Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Kematian Yasmin Turut Dirasai Di Singapura



SINGAPURA: Kematian pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad di Kuala Lumpur malam semalam bukan sahaja meninggalkan kesan pada industri perfileman Malaysia malah ia turut dirasai oleh penggerak dan peminat filem di Singapura.

Dengan pemergian Yasmin, 51, akibat diserang strok, kini timbul tanda tanya apakah akan terjadi pada filem baru bakal arahannya di sini iaitu ”Go, Thaddeus” yang masih dalam proses awal pembikinan. Filem ini yang didasarkan daripada novel Belinda Wee dan lakon layarnya diadaptasikan oleh Yasmin, mendapat dukungan daripada Suruhanjaya Filem Singapura, Majlis Sukan Singapura, Lembaga Pelancongan Singapura dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Belia Singapura 2010. 

Filem kisah benar ini memaparkan kegigihan seorang ahli sukan triathlon remaja Singapura, Thaddeus Cheong, berusia 17 tahun yang meninggal dunia selepas perlumbaan saringan untuk ke Sukan SEA pada 2007. Filem ini yang keseluruhan penggambarannya akan dilakukan di negara pulau ini dijadualkan ditayangkan pada umum di sini dan Malaysia pada Ogos tahun depan sempena menyambut Sukan Olimpik Belia yang julung kali diadakan dengan Singapura sebagai tuan rumahnya.

Penerbit filem itu, Ascension Pictures telah mula mencari pelakonnya dalam satu pemilihan di sini pada awal bulan ini. Yasmin juga dikenali di sini kerana iklan kempen yang diarahkan olehnya untuk Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan Singapura.

Satu daripadanya ialah ”Eulogy” yang mengisahkan seorang balu mengimbau kisah suaminya di majlis pengembumiannya, dan satu lagi ialah ”Red Shoes”, mengisahkan seorang gadis remaja membesar bersama bapanya yang bujang. – Bernama

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Yasmin Tak Sempat Lihat Filem Terakhirnya, Go, Thaddeus
  • Keadaan Kesihatan Yasmin Ahmad Bertambah Buruk
  • Majalah 3 Paparkan Pewarisan Yasmin Ahmad Ahad Ini
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Video Iklan Funeral Hasil Karya Yasmin Ahmad
  • Jalan-Jalan Cari Makan Musim ke-11 di Singapura
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Gambar Kekasih Yasmin Hani, Don Nazar Mustaffa Bekas Suami Haflin
  • Yasmin Ahmad Meninggal Dunia



    • iswan

      takziah kpd famly arwah yasmin,al-fatiha



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK