in

Kempen Beautiful Malaysia Bersama Astro Kasih di Sabah

[dropcap]P[/dropcap]enyelam Tempatan dan Antarabangsa Berkumpul Untuk Kempen Beautiful Malaysia Bersama Astro Kasih di Sabah
Penyertaan Sukarelawan Dengan Misi Mencipta Nama dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk Pembersihan Dasar Laut Terpanjang!

Hari ini merupakan permulaan selaman secara rasmi untuk “Astro Kasih – Beautiful Malaysia GUINNESS WORLD RECORDS™ dalam percubaan catatan pembersihan dasar laut terpanjang yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersama dengan Encik Rohaizad Mohamed, Naib Presiden Kanan Penyiaran dan Operasi Astro dan Encik David Yap, Naib Presiden Hal Ehwal Masyarakat Astro bertempat di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Astro Kasih 1

Budiey juga akan terbang ke Kota Kinabalu Sabah untuk mengikuti perjalanan projek ini dan akan menemubual sukarelawan yang menyertai misi. Ini adalah kali kedua Budiey dijemput untuk buat liputan. Nantikan video event ini nanti ya.

[pullquote align=”right”]Kempen Beautiful Malaysia Bersama Astro Kasih di Sabah ini bakal cipta rekod Pembersihan Dasar Laut Terpanjang[/pullquote]

Cubaan rekod dunia ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat Astro Kasih – Beautiful Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pemuliharaan marin serta menggalakkan eko-pelancongan di kalangan rakyat Malaysia.

Selama 7 hari 7 malam, selama 168 jam secara berturut-turut ini akan bermula pada hari ini dari jam 8.30 pagi di 14 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu.

Kata YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah:

“Saya berasa sangat gembira melihatkan hari ini begitu ramai penyelam sukarelawan di sini sebagai tanda sokongan yang padu dalam memelihara persekitaran kita, terutamanya dalam pemuliharaan marin. Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama sekali lagi dengan pihak Astro dalam kempen Beautiful Malaysia di Sabah. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah buat pihak Astro atas usaha CSR mereka yang berterusan di Sabah dan saya yakin dengan usaha bersama ini, kita mampu utuk memperluaskan lagi kesedaran masyarakat mengenai memelihara keindahan Malaysia,”

Sambutan yang diterima daripada para sukarelawan untuk menyertai misi pembersihan dasar laut ini adalah sangat menggalakkan dan Astro Kasih telah menerima lebih 700 penyertaan daripada sukarelawan tempatan dan juga antarabangsa.

Encik Rohaizad Mohamed, Naib Presiden Kanan Penyiaran dan Operasi Astro berkata

“Bagi pihak Astro, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan Malaysia dan juga komuniti penyelam tempatan dan antarabangsa, atas semangat dan sokongan yang berterusan dalam memelihara warisan khazanah semula jadi kita ini, serta mewujudkan sebuah negara Malaysia yang indah untuk generasi masa hadapan. Saya berasa sangat berbangga dengan pernyertaan daripada kakitangan Astro sendiri dalam usaha ini dan saya juga ingin mengucapkan selamat berjaya buat kesemua penyelam.”

Seramai 140 penyelam berkelayakan dari Malaysia, Perancis, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Lithuania, Switzerland, Hong Kong dan Belanda akan mengambil bahagian dalam usaha rekod dunia ini, termasuk penyelam sukarelawan daripada pelbagai bidang profesion seperti ahli kardiologi, biologi marin, arkitek, ahli kimia dan wartawan. Ia turut disertai oleh para pegawai dari Polis Diraja Malaysia, Pasukan Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga Pasukan Polis Hong Kong. Selain itu, usaha ini juga akan disertai oleh para penyelam dari semua peringkat umur termasuk peserta daripada 21 tahun hingga 63 tahun.

Sertai kami dan berikan sokongan anda kepada para penyelam yang berusaha dengan penuh semangat untuk merealisasikan misi mencipta rekod baru di dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk pembersihan dasar laut terpanjang bermula sekarang sehingga 13 April 2013.

Astro kasih 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Thanuja Ananthan di Pelancaran Butik Daphne di Sunway Pyramid

Gambar Penyanyi Ilyka di Pelancaran Butik Daphne