in , ,

Karoot Komedia X Istimewa Raya

Karoot Komedia X Istimewa Raya. Kepada pembaca yang suka sangat tonton Karoot Komedia X, mungkin berita ini sesuatu yang mengujakan? Bagi memantapkan lagi penawaran Astro untuk terus membekalkan program-program hiburan berkualiti menerusi platform yang ada, pihak Astro Warna bakal membawakan kembali program komedi berjudul Karoot Komedia X untuk musim yang kedua.

Budiey dijemput untuk ke Rakaman Program Karoot Komedia X Istimewa Raya pada 29 Julai 2012 (Jumaat) nanti. Eh, lambat lagi kan?

Rakaman episod ini akan disiarkan sewaktu hari raya puasa kelak. Antara artis-artis yang terlibat untuk rakaman ini termasuklah barisan artis residen program ini iaitu Johan, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Ebby Yus, Yus serta pernampilan khas artis jemputan iaitu Nabil dan Kila Fairy.

Kilafairy

Kilafairy sebagai tetamu

Nabil

Nabil Raja Lawak

Budiey: Segala macam program TV sekarang ni nak kena ada edisi raya, kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Note 2 Bakal Dilancarkan

Second Edition Wedding Music Series The Wedding Album 2