Kejutan AF6: Ning Baizura & Ogy Ahmad Daud Jadi Pengkritik Tetap
Dua Diva & Pengkritik Tetap
Satu kejutan lagi telah dibuat dalam Akademi Fantasia musim ke-6. Kalau dulu kita hanya dapat mendengar kritikan dari seorang sahaja pengkritik tetap tetapi pada konsert minggu pertama AF musim baru yang bermula pada 22 Mac ini, dua orang pengkritik tetap akan duduk sebaris dengan pengkritik jemputan. Dah sah kedua-dua mereka akan menghangatkan lagi kerusi depan kerana mereka bukan calang-calang orang.
Pada majlis khas hari Isnin lepas, Astro telah mengumumkan dua orang pengkritik tetap yang akan menilai perkembangan persembahan mingguan para pelajar sepanjang tempoh pengajian. Mereka berdua Budiey anggap diva ternama negara iaitu Ogy Ahmad Daud dan Ning Baizura.

Agak terkejut juga apabila nama penyanyi bersuara soprano Ning Baizura disebut memegang tugas pengkritik. Selama ini, Budiey mengenali penyanyi yang katanya akan melancarkan album Inggerisnya pada 18 Mac ini sebagai penyanyi yang selalunya memberi kritikan dan komen ke arah yang positif. Manakala Ogy Ahmad Daud pula selalunya memotivasikan pelajar untuk menggali makna lagu dan menyelongkar segala rahsia serta pandai mengisi ruang pentas dengan karakter lagu. Apa pula yang akan diberikan oleh Ogy kepada pelajar untuk musim ini? Istilah baru barangkali?
Klik untuk menonton video pengumuman Pengkritik Tetap.
Apa-apa pun, Budiey ucapkan tahniah dan good luck untuk kedua-dua diva ini. Budiey rasa, ianya satu gandingan mantap dan pastinya kehadiran kedua-duanya menyerikan lagi konsert mingguan.

Technorati Tags: ning baizura pengkritik tetap, ogy ahmad daud commentator, edison chen, af6 photo, logo akademi fantasia
Tags: Akademi Fantasia, Ning Baizura, Ogy Ahmad Daud, af6 photo, logo akademi fantasia, ning baizura pengkritik tetap, ogy ahmad daud commentatorBaca artikel lain yang berkaitan:











