in ,

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-31

Nah! Kita dah pun ketahui siapakah pemenang untuk acara gilang gemilang, Anugerah Juara Lagu ke-31 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) anjuran TV3.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AJL 31:

Juara:

Lelaki Teragung

Naib Juara:

Terimaku Seadanya

Tempat Ke-3:

Sudah Ku Tahu

LELAKI TERAGUNG Dayang Nurfaizah

Lagu ciptaan Iman Imran dan Natasyah berjudul Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung di di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Sementara itu Dayang turut menepati ramalan apabila tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai dinobat sebagai naib juara AJL31.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.

Untuk rekod, ia kemenangan ketiga penyanyi itu menerusi kategori berkenaan dan sebelum ini pernah merangkul trofi sama pada AJL29 (Di Pintu Syurga) dan AJL30 (Tak Pernah Menyerah).

Naib juara pula milik lagu berjudul Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya oleh Ajai nyanyian Hafiz dan Misha Omar.

Kemunculan pertama Projector Band di pentas AJL membuahkan hasil apabila lagu Sudah Ku Tahu mendapat tempat ketiga.

Ia membolehkan Ajai membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Razif daripada kumpulan Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu mendapat tempat ketiga.

Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Dayang turut membawa pulang trofi vokal terbaik buat kali ketiga berturut-turut.

Persembahan Terbaik pula milik kumpulan Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Lagu yang turut dipertandingkan pada AJL31 adalah Terakhir (Sufian Suhaimi), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Di Amaran Mama (Hazama) dan Obses (Akim & The Majistret).

Turut bertanding adalah Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Persembahan Terbaik milik kumpulan Khalifah.

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer.

Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara tersebut turut diserikan dengan penampilan juara program Asia Got Talent dari Filipina yang mengiringi nyanyian Jaclyn Victor menerusi lagu Gemilang dengan tarian bayang.

AJL31 juga turut menampilkan Man Bai, Ameng dan Ella yang membuat persembahan istimewa untuk dua penulis lirik terkenal iaitu Allahyarham Juwie atau Abdul Jalil Salleh dan Loloq (Rosli Khamis).

AJL31 dihoskan oleh Awal Ashaari, Fara Fauzana, Fizi dan Sarimah Ibrahim.

Mereka menyampaikan lagu-lagu seperti Masih Aku Terasa, Sampai Hati, Layar Impian dan Permata Pemotong Permata.

Pada tahun ini, AJL31 mengangkat tema ‘Cerita Dalam Lagu’ demi memartabatkan hasil nukilan penulis lirik lagu-lagu terbaik 2016.

AJL31 yang disiarkan secara langsung di TV3 menampilkan empat pengacara iaitu Sarimah Ibrahim, Awal Ashaari, Fara Fauzana dan Fizi Hot FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rembatan LELAKI TERAGUNG Dayang Nurfaizah Cipta Hatrik Vokal Terbaik AJL31

Budiey.com Dilantik Sebagai Blog Rasmi Konsert ROMANSA KRISDAYANTI