in ,

Kenyataan Ruhainies Akui Dipergunakan Dalam Harian Metro

Ini pula petikan statement Ruhainies Akui Dipergunakan. Sumber Harian Metro

“Itu memang saya, tetapi saya dipergunakan.”

Itu penjelasan pelakon Ruhainies berhubung video yang memaparkan aksi seorang lelaki berjalan berdua dengannya di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini.

Ruhainies mendakwa, dia tidak menyangka lelaki yang bergelar Datuk itu mempergunakannya bagi tujuan peribadi.

“Memang saya ada bertemu dengannya tetapi bukan berdua sebaliknya turut ditemani adik dan pengurus saya.

“Saya sendiri tidak sedar dia meletakkan tangan di belakang saya semasa menaiki eskalator. Saya mengesyaki, dia mempunyai niat tidak baik kerana video itu seperti dirakam oleh individu yang diupah,” katanya.

Sambung Ruhainies, adalah mustahil video itu dirakam peminat atau orang awam.

“Saya tak rasa ada orang yang terlalu gigih mengekori saya dari satu tempat ke tempat yang lain dalam tempoh masa yang lama.

“Lagi pun, kalau video dan gambar itu dirakam oleh orang awam, tidak mungkin individu itu akan menghantar video berkenaan kepada media,” katanya.

Jelas Ruhainies, dia bertemu dengan lelaki itu atas urusan kerja dan tidak mempunyai sebarang hubungan intim.

“Saya masih waras untuk bercinta dengan suami orang secara terang-terangan di tempat awam,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita memuat naik rakaman video berserta gambar memaparkan seorang wanita dan lelaki berjalan dalam keadaan mesra di pusat membeli-belah.

Menerusi laporan itu, wanita berkenaan dikatakan pelakon baru manakala lelaki terbabit pula suami kepada seorang penyanyi popular.

Sementara itu, suami kepada penyanyi Adira, Adnan menafikan dakwaan pelakon itu yang menganggap dirinya dipergunakan.

“Apa untungnya saya memerangkap dia? Kalau nak meraih populariti sekalipun bukan dengan dia. Cukuplah saya sudah beristerikan Adira.

“Kalau saya nak ambil kesempatan lebih baik saya keluar dengan artis kelas A.

“Saya rasa perbuatan ini dilakukan musuh saya atau pembenci Ruhainies. Kalau betul saya nak buat perkara seperti yang didakwa, baik saya ke hotel,’” katanya.

Adnan menjelaskan, Ruhainies bukanlah wanita pilihan hatinya untuk dijadikan isteri.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi.

“Terus-terang saya memang teringin berkahwin tiga malah kalau dapat empat lagi bagus. Namun saya belum ada calon sesuai dan Ruhainies bukan gadis pilihan saya.

“Tidak dinafikan, saya memang seorang yang mudah mesra apabila bertemu dengan orang ramai. Dalam masa sama ada juga yang mengatakan saya miang,” katanya.

Sambung Adnan lagi, dia tidak menyedari bagaimana tangannya boleh berada di pinggang pelakon itu.

“Ia berlaku secara spontan sehingga saya tak sedar tangan sudah berada di pinggang Ruhainies. Jangan ingat kereta saja ada pemanduan auto, tangan pun boleh bergerak secara automatik,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Red Akui Sukakan Ruhainies

Peraduan Premiere With Budiey Filem JASON BOURNE