Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











KASANOVA XXL DRAMA SIZE DOES MATTER



SAIZ BADAN MENJADI UKURAN?
“KASANOVA XXL” TEMUI PENONTON TV3

‘Size does matter…!’ Bagi sesetengah orang saiz badan memang menjadi hal yang amat dititik-beratkan. Ada yang sanggup ‘ikat perut’ untuk mendapatkan bentuk dan saiz badan yang menarik. Bentuk dan saiz badan juga memainkan peranan dalam kehidupan seharian seseorang. Ia juga mempengaruhi keyakinan seseorang. Sesetengah orang merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan dengan bentuk dan saiz badan mereka. Oleh itu mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup memperdayakan orang lain kerana malu dengan bentuk dan saiz badan sendiri. Itulah yang terjadi kepada Ozi, seorang lelaki yang bersaiz besar dalam drama bersiri “Kasanova XXL” yang bakal menemui penonton TV3 tidak lama lagi.

“Kasanova XXL” bakal menemui penonton setiap Selasa, jam 11.00malam mulai 13 Januari 2009 menggantikan siri “Dendam”. Drama bersiri 13 episod ini merupakan hasil buah tangan dari Dato’ Shuhaimi Baba selaku penerbit dari Pesona Pictures Sdn. Bhd. Skrip siri ini ditulis oleh Niba dan telah digarap sempurna oleh pengarahnya, Ibrahim Elias. Kedua-dua Niba dan Ibrahim pernah menulis skrip dan mengarah untuk siri seram ‘Pontianak’. Kali ini mereka berganding bahu sekali lagi dalam siri yang berbeza genrenya iaitu komedi romantik pula. Drama ini mengetengahkan tema kasih sayang dan cinta yang tidak mengenal sempadan untuk menerima seseorang itu seadanya.

Siri ini menampilkan pelakon baru Shaheizy Sam yang membawa watak Ozi (Osman Halim), seorang pemuda berbadan gemuk yang gemar berbual di laman internet dengan menggunakan nama samaran ‘Wira Internet’. Dia mempunyai seorang abang bernama Aman yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli. Emelda Rosmila juga turut membintangi siri ini dengan memegang watak sebagai Larra Sue yang sering berbual dengan Ozi di laman internet dengan menggunakan nama samaran ‘Merpati Blu’. Siri ini juga turut dibintangi oleh Nanu Baharuddin yang membawa watak Kiki, kekasih Aman yang berusaha menolong Ozi menurunkan berat badan. Tidak ketinggalan, Nadia Mustafa yang membawa watak Mila Vanilla, gadis yang menggilai ‘Wira Internet’ dan menyangkakan Amanlah orangnya.  

Siri ini berkisarkan mengenai Ozi, seorang pemuda yang mempunyai berat badan 350 paun dan malas berdiet tapi bijak. Tanpa pengetahuan abangnya, Aman, dia telah mengguna gambar  abangnya, Aman sebagai mewakili dirinya di Internet. Bila ada gadis internet yang mahu berjumpa dengannya, dia akan terus memutuskannya. Ini telah menimbulkan berbagai masalah kepadanya dan juga abangnya. Aman juga bergaduh dengan teman wanitanya, Kiki, apabila seorang gadis internet bernama Milla Vanilla menyangka Aman adalah Ozi. Ozi yang menggunakan nama samaran ‘Wira Internet’ gemar berbual dengan Larra yang dikenali sebagai ‘Merpati Blu’ lalu jatuh cinta padanya. Apabila identiti sebenarnya terbongkar, Larra mula bertindak menjauhkan diri darinya. Dengan itu, Ozi berazam untuk menurunkan berat badan dan memenangi semula hati Larra. Dengan bantuan abangnya Aman dan kekasihnya, Kiki, mereka memulakan misi menguruskan badan Ozi dengan slogan ‘Mikuzi – Misi Kuruskan Ozi’. Berjayakah mereka dengan misi tersebut dan dapatkah Ozi menambat semula hati Larra?

Untuk kesudahannya, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan siri ini mulai 13 Januari 2009, setiap Selasa, jam 11.00 malam hanya di TV3!

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Kesempatan Ini – Tujuh
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Drama Ceplos Lakonan Kazaruddin Saisi, Syarifah Shahirah, Norliza Abdullah TV9
  • Film ORPHAN Photos & Poster
  • Zero To Hero
  • Jom Singgah di Booth SIY di Karnival RIA
  • Telemovie Kasanova Metropolitan Lakonan Amanda Misbun
  • Vanessa Hudgens Nude Naked Photo Disney’s High School Musical 3?
  • Peraduan Jom Menonton Filem ORPHAN
  • Edison Chen Scandal Sex



  • 7 Komen untuk entri “KASANOVA XXL DRAMA SIZE DOES MATTER”

    1. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      owh..dendam episod last ye minggu depan.. hoho.. bila pulak shuhaimi baba ni dapat Dato.. ketinggalan betul la aku ni.. huhu..

    2. ummie cute kata:

      Cerita ni mcm nak sama dgn cerita ttg org2 yg bersize xxl cuma pelakon je d tukar menjadi lelaki pulak..selalunya org perempuan kan..
      tp tu la..tak real la sazzy pakai bju nak menampakkan size XXL..muka tangan tak sesuai sangat dgn baju berspan tu..bila la agaknya Malaysia ni nak semaju negara lain..??

    3. Obefiend kata:

      nice premise.. but the fake fat suit is hilarious

    4. june kata:

      kureng sesuai sbb nmpk dgt ianya dibuat buat…tk real gitu..

    5. Top100Entrepreneur kata:

      Aku ingatkan Afdlin yang berlakon…

    6. ain_xs kata:

      citer ni best.. sgt2 best… wala…

    7. tania kata:

      camna nak download cite ni dari mula sampai abis… please help me

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK