in

Kemunculan Semula IZ Dengan Balada CINTA AKHIR

IZ MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DENGAN BALADA “CINTA AKHIR”

Dengar Lagu CINTA AKHIR Preview on SoundCloud

Akhirnya, penyanyi dan komposer muda, IZ, bakal membuat kemunculan semula beliau dengan single Melayu rasminya yang pertama berjudul “ CINTA AKHIR ” bagi semua stesen radio tempatan. Lagu balada hasil nukilan bekas peserta rancangan realiti terbitan Media Prima Berhad, One In A Million (OIAM 2) ini telah mendapat sentuhan penerbit hebat dari seberang seperti Pongky Prasetyo dan Bemby Noor yang pernah bekerjasama dengan Dato’ Sheila Majid.

IZ

Karya terjemahan kisah peribadi IZ ini sendiri telah menjalani proses adunan yang teliti di BackBeat Studio, Jakarta manakala, Leon Zervos selaku Mastering Engineer pula memikul tanggungjawab Mastering di Studios 301, Sydney, Australia. Menariknya, IZ juga telah merakamkan versi Bahasa Indonesia untuk mencuba pasaran seberang selepas kemunculan beliau di Indonesia bersama Abdul & The Coffee Theory dalam rancangan ‘Celebrity Journal Follow Me’ terbitan MNC Network Indonesia.

IZ yang kini sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat selama tiga bulan juga bakal menjalani penggambaran muzik video rasmi “CINTA AKHIR” di sekitar Los Angeles & Oldtown Pasadena. Di samping itu beliau juga sedang mengikuti latihan seni persembahan seperti latihan seni vokal bersama guru vokal terkenal, Nick Cooper, yang pernah melatih artis-artis antarabangsa seperti Beyonce, Rain, David Archuleta, Katy Perry, serta latihan tarian, pergerakan pentas dan lain-lain. Untuk lebih informasi tentang akitivit-aktiviti IZ di Amerika Syarikat, sila lawati www.facebook.com/IZsulaini

Single “CINTA AKHIR’ boleh didapati secara online terus dari iTunes (US, Australia/New Zealand, Canada, UK/Europe, Japan, Mexico), Amazon MP3, Last.FM, iLike, MySpace, Napster, Rhapsody, Spotify & Tesco dan banyak lagi.

CINTA AKHIR Recording Process | Behind-The-Scenes

TRIVIA DAN INFORMASI TERBARU IZ DAN “CINTA AKHIR”

1. “CINTA AKHIR” juga merupakan lagu tema sebuah filem pendek lakonan Liyana Jasmay, Pierre Andre dan IZ sendiri yang telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada Mei 2011 bersempena dengan Kempen Anti Merokok Sedunia.

2. “CINTA AKHIR” versi Indonesia berjudul “SESAL” juga sudah berada secara online.

3. Lirik lagu CINTA AKHIR

Lagu & Lirik : IZ

TAJUK: CINTA AKHIR

Verse:

Melangkah pergi

Tiada pasti

Ku kan berani mencari erti hidup

Ketika aku

Mengenangkan mu

Masih terkurung

Sekian lama

Walau telah kau lepaskan aku pergi

Takkan ku tunggu, kan cinta mu yang telah hapus

Pre- Chorus:

Ku coba untuk, melupakan mu,

Bayanganmu makin menjauh

Chorus:

Cinta, tak akan ada nya

Cinta, yang sama cinta pertama,

Ku cari ku rela

Sepanjang hidup ku

Oh Cinta, tak akan kembali

Kisah, yang pernah kau beri pada ku,

Telah terkubur

Semua, telah berakhir

Bridge:

Selamat tinggal kekasih

Kerna kini ku telah mengerti

Bahawa semua, cerita,

Telah berakhir

Chorus:

Cinta, tak akan ada nya

Cinta, yang sama cinta pertama,

Ku cari ku rela

Sepanjang hidup ku

Oh Cinta, takkan kembali nya

Kisah, yang pernah kau beri pada ku,

Telah terkubur

Semua,

Segalanya,

Derita, telah berakhir

Written, Composed by IZ Sulaini [IzWorkz Music] – Produced by Pongky Prasetyo & Co-Produced by IZ Sulaini – Malay Lyrics by IZ Sulaini – Vocals Arranged by IZ Sulaini – All Vocals Produced & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – All Instruments Arranged by Pongky Prasetyo & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – Live Acoustic & Electric Guitar Parts by Andrew Dhinut & Recorded by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – ‘CINTA AKHIR’ Mixed by Samuel Kevin @ BackBeat Studios, JAKARTA – Mastered by Leon Zervos @ Studios 301, SYDNEY – Song Production Managed by Daniel Zakaria, JAKARTA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain di Sidang Media Malam Gala Hari Ibu

Portal TONTON Perkenal Siaran TV Catch Up