Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Keputusan Anugerah Juara Lagu 22



Siapa menang? Hehe jap… jap… nak post gambar ni sat…

Sebelum kita tengok sape yang menang… korang cuba teka siapakah gerangan perempuan misteri yang macam terapung-apung ni… huhu… tekalah sape? Nanti jawaban dia akan Budiey beri dalam satu entri utama… huhu! Tunggu!

Pemenang Persembahan Terbaik:
Angan Dan Sedar – Mawi

Pemenang Persembahan Vokal Terbaik:
Ceritera Cinta – Lah Ahmad & Jaclyn Victor

Pemenang Kategori Balada:
Izinkan Ku Pergi – Sahri

Pemenang Kategori Pop Rock:
Itu Kamu – Estranged

Pemenang Kategori Etnik Kreatif:
Samudera – Nora

Juara Lagu:
Itu Kamu – Estranged

Rasanya ramai dah tahu lagu mana yang menang dalam Anugerah Juara Lagu ke 22. Ramalan Budiey hanya betul untuk Juara Kategori Etnik Kreatif yang dimenangi oleh lagu Samudera. Yang lainnya memang lari daripada sasaran. Ternyata malam tadi kemenangan adalah milik mutlak lagu Itu Kamu yang dibawa dan dicipta sendiri oleh Estranged. Tahniah! Buat Estranged yang juga memonopoli bagi kategori Pop Rock. Memang ramai tidak menjangkakan Estranged akan menang. Namun, kerana lagu tersebut dikatakan agak catchy dan mempunyai mutu kelainan berbanding dengan lagu-lagu lain, Itu Kamu dinobatkan sebagai raja sekalian lagu untuk anugerah pada malam tadi.

Rata-rata teman yang Budiey temui pada gala nite sejurus selepas AJL berlangsung semalam bersetuju dan akur dengan kemenangan Itu Kamu. Bagi Budiey sendiri, kemenangan ini adalah satu kemenangan yang besar bagi band dan kumpulan indie tanahair kita. Sekaligus memberi satu impak maksima kepada perkembangan dan penerimaan rakyat jelata dengan kewujudan lagu-lagu mereka yang kian mendapat sambutan.

Estranged, vokalisnya diasah bakatnya di Akademi Fantasia terbitan Astro. Sementara, Mawi pula yang memenangi Persembahan Terbaik pada malam tadi juga dari bumbung yang sama. Kemenangan lagu Kaer yang juga daripada Akademi Fantasia dijulang tinggi oleh vokal mantap Sahri juga dari program realiti yang sama. Satu kebetulan dalam situasi ini di mana Astro sudah jelas melahirkan penyanyi berbakat yang secara kebetulannya juga telah diangkut ke stesen TV3. Isu ini tidaklah berat kerana bagi Budiey AJL adalah satu pertandingan ciptaan lagu, bukan populariti dan gaya vokal artis sebagai penyampai. Sekadar untuk memberi gambaran yang terlintas dalam minda… ada 3 nama anak didik AF dalam senarai.

Oh ya, kemenangan Mawi untuk Persembahan Terbaik adalah berdasarkan kepada penjurian. Bukan kepada keputusan SMS daripada penonton yang sebenarnya bukan berpihak kepada Mawi. Mengikut En Azhar Borhan ketika sidang media AJL tadi, ada lagu lain yang mendapat undian SMS paling tinggi daripada penonton. Budiey rasa lagu Siti Nurhaliza yang pastinya banyak mendapat undian SMS oleh penonton. Ini jelas terbukti dari sorakan penonton di dalam Stadium Putra yang begitu gemuruh sekali ketika dan selepas Siti Nurhaliza membawa lagu Destinasi Cinta. Mengancam habis you all! Cayalah Siti!

Magik dan magik. Itu yang dimainkan oleh AJL kali ini. Untuk menang persembahan terbaik, penyanyi kena pandai buat silap mata di pentas. Termasuk persembahan Mawi yang berjaya memukau penonton dengan menukar pakaian dan jelmaan kanak-kanak comel dan nakal menari lincah dan ini semua berjaya mempengaruhi undian dan sokongan dari para juri.

