Kenyataan Charm VE Tentang Gambar Skandal Teman Wanita
Dipetik dari tulisan Maliah Surip – Harian Kosmo! Charm VE telah memberikan kenyataan tentang gambar hot bersama seorang teman wanitanya di internet.
Dari corong telefon kedengaran sayup, tegas bersulam nada kurang senang lahir daripada jiwa seorang Charma Adizalilullah Abdul Khalik atau Charm. Anggota grup V.E ini sudah dapat menebak apa yang ingin saya ajukan.
Tapi Charm, 31, tenang, dan sesekali keluh kesahnya menandakan dia sangat kesal dengan pelbagai tohmahan yang hinggap pada dirinya. Seumpama tidak pernah sedikit pun dia membuat kebaikan sebelum ini.
Semuanya gara-gara gambar mesranya bersama seorang gadis yang didakwa sebagai kekasih tersebar luas di Internet. Gadis itu juga dikatakan orang ketiga yang menyebabkan rumah tangga penyanyi ini runtuh.
Bagai menyimbah minyak ke dalam api, sensasi Charm menjadi panas apabila Charm menceraikan isterinya, Kiki Karmila dengan talak tiga sejurus Kiki melahirkan zuriat ketiga mereka.
Gadis yang dipercayai berusia awal 20-an dan dikenali sebagai Farah itu kini didakwa merupakan kekasih baru anggota kumpulan vokal berharmoni yang terkenal dengan lagu Pop Yeh Yeh itu.
Malah Charm kini diuar-uarkan sedang merancang untuk bernikah dengan Farah sekitar April tahun depan.
Charm, petang itu, bercakap dalam nada kesal dan enggan mengulas panjang. Katanya dia keberatan memberi sebarang kenyataan dan mahu membiarkan isu peribadinya ini berlalu pergi.
Peribadi, pada pendapat lelaki ini harus disimpan rapi dan bukannya untuk dikongsi bersama umum. Hanya orang yang tidak bertanggungjawab dan kurang cerdik suka mengambil tahu hal orang.
Bagaimanapun Charm sempat memberi sedikit reaksi mengenai kontroversi yang tercetus dalam perbualan singkat kami kerana sedang menghadiri majlis pernikahan adik lelakinya minggu ini.
Mengenai gambar kamu mesra dengan seorang wanita, yang tentunya bukan isteri kamu. Apa komen kamu?
Siapa yang sebarkan gambar itu sebenarnya kurang cerdik. Tapi saya okey sebab saya bukannya berbogel.
Cuma saya rasa kurang adil bila orang sebarkan gambar kami sahaja sedangkan pada waktu itu kami keluar beramai-ramai. Dia kawan saya.
Memang gambar itu mesra dan dia (wanita itu) juga ada ambil gambar seperti itu dengan kawan-kawannya yang lain. Gambar ini sebenarnya diambil selepas saya bercerai.
Macam mana kamu melihat isu ini?
Biarlah orang nak cakap apa. Saya malas nak komen. Biar Tuhan tentukan, saya serahkan pada Tuhan.
Cerai talak tiga dan baru mendapat cahaya mata. Ramai yang lihat kamu nakal dan agak kejam?
Kalau boleh saya tak nak jawab soalan ini. Saya tak nak burukkan lagi keadaan. Tapi saya sahkan memang saya sudah bercerai.
Tags: Charm VE
noneClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 10th, 2008 at 11:44 pm
Mesreeeee …… (smbil goyang2 tgn ala Bob AF)
August 11th, 2008 at 7:50 am
Dah ler dia yang main kayu tiga. Bagi bini talak tiga pulak. Kalau ada asas agama takkan bagi talak sampai 3 terus. Tambah pulak dah 3 org zuriat dia wanita ini lahirkan ke dunia. Fikirlah sendiri
August 11th, 2008 at 9:22 am
yeker?? cam x caya je..
August 11th, 2008 at 11:25 am
ssh nak komen nii…
tp kalo ye pun kuar ramai2 takkan amik gmbr camtu skali kann…
hmmm…neway sebelum cerai ke after cerai ke… u as a public figure lenkali kenalah hati2…n lagi satu ingatla Allah….
