in

Karnival Usahawan Muda Malaysia 2018

Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia (PUMMA) Merupakan sebuah badan NGO yang dihasilkan oleh inisiatif Dato’ Haji Hasry Sham Bin Haji Chasmen yang juga merupakan Presiden dan En. Muhammad Amin Daniel Bin Jamal sebagai Timbalan Presiden kepada pertubuhan ini.

Pada 18 March 2018 Purtubuhan Usahawan Muda Malaysia akan mengadakan Karnival Usahawan Muda Malaysia yang bertempat di Tapak Parkir Kereta, Bersebelahan Kompleks Beli Belah Ampang Point yang bermula dari pukul 7.00 pagi – 12.00 malam.

Karnival ini melibatkan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar sebagai perasmi pembukaan dan Yang Berhomat Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan sebagai perasmi penutup. Karnival ini juga turut disertai oleh Penyanyi muda tanah air seperti Ismail Izzani, As’ad Motawh, Ariff Bahran dan Haziq Putera Band.

Karnival Usahawan Muda Malaysia 2018 adalah sebuah program pertama yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Muda malaysia (PUMMA) atas dasar usaha menyediakan platform bagi melebarkan promosi usahawan yang berdaftar sebagai ahli PUMMA, disamping menjalinkan kerjasama antara satu sama lain.

Matlamat Program Karnival ini adalah sejajar dengan matlamat PUMMA iaitu;

1. Menyatupadukan usahawan-usahawan muda di Malaysia yang berumur 18-40 tahun yang merupakan pemiliik syarikat sama ada jenis syarikat pemilikan tunggal, perkongsian ataupun syarikat sendirian berhad yang bergerak di dalam apa-apa bidang perniagaan yang halal.

2. Mengadakan aktiviti yang dapat membina jatidiri sebagai usahawan, meningkatkan perniagaan dan mewujudkan peluang jaringan atau ‘network’ perniagaan.

3. Mengadakan dan memberi peluang suntikan modal perniagaan kepada ahli melalui jalinan kerjasama dengan bank/syarikat kewangan/agensi dari jabatan kerajaan mahupun institusi swasta.

4. Menjadi platform bagi melahirkan usahawan yang kreatif, inovatif, Profesional, fokus dan berintegriti dalam menjalankan perniagaannya dan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Cara iM4U fm Meraikan Hari Wanita Sedunia

Sekitar Pelancaran VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim Kedua