in

Kejutan Besar Menanti Penonton OH MY ENGLISH! CLASS 2015

Kembali dengan musim terbaharu, Oh My English! Class of 2015 akan memperlihatkan bagaimana pelajar 4 Merah kesayangan anda semua menjejakkan kaki ke tahun senior mereka.

Jadi, nantikan kejutan besar dan jalan cerita menarik, bersama karakter-karakter yang tidak dapat anda lupakan di samping dialog lucu yang pastinya mencuit hati. Jangan lupa menyaksikan Oh My English! Class of 2015, bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 7 Jun 2015.

Group Photo

Barisan Pelakon Oh My English! Class of 2015 Bersama Tetamu Kehormat. Berdiri dari kiri: Azzam Sham (Sayur), Juzzthin (Zack), Nazrief Nazri (Cikgu Ariff), Lina Tan, Putri Yasmin, Vickie Lai, Puan Ee Hong, Tuan Haji Anuar, Zain Saidin (Mr Henry Middleton), Sherry Al-Hadad (Cikgu Bedah), Carmen Soo (Miss Soo)

Duduk dari kiri: Afeeq Emir (Zeeq), Roax Tan (See Yew Soon), Kaamesha a/p Ravindran (Anusha), Juliana Evans (Taylor Marie Smith) & Nadiya Nisaa (Jojie)

Kejutan Besar Menanti Musim Terbaru Bermula 7 Jun Ini

Baru baru ini, Oh My English! telah mencipta sejarah tersendiri apabila tercalon dalam kategori ‘Children and Young People’, Anugerah Digital Antarabangsa Emmy 2015; menjadikannya rancangan pertama dari Malaysia mendapat pengiktirafan tersebut. Banyak kejayaan yang telah dikecapi Oh My English! sejak mula dilancarkan pada tahun 2012.

Sokongan berterusan para pelajar, ibu bapa dan hampir kesemua rakyat Malaysia membolehkannya meraih jumlah tontonan seramai 7.9 juta, dan sekali gus menjadikan Oh My English! rancangan ‘edutainment’ paling berjaya di Malaysia. Bukan sahaja di televisyen, malah Oh My English! berjaya mencipta pengaruh yang tersendiri di media sosial dengan lebih 16 juta tontonan direkodkan dalam akaun YouTube, 629 ribu peminat di Facebook dan semakin mendapat tempat di hati pengguna di Twitter dan Instagram.

Pada musim ini, penonton akan disajikan dengan kejutan yang cukup besar yang mana Mr Henry Middleton (Zain Saidin) telah mengalami perubahan fizikal sehingga menyebabkan beliau tidak lagi dikenali.

Bukan itu sahaja, perhubungannya dengan Cikgu Ayu seakan dilanda badai apabila muncul guru baharu yang cukup kacak dan berupaya menambat hati pelajar dan guru SMK Ayer Dalam iaitu Cikgu Ariff (Nazrief Nazri).

Selain itu, banyak lagi wajah baharu yang akan menceriakan suasana SMK Ayer Dalam menerusi telatah dan gelagat masing-masing. Ini termasuklah pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat yang cukup menawan, Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan para pelajar junior merangkumi si cantik Bella (Chacha Maembong) yang kuat bergosip, si ulat buku Sayur (Azzam Sham) yang gelabah, jejaka pemalu yang mempunyai bakat besar dalam muzik, Zeeq (Afeeq Emir) dan juga si manis Qila (Syamiem Elnisa) yang lemah lembut tutur bahasanya.

Tiada yang lama, tiadalah yang baharu. Jangan kita lupakan barisan pelakon lama yang sudah sebati dengan Oh My English iaitu See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Jojie (Nadiya Nisaa), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa Ravindran) dan Jibam (Akhmal Nazri). Tidak dilupakan juga para guru SMK Ayer Dalam yang tersayang iaitu Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Miss Soo (Carmen Soo), Puan Aida (Ogy Ahmad Daud) di samping Sarjan (Rahim R2) yang menghidupkan watak pengawal keselamatan yang cukup peramah.

Barisan Pelakon Lama Oh My English!

Musim ini juga menjanjikan jalan cerita yang cukup hebat dengan barisan cameo yang popular antaranya Achey, dari kumpulan Bocey yang amat terkenal menerusi rancangan komedi Maharaja Lawak Mega dan juga penyampai radio nombor 1 Malaysia, Hitz FM, Ean dan Adam C. Paling menarik, nantikan kemunculan penyanyi dan juga komposer yang telah berjaya mencipta nama di seluruh dunia, Ed Sheeran. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti kesemua 20 episod Oh My English! Class of 2015 untuk melihat sendiri lakonan mereka.

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata:

“Berasaskan kepercayaan bahawa pendidikan boleh menghiburkan, kami sentiasa mencari idea baru untuk terus menampilkan keriangan ke dalam siri ini. Hasrat kami ialah menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan membantu generasi muda meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Kami berharap Oh My English! Class of 2015 akan terus menghiburkan peminat setianya dan juga menarik peminat baharu untuk menikmati siri ini. Kami juga ingin mendedikasikan siri ini buat Allahyarham Harun Salim Bachik, yang pernah menjadi mentor dan sumber inspirasi kami semua di Oh My English!

“Oh My English tidak akan pergi sejauh ini tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan utama dalam menjadikan inisiatif ‘Oh My English at School’ satu kejayaan, di mana sekolah di seluruh Malaysia telah pun menyertai pelbagai aktiviti lapangan kami.

Astro berbesar hati apabila diiktiraf sebagai Rakan Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan terus menarik minat pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Astro juga berkerjasama secara langsung dengan British Council dalam membangunkan kandungan pembelajaran bahasa Inggeris untuk rancangan ini.”

Para pelajar boleh melayari laman sesawang Oh My English! untuk mengakses pelbagai kandungan interaktif merangkumi latihan mingguan, kuiz pop, rencana dan permainan menarik. Mereka juga boleh berjumpa karakter kegemaran mereka dalam sesi jelajah cuti sekolah, sesi bertemu peminat, ‘Oh My English! Day Out’ dan Gempak Desa yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sebanyak 20 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Bersama-sama dua telefilem istimewa yang akan disiarkan pada musim cuti sekolah nanti.

Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda.

Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 7 Jun 2015. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.

Astro juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi dan kerjasama daripada rakan–rakan penaja yang telah menjadikan Oh My English! Class of 2015 ini satu realiti.

PENAJA UTAMA

Xpax
Xpax is excited to be the main presenter for Oh My English programme once again, making this our second year working alongside this popular edutainment show, to inspire students to improve their command in the English language, have fun with their friends while they learn. With Xpax, learners will enjoy better and non-stop internet experience where they can carry forward their unused internet and surf throughout their internet plan at no extra charges. They also get to enjoy FREE 15 hours high speed internet per month and maximise their mobile experience on the Internet of Xpax. This partnership resonates our brand promise, personifying every minute of one’s time, offering the best value and unbeatable non-stop internet experience. Look out for more information at www.xpax.com.my.

PENAJA BERSAMA

ExxonMobil
ExxonMobil actively supports educational programmes that meet our country’s human capital development needs. In today’s global environment, it is imperative for our young generation to be able to communicate and articulate fluently in English, be it for their tertiary education or to ensure their future employability. Oh My English! inspires students to improve their English proficiency by making learning fun and relevant.

RAKAN KERJASAMA

Vitagen
Oh My English! Class of 2015 is once again being sponsored by Vitagen, Malaysia’s No. 1 Cultured Milk Drink. Every bottle of Vitagen contains billions of live and active bacteria cultures, namely Lactobacillus acidophilus and Lactobacillus casei which help hinder the growth of bad bacteria in the intestines to provide a healthier digestive system and a stronger immune system.

Faber Castell
Faber-Castell is a well-known stationery producer worldwide with more than 250 years while Faber-Castell Malaysia is known as one of the most innovative and expert in producing the best tools for consumer for over 37 years. Faber Castell is committed to always provide our level best support to Malaysia Education to assist students to succeed in their studies.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Who Will Become Asia’s Next New Food Hero?

Pereka Ridzuan Bohari Perkenal Koleksi Ready To Wear