Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)




















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





KELUARGA ZAINAL DAPAT PERHATIAN PROGRAM BERSAMAMU TV3

Pontian, Johor, 9-10 Disember 2008 – Program realiti amal Bersamamu kini telahpun memasuki musim ke-13. Sejak disiarkan program ini memaparkan kisah segelintir masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan bagi mendapatkan sedikit perhatian. Kemunculan program ini memberi sinar dan harapan baru kepada golongan ini agar masalah mereka dapat dibantu oleh pihak-pihak yang sewajarnya.

Kehadiran musim baru Bersamamu menyuntik rasa kebersamaan dalam masyarakat dengan mengetengahkan konsep `gotong-rotong’. Pelbagai pihak dipelawa untuk turut serta membantu keluarga yang dipaparkan seperti agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, badan korporat atau pelajar universiti dan sekolah. Gandingan muafakat ditonjolkan menerusi aktiviti membersih, membaiki dan membina rumah serta memberi khidmat kaunseling, tuisyen, kemahiran dan pemeriksaan kesihatan.

Bersesuaian dengan konsep baru itu, satu lagi keluarga yang mendapat perhatian pihak penerbitan ’Bersamamu’ kali ini adalah keluarga En Zainal Rohani yang tinggal di Kg. Parit Bugis, Kayu Ara Pasong, Pontian Johor. Zainal merupakan seorang duda berusia 43 tahun dan mempunyai 9 orang anak berusia antara 2 hingga 20 tahun.

Anak sulongnya telah mendirikan rumahtangga manakala, 5 lagi anaknya masih bersekolah. Zainal melakukan kerja-kerja kampung seperti menjual ikan, memetik paku-pakis di sungai dan mengambil upah kerja kontrak untuk menyara keluarganya. Keluarga ini juga tidak mempunyai tempat tinggal dan kini hanya menumpang di rumah ibunya. Seorang daripada anaknya yang berada di tingkatan 5 hampir tidak dapat meneruskan persekolahan kerana tidak berkemampuan.
 
Selain menghulurkan bantuan untuk keperluan asas dan peralatan dapur, pada hari pertama sesi rakaman program Bersamamu ini, 35 pelajar dari Rakan Exco Kolej Rahman Putra dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai beserta kakitangan dan pensyarah telah menjalankan aktiviti gotong-royong dan membersihkan persekitaran rumah En Zainal.

Pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan UTM juga turut dijalankan terhadap keluarga En. Zainal. Selain itu mereka juga turut memberi peransang dan kata-kata semangat kepada anak-anak En Zainal untuk belajar bersungguh-sungguh.

Naib Presiden Jabatan Pembangunan Perniagaan Pelanggan (Vice President Consumer Business Development) Bank Muamalat, En Abdul Khalid Hj Abdul Rashid turut sama menjengah ke kediaman En. Zainal pada hari berikutnya.

Selain bersuai-kenal dengan keluarga tersebut beliau juga turut menyampaikan sumbangan bagi pihak Bank Muamalat yang berbentuk keperluan asas seperti tilam, selimut, rak pakaian dan sebagainya. Anak-anak En. Zainal juga turut menerima 7 buah basikal dari Bank Muamalat untuk memudahkan mereka pergi ke sekolah. Penaja bersama Al-Ihsan juga turut menghulurkan bantuan berupa yang wang tunai. 

Rakaman episod ini akan disiarkan dalam program ‘Bersamamu’ pada 3 Dis 2008, Rabu jam 9.30 malam di TV3. 

Bank Muamalat dan Syarikat Faiza Sdn Bhd merupakan penaja bersama program Bersamamu bagi musim ke-13 yang menemui penonton TV3 setiap Rabu, jam 9.30malam mulai 17 September 2008. Sama seperti musim lepas Bersamamu akan memberikan tumpuan kepada keluarga yang memerlukan. Namun, bagi musim ke-13 ini, Bersamamu tampil dengan konsep “gotong-royong’ atau ‘kebersamaan” yang mana ia akan membabitkan penyertaan pelbagai pihak untuk turut sama membantu golongan yang memerlukan.

Pembabitan pelbagai pihak ini termasuklah dari segi penyerahan sumbangan dan juga gotong-royong membersih atau membaiki rumah yang rosak, serta memberi tuisyen dan kemahiran kepada anak-anak Bersamamu. Penyertaan ini adalah daripada kalangan pihak kerajaan, swasta, badan korporat atau pelajar universiti dan sekolah.

Kutipan Tabung Bersamamu TV3 juga masih diteruskan untuk mendapat sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan keluarga Bersamamu pada musim-musim yang akan datang. Selain daripada kutipan orang ramai yang diterima melalui Jom Heboh, orang ramai juga boleh menghantar sumbangan mereka kepada Maybank akaun Tabung TV3 Bersamamu BSM: 5643 2412 9973 yang dipantau oleh pemegang amanah TV3 iaitu Amanah Raya Berhad (ARB). Selain daripada itu, sumbangan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip Tabung2 / Tabung5 / Tabung10 dan hantarkan ke 33399.

Menerajui penerbitan Bersamamu musim baru ini adalah penerbit, Kamaruza’ain A. Kadir dan Kalijahwati Md Kassim sebagai penerbit bersama. Mereka turut dibantu oleh wartawan penyiaran Johari Abu Bakar.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PERJALANAN KAMI BERSAMAMU TEMUI PENONTON TV3 DI AIDILFITRI
  • PROGRAM BERSAMAMU MUSIM KE-11 TERIMA SUMBANGAN
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu Maytower Hotel
  • Ashraf Muslim & Wardina Rai Anak Yatim
  • BERSAMAMU MUSIM KE-13 DI TV3
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Rakaman Rumah Terbuka Wanita Hari Ini & Nona
  • Rakaman Nite of Soulful Stars
  • Program Treasure Hunt Khas Untuk Golongan Saudara Baru
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya



  • SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH. SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA.

    11 Komen untuk entri “KELUARGA ZAINAL DAPAT PERHATIAN PROGRAM BERSAMAMU TV3”

    1. shah jehan kata:

      masih ramai yg memerlukan bantuan di malaysia ini tidak kira apa bangsa sekali pun…dan adalah baik bagi yb2 kawasan memantau keaadan penduduk setempat…kerana kita tidak mahu yang kaya bertambah kaya yg miskin terus papa….cuba kita lihat sekeliling..raayat sekarang bukan lagi macam dulu2..ramai yg celik dan nampak apa yg terjadi di sekeliling mereka dan mereka tidak akan tenguk saja…mereka akan bertidak kalau ada yg tak kena dalam pentakbiran..jadi turun padang lihat apa yg patut di bantu ..bukan hanya untuk keluar dalam surat kabar atau berita saja…mereka kene ingat kuasa ditangan raayat…..wassalam

    2. Honeybee kata:

      Satu je nk tgur psl pengantara ranc. Brsamamu ni Kamaruza’ain .. hope next time dia dpt sebut nama pnerima bantuan @ ahli kluarga ni dgn kata panggilan yg lbih ssuai & manis cmtu.. Cth: Pakcik, Makcik @ Abang n seupamanya .. x je main sbut nama je. (actually dr dlu lgi)

      Sbgaimana bru2 ni - siaran ulangan Brsamamu: Pakcik Lahat d Perak n Pakcik Abdullah & isteri d Melaka. Adun Melaka leh pggil / sebut nma mereka dgn panggilan yg lbih beradab swktu mmberi pnerangan, x kn pngantara main sebut +- “Lahat tggal keseorangn d umah ini” walhal pkcik tu jelas lbih brusia drp Kamaruzain tu..

    3. Mr kata:

      Saya curious sebenarnya kerana selalu di perhatikan bahawa orang sebegini anaknya ramai sangat dan ini mungkin satu punca utama kesusahan hidup yang dihadapi. Kenapa golongan ini suka mempunyai anak ramai?

    4. Honeybee kata:

      MR .. x leh nk kata anak tu pnca masalah susah .. stiap anak tu ada rezeki masing2. Jauh lbih baik drp yg hdup senang tpi duk buang anak. Mgkin kbtulan yg MR tgok tu siri yg ada anak ramai tpi ’susah’ ni ada byk kategori.. Yg pntng slain dr mnderma, leh gak mnjadi iktibar kpd para pnonton yg ada kala kurang brsyukur dgn khdupn yg ada lani.. wallahualam.

      Trnanti2 gak kut2 Budiey ada wat plan join team Brsamamu ni.. x de lah duk sensasi je kan ..

    5. Mr kata:

      Saya dah lihat program ini dah lama dan majoriti yang dipaparkan oleh program ini adalah keluarga yang susah tapi anak ramai dan dari pemerhatian harian saya secara am pun, saya melihat, orang yang susah sebegini, memang ramai anak. Persoalan saya, kenapa kah apabila dah tahu kedudukan kewangan tidak mencukupi kerana kerja tetap tak ada atau kerja yang gaji sangat rendah, tapi maseh beranak ramai? Bukan kah ini satu penaniayaan kepada anak-anak kerana mereka tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya dari segi kesihatan, pelajaran, pemakanan dan pakaian, tidur bersempit-sempit etctec

    6. NAK KOMEN kata:

      Tak baik Mr cakap macam tu.Anak tu anugerah Allah SWT. Cuba kita fikir kenapa orang yang nak anak susah betul nak dapat walaupun dah berubat berpuluh - puluh ringgit.Semua ni UJIAN.Setiap orang diuji mengikut kemampuannya dan berbeza caranya.Memang kita lihat seolah - olah macam bebanan, tetapi percayalah jika ibu bapa tersebut ikhlas membesarkan anak - anak tersebut insya - allah anak - anak tersebut apabila dewasa kelak akan tetap mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sanggup bersusah.Tetapi jika ibu bapa mengabaikan tanggungjawab tersebut perkara ni macam ‘HUKUM KARMA’…..Sebab itu Ada orang yang KAYA tetapi masih dibelenggu kerisauan dengan kekayaannya.Ada orang BERPANGKAT, tetapi belum tentu semua orang menghormatinya.Ada orang yang SIHAT, tetapi belum tentu kekal selama- lamnya.Maka sebab itulah ANAK YANG SOLEH itu penting.wallahualam

    7. Honeybee kata:

      Jz wndering knp MR ni ttap nk ’salahkn’ branak ramai.. ada sejarah hitam apa2 ke?

    8. Itsme kata:

      Saya setuju dgn Mr….pendapat SAYA : lebih baik tak ramai anak2 tapi boleh di jaga dgn sempurna, dari ramai anak2 tapi tak terjaga dan hidup dgn kemiskinan dan mengharap belas kasihan orang ramai. Kesian tenguk budak budak tu. Is it fair on those kids? Anak2 memang anugerah Tuhan tapi kita tidak sepatutnya menerima anugerahNya tanpa memikirkan dahulu bolehkah kita menjaga anugerahNya itu dengan sebaik baiknya.

      * With this opinion..alahai…sure ramailah yang nak ‘lecture’ den lopeh ni….*

    9. Mr kata:

      Saya sebenarnya tidak menyalahkan golongan ini. Saya hanya curious. Dah tahu tidak mampu tetapi kenapa maseh hendak mempunyai anak ramai. Terdapat episode dimana, bukan sahaja anak ramai, malahan ada baby kecil lagi. Dont they learnt anything dengan segala kesusahan yang TELAH dialami dengan anak-anak yang telah ada?

      My point is clear and simple i.e. apabila anak-anak yang ramai itu tidak di jaga dan dipelihara dengan sempurna dari semua segi, anak-anak tersebut dianiayai! Yang tua kena berhenti sekolah mungkin selepas darjah 6, tingkatan 3 or tingkatan 5 sebab parents tak mampu nak sekolahkan dan sebab nak tanggung adik-adik yang kecil. What happene to them? Mereka kerja dijawatan yang gajinya amat rendah and the cycle IS REPEATED ALL OVER AGAIN apabila mereka berkawin, lepas itu beranak ramai etcetc.

      Our duty and responsibility is to take care of our children bukan hanya produce them lepas itu let them wander around like anak kucing yang berekor-ekor.

    10. Nita kata:

      sbnarnya orang yang susah ni akan mempunyai ramai anak kerana mereka x ade kemampuan untk dptkan rwatan atau membeli ubat untk menjarakkan anak.Dan orang yg berada pula x nak ank ramai kerna mrk mampu untk merancang dan mendptkan kemudahan rwatan

    11. Ingatan adalah Perhatian | Mind Power kata:

      [...] KELUARGA ZAINAL DAPAT PERHATIAN PROGRAM BERSAMAMU TV3 | Sensasi … [...]

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK