in ,

Kavita Sidhu Nikah Dengan Jejaka Itali Bernama Roberto Guiati

Pelakon dan bekas ratu cantik, Kavita Kaur Sidhu mengesahkan akan bernikah dengan teman lelakinya yang berasal dari Itali, Roberto Guiati pada Januari depan.

Akhbar harian, The Star Online melaporkan bahawa selebriti itu menerima lamaran Guiati ketika mereka sedang bercuti di Phuket, Julai lalu.

“Kami mula mengenali rapat kira-kira empat tahun setengah yang lalu,” katanya sambil menambah bahawa beliau ‘sangat ceria’ menanti prospek perkahwinan pertamanya.

“Saya tahu hidup ini penuh dengan risiko tetapi saya seorang yang berhati-hati apabila ia datang kepada perkahwinan kerana anda akan hidup dengan orang ini untuk sepanjang hidup anda,” katanya.
Kavita dan Guiati akan mengadakan majlis perkahwinan mereka di Grand Hyatt Hotel pada 8 Januari.

Kavita, yang juga seorang pereka fesyen, akan memakai gaun pengantin yang direka sendiri dalam majlis tersebut.

Guiati kini seorang ahli geologi tinggal di Malaysia sejak sembilan tahun lalu.

Pasangan itu bertemu lapan tahun lalu dan berkawan sebagai rakan perniagaan, pemilik bersama Zenzero Restaurant & Wine Bar bersama abang Kavita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Best Gunting Rambut di EDD THE BARBER

Program Bersepadu Radio & TV 2015