in

Kehidupan 2 Putera Kacak dalam Princes of Malibu

Kehidupan dua ‘putera’ kacak dalam Princes of Malibu!
TARIKH SIARAN: 14 NOVEMBER 2010
MASA: 10.00 MALAM
EPISOD: 6 EPISOD
BAHASA: INGGERIS

Ini merupakan sebuah siri realiti terbaru yang menampilkan adik beradik Jenner – Brody dan Brandon Jenner. Siapa yang tidak kenal dengan pasangan adik beradik ini? Brody dan Brandon merupakan anak lelaki Bruce Jenner – pemenang pingat emas decathlon pada sukan Olimpik 1976.

Brody dan Brandon Jenner akan membawa anda melihat kehidupan mereka di Malibu dalam siri realiti terbaru Princes of Malibu bersama dengan rakan baik mereka Spencer Pratt yang juga merupakan penerbit eksekutif untuk siri realiti ini.

2

Brody dan Brandon tinggal bersama ibu dan bapa tiri mereka yang juga merupakan seorang jutawan dan penerbit muzik popular Amerika – David Foster! David sebenarnya kurang senang dengan tindak tanduk anak-anak tirinya yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan berparti dan menghabiskan kekayaan beliau sewenang-wenangnya.

Dalam siri ini anda dapat melihat David yang berusaha untuk mengubah cara hidup anak-anak tirinya supaya lebih bertanggungjawab dalam setiap benda yang mereka lakukan.

Namun isteri David yang merupakan ibu kepada anak-anak tirinya juga bekas ratu cantik ‘Miss Tennessee USA’ tidak cukup membantu usaha beliau malah terlalu memanjakan Brody dan Brandon dan membuatkan hidup adik beradik ini tidak cukup terkawal.

Hidup seperti raja di sebuah istana besar milik bapa tirinya seluas 22 ekar, kehidupan Brody dan Brandon seolah-olah sebuah ‘percutian mewah’!

Setelah gagal menghabiskan pengajian di kolej, Brody dan Brandon lebih banyak menghabiskan masa melepak dan menggunakan harta kekayaan milik bapa tiri mereka sewenang-wenangnya dan yang paling penting – mereka mendapat perlindungan dari ibu mereka – Linda! Mereka juga kerap mengadakan parti secara sembunyi dan bagaikan mempunyai magis tersendiri, mereka selalunya terlepas dari hukuman.

Kehidupan bak ‘raja’ terhenti apabila David menetapkan syarat ketat untuk kedua-dua beradik ini membayar sewa bulanan sebanyak $10, 000 atau mereka akan dihalau keluar dari rumah! Brody dan Brandon terpaksa menumpang sementara di rumah tetamu milik teman rapat mereka Spencer.

Apa yang bakal berlaku? Bagaimana kehidupan mereka tanpa bantuan dari ibu dan bapa mereka? Dapatkah ‘putera-putera raja’ ini menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka?

“Rancangan realiti sememangnya mempunyai tarikan tersendiri kerana ia memaparkan kisah benar dan kehidupan seharian yang dilihat lebih dekat dengan penonton. Anda sememangnya tidak mahu ketinggalan menonton siri realiti ini kerana ia sarat dengan aksi lucu dan drama yang pasti membuat anda tidak kering gusi dan terus melekat di kaca tv anda!” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah “anda pastinya terhibur menyaksikan keletah dan aksi dua beradik ini menjalani kehidupan seharian mereka! Pada gadis-gadis di luar sana, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan dua lelaki kacak ini bukan? Jangan ketinggalan kerana masa anda pasti berbaloi!”

Dua orang ‘putera’ yang terlalu dimanjakan, seorang ibu yang sentiasa mengamalkan sifat ‘berlembut dengan anak-anak’ dan seorang bapa tiri yang mempunyai kekayaan berjuta-juta ringgit dalam usaha mengubah cara hidup anak-anak tiri mereka – semuanya dapat anda saksikan dalam siri realiti terbaru Princes of Malibu! Siri ini disiarkan setiap Ahad jam 10.00 malam bermula 14 November ini eksklusif di 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my 12 jam selepas program-program ini disiarkan di kaca TV.

Anda juga boleh menonton program kegemaran menerusi telefon bimbit anda dengan melayari mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ghost Catcher Legend Of Beauty di 8TV

The HTC HD7 & Windows Phone 7 Now in Malaysia from Maxis