March 11th, 2008 at 10:56 pm
hmm.. rase nye last season pengkritik tetap bukan satu..
tapi tiga..
March 11th, 2008 at 11:55 pm
erm..ni makcik lagik satu..si ogy ni..igtkn pki tdung dh btul2 tobat..tp still trkinja2 n dok mngata org lak..drpd die duk komen sktkn ati dak2 AF tu, bek le die duk umah mngaji (tp hakikatnye mmg ptut pn dak2 AF yg perasan sore sdap tu dikutuk abes2an..haha.. )
ape kate klu ogy pki tdung ttp leher skali..?kn lbih ayu..xyah le dok tayang leher tu..aku xfhm le sape yg bwk fesyen pki tdung tp nmpk leher..klu aku jmpa, mau rejam jek bg mati..bwk fesyen bidaah dri mna ntah..
March 12th, 2008 at 8:27 am
hai ed, for yr info untuk musim sebelum ini hanya satu pengkritik tetap dan dua yang lainnya adalah pengkritik jemputan.
May be, season baru ni astro nak jemput 2 lagi pengkritik jemputan, bermakna akan ada 4 pengkritik. Itu sekadar ramalam budiey aje.
Mawar, amboi… amboi… for yr info, ogy selalu baca blog ini… so bertapis-tapis sikit hehehhe…
March 12th, 2008 at 9:55 am
huhu..hangat hangat..demam af6 akan bermula tak lama lagi
March 12th, 2008 at 10:38 am
ALA…BIASA JER FESYEN TUDUNG OGY NI, DAH KETINGGALAN ZAMAN, DARI DULU LAGI NUN ( BIARAWATI GEREJA ) PAKAI MCM TUH
March 12th, 2008 at 10:41 am
syamsulriff, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah la ek.
Janda Berhias, ya rabbana… kesian ogy, tak baik tau u cakap cam tu…
March 12th, 2008 at 11:03 am
ALA..BUDIEY,BUKAN KUTUK OGY LA, SAJA NAK BAGITAU…FESYEN MCM TU DAH LAPUK…MCM NUN PUNYA STAIL…CARI LAH FESYEN TUDUNG STAIL TERBARU
March 12th, 2008 at 11:27 am
err.. Budiey, musim sebelum ni(af5) kan ada 3 pengkritik tetap? Ogy,Hattan & Fauziah Latif
March 12th, 2008 at 11:28 am
budiey..u salah laa…betul laa ed kate yg pbkritik tetap last season 3org -kak ogy, kak gee n hattan…taun ni 2org - ning n kak ogy…arap maklum.
March 12th, 2008 at 11:30 am
ish!!
meluat ar dgr si ogy tu mengkritik…
cam lah dia tu pandai sgt!!
kritik orang yoyo`ooo je cam dia je yg pandai!!!
meluat lah!!!
March 12th, 2008 at 12:08 pm
bro budiey.. kak ogy slalu baca yek… suh la dia komen ckit…
.. hi k ogy..
March 12th, 2008 at 12:09 pm
aku tak kesah bab hal aurat2 nih..dosa masing2 yg tanggung..janji jangan kaco idup org..huhuhu.AFUNDI KuCENG_kALER_Kuneng(3K) @ 32999…tak gitu en.bUdiEy?hahahhaha^_^
March 12th, 2008 at 12:12 pm
BUDIEY…OGY…KAN SUKA SURUH PELAJAR AF KASI GALI LAGI. CAMANA KALAU KALI NI BUDIEY PULA KASI GALI KISAH DIA DGN PENGETUA AF2 & AF6 NI….SI RAMLI M.S TU
March 12th, 2008 at 12:18 pm
zul & naj82, a ah betul gak cakap korang tu… lupa la..
ain_nia, rasanya dia ada komen tapi guna nick lain… hehehe, tu cuma i rasa je la… tapi masa jumpa dia kat pc hari tu, dia ada tegur budiey.
Janda Berhias, huhu sesuai ke ogy nak berskandal ngan ramli ms tu? huhu no komen… kak ogy, komen sikit.
March 12th, 2008 at 12:20 pm
kak ogy gali… kak mah pun gali… gali2.. pas gali kambus.. ehhehe… dak kuceng_kaler_kuneng(3K) tau la aper maknernyer.. hehehh…
March 12th, 2008 at 12:51 pm
AIK…KAN MEREKA LEPAS BALEK DARI UJIBAKAT KAT SARAWAK DAH MESRA DAN KUAR EMAIL SANA SINI…JGN LA BUAT CERITA YG SAMA, U BUAT BUAT FOLLOW UP…
March 12th, 2008 at 12:51 pm
cik ain_nia,kuceng tak masok campor kerana kuceng suke makan lauk campor2 Royal Canin+Iams+Frieskies+Whiskas..huhuhu.kang nk makan banyak kat PGH..bior lagi gemokkk..lagi cumeeeeellll…huhuhu.
March 12th, 2008 at 1:18 pm
kucengkalerkuning, yeye la tu… afundi kuceng! i nak afundi daceng leh? huhu matila lepas ni kuceng ni pergi pc abp petang ni habis whiskas kat gorden horses…
March 12th, 2008 at 3:15 pm
JANDA BERHIAS .. teman tapi mesra la tu.. ehheh… k ogy komen2.. sila2.. hehe..
March 12th, 2008 at 3:32 pm
harap2 kak ogy & kak ning bagi komen yg bernas..biar pelajar af6 nanti tk lah khayal dgn dunnia glamoorrr…sebab status diaorg bkn lg artis tp PELAJAR…
March 12th, 2008 at 3:34 pm
aku suke kak ogy jd pengkritik…kata2 yg pedas bg sedar sikit kat plajar af…bukannya kita nak cr artis tangkap muat ajer…nie dah kena komen yg tk mengembangkan hidung..mula lah tarik muncung…
March 12th, 2008 at 5:04 pm
afundi budiey!
March 13th, 2008 at 1:48 pm
Bila tgk siaran ulangan AF5…kdg2 termenyampah jugak dgn komen kak Ogy…over sgt la u olll kan..
March 13th, 2008 at 2:09 pm
ni pandangan aku la… kadang2 bila kita tgk pengkritik ni perform atas pentas… tak la bagus sgt… mcm tak apply jer ilmu2 yg depa ada… hehehh… jgn marah pengkritik semua…
March 14th, 2008 at 8:49 am
bile ogy buat kritkan kite mareh2 plak tapi kite pn kritik selebriti yg len kat
blog budiey nie kdang2 x sdar over juge l tu kah kah kah maknenye mnusia same ajer kalo d beri pluang main hentam ajer
July 2nd, 2008 at 9:01 am
aku tak mo komen pasal mengkritik nie…
tp yg aku nk komen…pasal ogy gelak dn perangai…!!!
cuba la dh pakai tudung tu cover2 sikit gelak tu…terlampau…lg 1 jgn la tergedik2 sgt…terlonjat2….dh pakai tudung..tu menunjukkan imej muslimah..utk di jadikan ikutan yg baik buat org lain…org pn nnti lebih memerhati kelakuan kita…so jaga la tata tertib sbgai org islam tu…