global dan Atma Asia setiap jam.

Keputusan pemilihan disiarkan secara langsung.
8mlm – 9mlm
Agenda AWANI
Perbincangan mengenai pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO (L). Dihoskan Suhaimi Sulaiman.

9mlm – 9.30mlm
Sudut Pandang
Perbincangan mengenai pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO (L) dari studio AWANI. Dihoskan  Kamarul Bahrin Haron.
Siaran secara langsung keputusan pemilihan 3 pergerakan pada jam 9mlm.

11mlm – 12.30pg
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan terkini mengenai keputusan pemilihan 3 pergerakan parti dalam segmen berita AWANI Global dan Atma Asia

Liputan pada 26 Mac 2009 bermula seawal pagi sempena acara utama Perhimpunan Agung. Liputan secara langsung Astro AWANI bermula seawali jam 8 pagi dalam program AWANI Pagi dengan membawakan ucapan perasmian Presiden UMNO secara langsung.

Berikut butiran liputan 26 Mac:

7pg -10pg
AWANI Pagi
Temuramah, liputan secara langsung dan laporan khas pada hari pertama Perhimpunan Agung UMNO.
Ucapan Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual pada jam 9 pagi akan disiarkan secara langsung.
AWANI Pagi dihoskan Zaiful Ariffin, Dang Suria Zainurdin dan Faris Abdul Hamid.

10pg – 11pg
AWANI Global
Ucapan Perasmian Presiden (samb.)

11pg – 5ptg
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan terkini, liputan secara langsung dan laporan khas dalam segmen berita setiap jam (L).
Pemilihan parti bermula pada jam 11pagi.

5ptg – 8mlm
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan terkini, liputan secara langsung dan laporan khas dalam segmen berita setiap jam (L).

8mlm – 11mlm
Analisis AWANI
Laporan berita dan perbincangan mengenai keputusan dan pemilihan UMNO secara langsung oleh Pengacara Suhaimi Sulaiman bersama Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar.
Siaran langsung keputusan pemilihan parti oleh Pengerus Tetap parti.

11mlm – 12.30pg
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan terkini mengenai pemilihan dan keputusan dalam segmen berita.

Berikut butiran liputan 27 Mac:

7pg – 10pg
AWANI Pagi
Temuramah, liputan secara langsung dan laporan khas hari kedua perhimpunan.
Dihoskan Zaiful Ariffin, Dang Suria Zainurdin dan Faris Abdul Hamid.

10pg – 8mlm
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan terkini, liputan secara langsung dan laporan khas dalam segmen berita setiap jam.

8mlm – 9mlm
Agenda AWANI
Laporan berita dan perbincangan hari kedua perhimpunan (L).
Dihoskan Suhaimi Sulaiman

9mlm – 930mlm
Sudut Pandang
Perbincangan yang dihoskan Kamarul Bahrin Haron (L).

11mlm – 12.30pg
AWANI Global dan Atma Asia
Liputan terkini hari kedua perhimpunan dalam segmen berita.

Berikut butiran liputan pada 28 Mac:

7pg- 8.30pg
AWANI Global dan Atma Asia
Laporan berita setiap jam.

8.30pg – 2ptg
UMNO Mac 2009
Liputan secara langsung Majlis Penggulungan dan Penutup Perhimpunan Agung UMNO.
Ucapan Timbalan Presiden dijadual pada jam 10 pagi manakala ucapan oleh Presiden pada jam 11 pagi.
Dihoskan Suhaimi Sulaiman.

5ptg – 5.30ptg
Atma Asia
Rangkuman liputan dan temuramah bersama pemimpin UMNO (L).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Album Alexa di Era FM

Gossip Rozita Che Wan Berkahwin Dengan Kerabat Diraja?