August 11th, 2008 at 1:44 pm
wah gembiranya wajah lepas bercerai..giler!
August 11th, 2008 at 2:20 pm
komen yg bodoh…adakah ckp tak adil sbb gambar dia sorang jer yg disiarkan..pastu ckp pompuan tu ambil gambar dgn smua org stail camtu….maknanya pompuan dahi kena tembak tu memang murah la sendoikan aset dia kat smua org…kehh…kehh..klu yer pun ambil la gambar elok2 skit…lg satu dah ada minuman syaitan kat depan tu, nak komen apa lagi……..sendiri mau ingat la beb
August 11th, 2008 at 9:02 pm
marry the ho next year?
here is a tip for u……..never marry a ho you met in a club.
August 12th, 2008 at 1:15 pm
Teruk betullah dia tu….
Harap-harap dia akan menyesal dengan perbuatan dia menceraikan bini dia hanya kerana mengejar seorang GRO.
August 13th, 2008 at 8:51 pm
den raso la kan..die nih mmg suke sgt ngan nmor 3 kot la..anak da 3,main kayu tiga..pastuh bagi bini talak 3 plak tuh..mmg suke thp giler lah tu..muahhahahahaha..lgsung xpkey ngan nsib ank2 yg ado tuh..mggatal yo di ingat eh..po nk jdi tah.owg nie klo de asas agama yg kkuh n briman x le smpai jdi camgini..pado jando charm,jgn ptuih aso..redho n twakal jo eh..ni sume ktntuan dr ilahi.klo stkat muke charm tuh blambak g yg lbih baik dr die kt luar nie ha..ish..sian kt anak bini dio lah..si btina tuh pn dsr xreti malu n muke tembok taw.da la xlawo prangai huduh lak tuh ngalahkan bibik indon aku ni haa..tpi owg2 camgini aku ckap kan,xlame kekalnyer..satu ari telungkup gak tuhan bgi pngajaran..haa,time tuh bawu r tehegeh2 hengat anak bini..dsr xtaw malu r..subhanallah..
August 15th, 2008 at 11:54 am
seorang isteri pasti hancur luluh hati apabila suami memandangnya dengan pandangan penuh benci sedangkan dia adalah ibu kepada anak lelaki bergelar suami..moga dia mendapat pembalasan setimpal..
August 15th, 2008 at 12:10 pm
gmbar 4 hari lpas brcerai … cmna klau 4 hari sblum brcerai n sminggu lpas brcerai ek..
August 15th, 2008 at 1:10 pm
hmmm teruk2 perangai…da ader anak isteri supposed to be matang…bukn nk enjoy2 lagik da cm zezamn bujang… cube tgk diri, kalo yg slh dibetulkn…yang x elok dirapikn…kesian ank ngn isteri…cerai smpi talak tiga…isk isk isk isk dasyat sungguh yek..xpe pintu taubat tu masih terbuka…
August 19th, 2008 at 7:12 pm
apa da…budak sorang ni…nak jd artis kena la elok perangai tu…tak senonoh bebenor….ada bini tak ingat tuhan…ada anak tiga lak tu…entah la…dah pekena air setan tu memang la….buruk pun jadi baik..harap bertaubat la….
September 8th, 2008 at 3:00 pm
mcm mane burok pn isteri kite.. die tetap isteri yg MELAHIRKAN anak-anak kite. kecantikan akan pudar.
September 8th, 2008 at 3:54 pm
xdpt bayangkan perasaan seorang isteri yang baru melahirkan anak diceraikan.. ya Allah..berat lagi mata yang memandang..berat lagi bahu yang memikul…
September 12th, 2008 at 11:43 am
salam…mybe aper yg aku nak katakan ramai yg xpercaya….megapa org zaman skrg suka nak mhukum org lain,sedangkan kte xth aper cite sebenar disebalik semua nie?????xcukup kew kalo kte setakat mdengar n melihat…xperlu rasa nye nak melempar kan kata2 kesat n mcm2 andaian…
aku setakat memberi cmmnt yg aku rasa kan patut….
pada cham, kuat kan hati n semangat….
n lantak aper org nak kata pada hang k…..
September 14th, 2008 at 1:39 pm
tobatlah………………….. ingat ALLAH.