in

Pelancaran Kempen #100RibuDominos Sempena Iftar Mia Sara Nasuha

Domino’s Melancarkan Usaha amal 100,000 Meals-for-the-Needy

Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar, Domino Pizza dah ada 100 outlet kat Malaysia. Sungguh cepat berkembang walaupun ada persaingan.

Pada bulan puasa yang lepas, Budiey telah hadir ke satu Majlis Berbuka Puasa bersama pelakon cilik Mia Sara Nasuha di salah sebuah restoran Domino Pizza iaitu di THe Weld. Meriah sungguh majlis berbuka puasa bersama Mia Sara Nasuha ni. Ramai juga selebriti yang hadir, antaranya penyanyi Kaka Azraff dan pelakon remaja Elfira & Ezlisa Loy.

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Bersempena dengan perayaan pembukaan kedai keseratusnya di Malaysia, pakar penghantaran piza utama dunia mengumumkan komitmennya untuk usaha amal melalui kempennya, ‘100,000 Meals-for-the-Needy’. Pengumuman tersebut telah dikongsi bersama pada Majlis Iftar anjuran pelakon cilik Mia Sara Nasuha baru-baru ini, di mana Domino’s Pizza Malaysia telah bekerjasama menaja majlis tersebut.

Tonton video sekitar event ni berlangsung. Meriah kan?

Mengikut kajian, hampir 5% daripada rakyat Malaysia tidak mendapat khasiat yang secukupnya. Menyedari hakikat itu, Domino’s Pizza Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini melalui salah satu inisiatif ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ dengan menganjurkan program ‘Membungkus Makanan’ pada 13 Oktober 2012. Melalui program ini, seribu bungkus makanan bernilai RM 100,000.00 akan disediakan dan dibungkus dengan bantuan 240 orang sukarelawan.

Makanan tersebut akan diagihkan kepada golongan tidak berumah dan juga keluarga-keluarga miskin yang menghadapi kebuluran di seluruh Malaysia. Kandungan bungkus makanan ini mengandungi makanan ruji yang boleh bertahan selama tiga tahun dan antaranya adalah beras, tepung, sayuran campuran dehidrasi dan pek vitamin.

Bermula dari 6 Ogos hingga 12 Oktober 2012, para pelanggan Domino’s Pizza boleh menyertai pemacu program menangani masalah kebuluran ini dengan hanya membeli pizza kegemaran mereka. Dengan setiap pesanan, Domino’s akan menyumbangkan RM 0.10 untuk menjayakan program 100,000 Meals-for-the-Needy tanpa sebarang kos kepada pelanggan mereka.

Hasfahlinda Hassan, Pengurus Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura turut hadir di Majlis Iftar adik Mia Sara Nasuha untuk memberi penjelasan kepada tetamu tentang program 100,000 Meals-for-the-Needy yang juga merupakan program CSR terbaru dan terbesar Domino’s.

Turut sama memberi sokongan untuk program 100,000 Meals-for-the-Needy ialah Lisa Surihani dan Fizo Omar.

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Mia Sara Nasuha Domino Pizza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Amy Mastura di Pelancaran Infinity KOSE Prestigious

Iqbal Khan Penerima Kedua Anugerah Diraja Kewangan Islam