in

Kejutan Mangkuk Tingkat

KEJUTAN MANGKUK TINGKAT KEPADA PEMINAT

Tradisi mangkuk tingkat kini kembali lagi! Jika dahulu, mangkuk tingkat sering digunakan oleh segelintir masyarakat yang membawa bekalan dari rumah, kini, tradisi mangkuk tingkat diteruskan pula ke dalam program realiti terbitan TV9 bernama Mangkuk Tingkat.

Menerusi Mangkuk Tingkat yang disiarkan setiap Jumaat jam 8.30 malam ini, penonton berpeluang untuk memberikan nama ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang meminati mana-mana artis dan selebriti tanahair. Kemudiannya, pihak penerbit akan memberitahu selebriti pilihan mereka dan masak untuk peminat setia mereka itu. Lebih menarik, peminat setia mereka juga tidak tahu tentang surprise yang akan diterima nanti.

MT bersama Hazama (1)

Terdahulu, Mangkuk Tingkat yang telah keudara sejak 12 November disiarkan pada setiap Sabtu, jam 10.30 malam dan kini di awalkan pada hari Jumaat, jam 8.30 malam atas permintaan daripada penonton setia TV9 sendiri.

Mangkuk Tingkat ini sememangnya menggelikan hati kerana ianya dihoskan oleh Sharifah Shahirah, seorang yang suka berjenaka dan melucukan. Dalam Mangkuk Tingkat ini, Sharifah Shahirah akan mengusik selebriti jemputan dengan menu yang bakal mereka sediakan. Apatah lagi, ada juga di kalangan selebriti ini yang tidak begitu pandai untuk menyediakan masakan kegemaran peminat setia mereka.

Contohnya seperti Atilia yang tidak pernah masak tomyam! Beliau diminta untuk menyediakan tomyam untuk peminatnya. Ketika menyediakan tomyam itu, pelbagai karenah lucu dapat dilihat, apatah lagi dengan usikan daripada pengacara yang gemar mengenakan Atilia. Lebih melucukan apabila selebriti jemputan Wan Sharmila mencuba pertama kali masa mee kari dan juga kuih ‘cekodok’ pisang. Apabila sampai sesi menumis Sharifah Shahirah terpaksa menolong kerana minyak menumis melompat tinggi setelah dimasukkan rempah ratus.

Selain daripada Atilia dan Wan Sharmila, selebriti lain yang terlibat ialah Gambit, Siti Saleha, Liyana Shamsudin, Hazama, Irma Hasmie, Nabil, Adam AF, Johan Ashaari, Black (Mentor), Rozita Che Wan dan Neelofa

Mungkin anda salah seorang yang akan terima kejutan itu! Jangan lupa untuk menyaksikan program realiti masakan daripada selebriti kegemaran anda dan lihat gelagat mereka di dapur menerusi Mangkuk Tingkat pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam hanya menerusi TV9, saluran Di Hatiku.

MT bersama Hazama (2)

MT bersama Irma Hasmie (1)

MT bersama Irma Hasmie(2)

MT bersama Liyana (1)

MT bersama Liyana (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tukar Lokasi

Dingin Lavenda Lakonan Eira Syazira Zarina Zainordin Faralyna Idris