Syabas kepada Jaclyn Victor dan Lah diatas kemenangan Persembahan Vokal Terbaik. Memang mantaplah vokal diorang dan tidak siapa yang berani untuk sangkal dan nafikan lagi. Sementara lagu Samudera menang kerana memberi pembaharuan dalam penciptaan lagu bagi ertnik kreatif. Lirik yang puitis agak santai apabila dihayati dengan lenggok-lenggok ritme lagu yang mempunyai dinamik dan nilai tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Samudera dendangan Nora ini agak positif dan memberi sesuatu nilai kemanusiaan dalam diri pendengar. Itu yang lebih utama sebenarnya.

Akhir kata, tahniah buat semua pemenang. Kepada Estranged, duit hasil menang AJL bolehlah dipergunakan untuk dilaburkan bagi album terbaru kalian. Kalau boleh cipta lagu yang lagi gempak tahun ini!

Mengapa lagu Faizal Tahir – Kasih Tercipta dan Maha Karya Cinta tidak menang? Ooo… itu kena tanya juri lah ya. Hehehe…

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Top 10 Selebriti Lelaki Paling Meletop di AJL25
  • Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-23 18 Januari Ini
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Top 20 Selebriti Wanita Paling Gorgeous di AJL25
  • Profile Sarimah Ibrahim
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Siapa Finalis Anugerah Juara lagu Ke 24
  • Doa Dalam Lagu, Persoalan Cinta dan Dusta Berkalang ke AJL
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Faizal Tahir, Spider, Ziana Zain di Semi-final Muzik-Muzik Kategori Balada



    • papadom

      ni persalinan mengelak kene hujan ke..aku rase tidak lain tidak bukan DCT punye pakaian sblm atau slps persembahan utk mengelak dr diketahui penampilannya sewaktu di pentas..yg pntg aku x sempat tgk AJL..msti clap tekaan aku kan..hu2

    • ash

      is that siti? hoodie? macam xsesuai je. alamak,rugi xtgk live.

    • sweeneytodd

      hmmmh yeke mawi menang sebab penjurian? konfius aku.. mase persembahan beria pengacara suh undi penyanyi yang membuat persembahan… pastu tetiba mawi menang ckap sebab penjurian. xyah tipu la weh… banyak lagi persembahan yang lagi best n hebat berbanding mawi yang setakat tukar baju jer.. hmmh mungkin TV3 xnak org pertikaikan prestige juara lagu tuh sendiri. lain kali kalo nak jaga nama prestige tu sendiri jangan la ade kan SMS.. xkan la TV3 nak jugak buat duit pakai SMS mcm astro. aku rase mawo menari pon cam kongkang (monyet) pon leh menang, azhar borhan xpayah la cover org sumer dah tau kalo main sms of coz si mawi tuh yang menang

    • ain_nia

      sedih btui tgk fiq nyanyi lagu mahakarya cinta mlm tu… :(

    • bah

      kan persembahan terbaik 50-50. ingat sms 100% ke ? kalau mawi dapat sms 50% pun, kalau undi juri die tak tinggi, die tak menang jugak. die menang, kire, undi sms ngan juri die same rate. kalau satu tinggi, dan satu lagi terlampau rendah, itu boleh menjatuh kan undi keseluruhan.

      yea, ape2 pun, bob patut menang vokal terbaik. walaupun ade terkucil sikit2. mungkin sebab ajai bagi die lagu ni di saat2 akhir. patut beri peluang yang lebih besar untuk bob. die ade kualiti. kualiti suara yang menyenangkan. tak bingit, dan tak merimaskan.

    • http://yahoo.com sinchan

      sedih faizal tahir xdpt msk…
      kesian tgk fiq nyanyi kn..mst tekanan.
      bob tu ok la..dh bes.cuma ada lupa sket.sb las minit kot

    • babyboo_ady

      baby x puas ati la tgk estranged menang..ntah pe ntah yg bestnye…persembhan plak memang mawi best tp bile tgk blik bese je rasenye..ct lg GEMPAK..huh..sape la yg undi ni…xpatut tol!!!!!

    • http://affanazami.livejournal.com affanazami

      i lloike bob nyanyi! sedap pade asal.. oops! hehe

    • papadom

      sudah2 le tu asyik ct je..

    • yana

      setuju sangat estrannge yang menang…coz susunan muzik dan lirik yang indah….memg diorang layak sangat2 menang….

    • aku

      aku sokong Estranged menang! ini lah yang dikatakan Muzik Baru n Segar…

    • alexa

      kenapa siti tak menang!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK