in , ,

Keluarga Pekin Tidak Benar Umum Tarikh Kahwin

Ini pula kisah cinta pelakon Pekin Ibrahim. Setelah hubungan dengan kekasihnya, Uqasha Senrose, kembali pulih, pelakon Pekin Ibrahim, nampaknya tak mahu menunggu lama lagi untuk menyunting aktres itu sebagai isterinya yang sah. Menurut Pekin, tarikh pernikahannya sudah ditetapkan. Akan tetapi pihak keluarganya tidak membenarkan dia mendedahkan pada umum. Pekin Ibrahim menjawab soalan media semasa ketika hadir di malam previu filem Tokan di e@curve.

“InsyaAllah kami akan kahwin tahun depan. Tarikhnya dah ada tapi famili tak bagi dedahkan.”

Pekin dan Uqasha mula menjalinkan cinta sekitar awal tahun ini. Kemudian pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Bagaimanapun pada Oktober lalu pasangan kekasih mencetuskan kontroversi. Menerusi laporan sebuah akhbar menyebut, Pekin mendakwa tunangya itu mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga menyebabkan ikatan pertunangan mereka hampir berakhir. Namun selepas hampir dua minggu bergaduh besar gara-gara hal itu, Pekin dan Uqasha kembali berbaik semula.

Dalam pada itu Pekin berkata dia bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini dia tidak putus-putus tawaran berlakon. Terbaru, dia bakal muncul dalam filem Tokan.

Dalam filem arahan Ghaz Abu Bakar itu, Pekin membawakan watak pengawal peribadi Tuan Kamil (lakonan Wan Hanafi Su), yang merupakan seorang tokan terbesar di Melaka. Filem tersebut bakal ditayangakan pada 26 Disember ini.

“Alhamdulillah, mungkin ni rezeki nak kahwin. Saya baru selesai menjalani penggambaran filem seram berdasarkan kisah benar berjudul Villa Nabila, arahan Syafiq Yusof. Selain itu, saya sedang menantikan tayangan filem Apokalips, Tujuh dan Rentas yang bakal ditayangkan tahun hadapan.”

Apa-apa pun, kalau jadi Pekin kahwin tahun depan, jangan lupa jemput Budiey ya. Rumah Budiey dengan rumah Uqasha tu dekat je. Kayuh basikal pun sampai tau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurul AF2 Menang Kes Saman Melodi TV3

Suami Nooraida Nekad Rayu Teruskan Kes