in

KENNY VS SPENNY Best International Comedy Series Gemini Awards

KENNY VS SPENNY
TX: 16 JULAI 2008 (RABU)
TIME: 11.00 MALAM

Stesen TV paling hip di Malaysia, 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda khas program istimewa dari Kanada,  Kenny vs Spenny, yang muncul di kaca TV anda bermula 16 Julai 2008, setiap Rabu, pukul 11.00 malam.

Ada satu ungkapan yang mengatakan ‘ketawa penawar duka’, malah sangat percaya dengan ungkapan itu, dan saya percaya setelah hampir seharian penat bekerja, saya pasti segala penat lelah pasti hilang dengan bergelak ketawa selama setengah jam bersama Kenny vs Spenny. Kenny vs Spenny bukan sahaja siri rancangan realiti hebat yang pastinya menarik ramai peminat kerana mereka mempunyai pelbagai idea dan tidak pernah kering dengan idea, sekalipun idea-idea mereka pastinya tidak terfikir pun oleh kita.

Siri ini yang pernah mendapat pelbagai nominasi seperti Gemini Awards pada tahun 2005 dan 2006 sebagai siri komedi paling mendapat tempat di hati peminat di Kanada, dan pernah menerima nominasi “Rose d’Or” di Switzerland sebagai “Best International Comedy Series”.

Siri yang sangat popular dengan pelbagai idea-idea menarik ini telah menginspirasikan pelbagai edisi yang mengambil format yang sama untuk negara luar, sebagai contoh dari versi Jerman, Elton vs. Simon, memaparkan 2 pelawak komedi Jerman dan rakan-rakan serta versi Britain, Ed vs Spencer. Frank vs Girard pula merupakan versi dari Quebec manakala Juan vs, Roman daripada Latin Amerika, Cenk vs Erdem daripada Turki serta Katja vs Bridget di Netherlands.
 
Kenny vs Spenny merupakan siri realiti mengenai dua rakan karib, Kenneth “Kenny” Joel Hotz dan Spencer “Spenny” Nolan Rice daripada Toronto, Ontario yang bertanding sesame sendiri mereka di dalam pelbagai pertandingan rekaan mereka sendiri.

Sesiapa yang kalah di dalam setiap episod mestilah membuat satu aksi yang memalukan, dan selalunya idea memalukan itu datangnya daripada pemenang setiap episod. Kenny dan Spencer merupakan penyumbang idea asal siri ini, dan mengikut kata Kenny, siri ini tidak mempunyai skrip dan semua idea-idea datangnya dari buah fikiran mereka dengan spontan.

Kenny dan Spenny, kedua-duanya mempunyai personaliti yang berlainan tetapi mereka berdua bersahabat baik yang sangat gemar bertanding sesama sendiri. Setiap episod biasanya akan dimulakan dengan ayat “siapa boleh” atau “siapa adalah”, maka bermulalah pertandingan tersebut.

Siri realiti ini biasanya hanya tugasan biasa yang dipertandingkan seperti siapakah yang berjaya menangkap ikan yang paling besar, tetapi adakalanya pertandingan yang lagi sukar, seperti siapa di antara mereka yang dapat mengeluarkan angin yang paling kuat. Acara yang juga biasa dilakukan mereka adalah seperti siapakah yang mampu bertahan paling lama atau paling jauh dalam apa sahaja idea lucu yang datangnya dari mereka sendiri.

Lucunya, walaupun mereka bersahabat baik, namun mereka yang mempunyai karektor berbeza, mempunyai pelbagai idea mereka tersendiri untuk menang dalam pertandingan itu.

Kenny, biasanya lebih kepada cara biasa dan adakalanya berani menipu dan membuat apa saja hanya untuk menang, manakala Spenny sangat berlainan karetornya dengan Kenny iaitu Spenny sangat-sangat mempunyai etika dan mengikuti peraturan yang telah disediakan. Spenny juga mempunyai semangat untuk bermain secara jujur dan menang secara jujur juga dan selalunya Spenny akan terkena dengan muslihat-muslihat dan tipu daya Kenny.

Pemenang bagi acara ini untuk setiap episod akan memilih satu acara yang memalukan untuk dilakukan oleh rakan mereka yang kalah dan rakan yang kalah itu seharusnya bersetuju untuk melakukan aktiviti itu. Walau bagaimanapun, adakalanya antara episod itu, ada diantaranya sengaja dilakukan melebihi tahap yang dipesetujui untuk lebih memalukan rakan mereka yang kalah.

Ingin mengetahui apakah idea tugasan-tugasan yang datang dari mereka? Atau ingin mengetahui siapakah yang bakal memenangi setiap pertandingan? Jadi, jangan lupa temujanji anda bersama 8TV untuk menonton Kenny vs Spenny bermula 16 Julai 2008. setiap Rabu, pukul 11.00 malam. 8TV juga boleh ditonton melalui saluran alternative saluran Astro 708.

[tags]kenny vs spenny, tv station, 8tv, gemini awards, kenneth, ayat cinta, sms jiwang, torrent, spenny love, berita harian, utusan malaysia, charm ve bercerai, gambar gro charm, cam, best, cute[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Comelnya! Gambar Anak Ellie Suriaty & Azri Iskandar Semasa Kecil

Surgeon Bong Dal Hee Drama Korea di 8TV