in ,

Kenneth Ma & Joyce Tang Media Prima TV Networks Screenings 2012

Penampilan Istimewa Artis TVB dari Hong Kong

Kini telah tiba upacara tahunan yang dinantikan! Media Prima TV Networks Screenings 2012 yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad (Media Prima), Syarikat integrasi kumpulan media yang terbesar di Malaysia, bakal membuka tirai untuk memaparkan barisan intisari program-program televisyen yang terkini dan diminati ramai, bukan sahaja di dalam negeri malah juga di peringkat antarabangsa. Tetamu yang dijemput untuk menghadiri upacara ‘Screenings’ tahun ini akan dihiburkan dengan penampilan istimewa artis TVB dari Hong Kong iaitu Kenneth Ma dan Joyce Tang.

Kenneth Ma & Joyce Tang2

Bukan sahaja mendapat sambutan yang hebat dari peminat di Malaysia, malah kedua-duanya telah dijemput khas untuk menjayakan lagi upacara ‘Screenings’ pada tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada usaha terus-menerus ntv7 dan 8TV untuk mempromosikan judul-judul baru TVB yang akan keudara di kedua–dua rangkaian televisyen pada tahun 2012 yang akan datang. Antara judul-judul terbaru adalah- Sisters Of Pearl, The Mysteries Of Love, A First of Stances, Can’t Buy Me Love.

Sisters of Pearl yang dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal TVB termasuk Joyce Tang, Bowie Lam, Jessica Hsuan, dan ramai lagi akan bakal disiarkan di ntv7, Saluran Ceria Anda pada bulan September 2012. Drama ini mengisahkan percaturan tiga orang adik beradik untuk mewarisi harta kekayaan, selepas kematian bapa mereka yang berasal dari keluarga keturunan Zhu. Bapa mereka telah mewarisi perniagaan menjual barang – barang kemas yang wujud semenjak seabad lalu. Joyce melakonkan watak sebagai perempuan simpanan kepada bapa adik-beradik itu, turut bertarung merebut peluang untuk mendapatkan harta turun-temurun untuk menjaminkan kehidupan yang lebih mewah untuk dirinya sendiri dan kandungannya.

Drama The Mysteries Of Love, A Fist of Stances, Can’t Buy Me Love yang dibintangi Kenneth Ma, akan ke udara di 8TV pada bulan Febuari, Mac dan Ogos. Penonton akan berpeluang untuk menyaksikan kebolehan beliau melakonkan watak yang berbeza seperti sebagai seorang anggota polis, ketua kungfu dan juga sebagai dewa cinta. Seperti yang digemari, penonton juga berpeluang menyaksikan lakonan kisah cinta antara beliau dan pelakon pasangannya seperti Bernice Liu dan Fala Chen yang akan menyemarakkan minat penonton menyaksikan rancangan ini.

Berikut adalah judul drama TVB Hong Kong yang akan disiarkan di ntv7 dan 8TV pada tahun 2012:

  1. The Stew of Love (Januari 2012)
  2. A Chip Off The Old Block (Januari 2012)
  3. A Pillow Case of Mystery II (April 2012)
  4. The Mysteries of Love (Februari 2012)
  5. A Watchdog’s Tale (Mei 2012)
  6. A Fist of Stances (Mac 2012)
  7. The Season of Fate (Julai 2012)
  8. In the Eye of the Beholder (Mei 2012)
  9. Sisters Of Pearl (September 2012)
  10. The Beauty of The Game (Julai 2012)
  11. Ghost Writer (November 2012)
  12. Can’t Buy Me Love (Ogos 2012)
  13. Every Move You Make (Oktober 2012)
  14. When Lanes Merge (November 2012)
  15. No Regrets (Disember 2012)

Kenneth Ma & Joyce Tang

Kenneth Ma singing at Media Prima Berhad Screenings 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Siri Antarabangsa di ntv7 Tahun 2012

Sajian Menarik Aidiladha 2011 Di RTM