in

Kembara Anding Ke Andalusia Dalam Klik-Klik Andalus

Sepanjang Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan kelainan dalam program siarannya. Ia termasuklah tayangan program travelog istimewa sempena Ramadan bertajuk “Klik-Klik Andalus” yang menampilkan Anding sebagai pengacara.

Lawati Kota Lama Al Baizin, Mesquita De Granada, dan Kasbah Ait Ben Haddou sebelum berakhir di Tapak Warisan Dunia di Bandar Sintra, Portugal dalam 13 episod “Klip-klip Andalus”, di saluran TVi bermula 19 Jun ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul jam 8.30 malam.‪

Kembara Anding Ke Andalusia Dalam 13 Episod Travelog – “Klik-Klik Andalus” Di TVi

Episod Cassablanca & Marrakech memulakan penggambaran pertamanya ke negara Maghribi yang terletak di benua utara Afrika, tempat persinggahan pertamanya ialah Kota Cassablanca yang menjadi pintu masuk ke negara Maghribi. Di situ penonton berpeluang melihat laut Atlantik sepanjang Cassblanca. Di sebelahnya terdapat sebuah masjid terbesar di Maghribi iaitu Masjid Hassan II yang cir-ciri rekabentuknyanya sungguh mengangumkan.

Setelah itu, Anding menuju ke kota yang menjadi tumpuan ramai orang iaitu Marrakech. Di Marrakeh yang menjadi tumpuan utama ialah Djama El-Finna iaitu pasar dan pusat komersial yang sudah berusia ribuan tahun. Berhampiran itu, terdapat sebuah masjid di panggil Quttubia kerana di menara masjid itu merupakan tempat atau binaan tertinggi di Marrakech. Keesokan harinya hayati keterujaan Anding menikmati sarapan di atas Riad (hotel) sambil menikmati pemandangan yang begitu menakjubkan. Misi pada hari ini ialah untuk melihat dengan mata sendiri terhadap sebuah fenomena yang begitu ajaib sekali iaitu Kambing yang boleh memanjat pokok.

Terletak di barat daya Maghribi, episod berikutnya menuju ke sebuah bandar pesisir pantai iaitu Essouirra. Penonton dapat melihat sekitar pekan Essouirra yang kecil dan indah ini. Kemudian menuju ke Skala iaitu sebuah kota atau benteng yang menjadi muzium peperangan di situ. Kemudiannya menghampiri sebuah pasar nelayan. Di kawasan itu menjadi tempat bagi nelayan-nelayan di Maghribi untuk menangkap ikan dan menjual ikan.

Dari situ, pengacara menuju ke pergunungan Atlas untuk melihat perkampungan bagi kaum Berber yang masih tinggal di kawasan pergunungan itu. Saksikan kawasan persekitaran kampung sambil ditemani oleh kanak-kanak Berber yang menemani Anding semasa mengembara di situ. Di situ juga terdapat komuniti yang membuat barangan tembikar sebagai punca pendapatan mereka. Kemudian Anding mencuba makanan tempatan iaitu Tajine bersebelahan sungai Glacier. Di segmen terakhir, Anding menuju ke sebuah Ski Resort terkenal di benua Africa iaitu Oukaimeden yang terletak di pergunungan Atlas. Semasa di atas itu, Anding turut mencuba sukan luncur air iaitu Snowboarding. Lihat aksi menarik beliau menunjukkan kemahiran bermain luncur ais.

Dalam episod seterusnya ikuti perjalanan Anding menuju ke selatan Maghribi iaitu Ourzazatte untuk melihat sendiri padang pasir Sahara yang begitu luas di dunia. Destinasi pertama yang dilawati sendiri padang pasir Sahara yang begitu luas di dunia.

Destinasi pertama yang dilawati ialah Kasbah Ait-Ben Hadou. Kasbah merupakan sebuah kota kecil dan menjadi tempat tinggal bagi beberapa penduduk kampung di padang pasir. Kasbah sering menjadi tempat penggambaran bagi filem-filem Hollywood.

Kemudian setelah melihat Kasbah Ait Ben- Hadou, program ini membawa penonton ke Gorge iaitu sebuah kawasan batuan yang indah di Ourzazatte ini. Di segmen seterusnya Anding cuba untuk tinggal di padang pasir Sahara yang dikenali sebagai Merzouga. Kongsikan pengalaman Anding menaiki unta menuju ke kawasan perkhemahan masyarakat Badwi di Sahara ini. Beliau akan menunjuk khemah penginapan dan menikmati makan malam bersama-sama pengambara dari negara lain. Di pagi hari, pengacara bangun seawal pagi untuk menyaksikan suasana indah Padang pasir Sahara.

Untuk mengetahui episod menarik seterusnya usah ketinggalan menyaksikan program travelog istimewa ini hanya di TVi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Sekitar Blind Drifting Pertama Maxis Di Malaysia

Arja Lee Mahu Buka Akademi Tarian