in

Kejutan Forteen Buat Peminat di Konsert Kita 20Forteen

Pasti ramai peminat yang menantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Forteen ke pentas konsert, kan?

Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, Konsert KITA 20FORTEEN yang seharusnya berlangsung pada 29 Mac 2014 telah ditunda ke tarikh 26 April 2014 di mana KRU Music Sdn. Bhd dan Forteen ingin menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat di dalam tragedi pesawat MH 370.

Kejutan Forteen Buat Peminat di Konsert Kita 20Forteen

Penundaan konsert KITA 20FORTEEN ini secara tidak langsung memberikan ruang bagi FORTEEN untuk berlatih secara intensif dan lebih giat. Semakin hampir dengan tarikh konsert yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 26hb April 2014 bertempatkan di KL Live @ juga dikenali sebagai Life Centre debaran pasti terasa memandangkan inilah julung-julung kalinya FORTEEN bakal mengadakan konsert sulung mereka.

Bermula pada tahun 2011 dan kini pada 2014 merupakan tahun yang yang cukup bermakna bagi ke-empat anak muda ini yang terdiri daripada Izzue, Ariz, One dan Ameer.

konsert-forteen

Peluang yang diberikan oleh pihak KRU Music, iaitu label naungan FORTEEN dan juga bertindak selaku penganjur konsert KITA 20FORTEEN merupakan satu peluang keemasan yang akan dipergunakan sebaik mungkin oleh FORTEEN untuk melebarkan dan menunjukkan bakat dan kebolehan mereka di dalam industri muzik.

Sesi latihan FORTEEN berlaku di Akademi KRU, Cyberjaya dan sepanjang latihan dijalankan menunjukkan kerjasama dan pengorbanan FORTEEN antara satu sama lain.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh FORTEEN sepanjang berada di dalam indistri muzik tanahair dan bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong FORTEEN akan menzahirkan rasa terima kasih mereka menerusi konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 26hb April 2014,

Konsert ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Konsert ini akan bermula tepat jam 4.00 petang dengan dimeriahkan oleh artis jemputan di bawah KRU Music . Persembahan FORTEEN akan berlangsung pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam.

FORTEEN menggunakkan khidmat `live band’ bagi memantapkan lagi akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 18 buah lagu bakal dipersembahkan oleh FORTEEN.

Tiket konsert dijual pada harga RM80.00 sahaja dan penjualan tiket konsert KITA 20FORTEEN masih terbuka dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03 8320 1888, KL Live 03 2162 2570/71/72 dan di Ticket Charge 03 9222 8811.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke [email protected]. Kepada peminat yang ingin membeli tiket tersebut pada hari konsert dijalankan 26hb April 2014 mereka masih boleh mendapatkan tiket tersebut di pintu masuk KL Live,

FORTEEN cukup bertuah kerana penampilan mereka nanti semasa KITA 2OFORTEEN CONCERT mendapat khidmat penajan pakaian oleh pereka terkenal, Fairuz Ramdan manakala kasut FORTEEN ditaja oleh jenama Twenty2nd.

Kejutan Forteen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Lara Ameena

Konsert Blues Buat Teman Tour 2014