Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Karnival Sempena Konsert Gegar Generasiku



Sempena Konsert Gegar Generasiku yang berlangsung pada 1 November 2009 (Ahad) ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Nafalia Corporation Sdn Bhd menganjurkan Karnival Gegar Generasiku bertempat di Perkarangan Padang Semarak, Angkasapuri Kuala Lumpur mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti menarik di susun atur bagi golongan remaja khususnya termasuk golongan pelajar, Mat Rempit dan orang ramai.

Menerapkan elemen 1 MALAYSIA di dalam pelbagai acara dan aktiviti sampingan dengan menggalakkan penyertaan remaja berbilang kaum dan peringkat usia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) ternyata menggalas tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi menjadikan Konsert Gegar Generasiku sebagai acara tetap yang akan berlangsung sekali dalam masa dua bulan.

Karnival yang menyediakan pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti sampingan bermanfaat dan berinformasi untuk pengunjung remaja dan orang ramai ternyata selaras dengan gaya hidup sihat dan positif. Pastinya aktiviti sebegini menyumbang kepada menjalinkan hubungan lebih terbuka dengan golongan remaja sebagai salah satu cara untuk mendekatkan para remaja dengan RTM melalui pengisisan acara dan aktiviti yang bakal disediakan.

Nafalia Corporation bertanggungjawab menyedia, menyelaras dan mengendalikan pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti sampingan untuk menarik para pengunjung khasnya golongan remaja dan orang ramai amnya ke Konsert ‘Gegar Generasiku’ yang menjadi acara utama dan mengenali RTM secara tidak langsung.

Antara gerai-gerai yang menyertai karnival Gegar Generasiku adalah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi gerai Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Belia & Sukan Malaysia (Pameran & Daftar Ahli Kad Rakan Muda) oleh (Bahagian Pembangunan Rakan Muda), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pameran  EVO 10 & Motor Peronda Polis Terbaru, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (Pameran & Aktiviti), DR. MOTO (Pameran & Klinik Moto), RD CLUB (Kelab Motor), Nafalia Corporation (Ujibakat Pelakon / Pengacara, Mini Futsal & Pertandingan Tarik Tali, Mini Up Town – tapak jualan barangan remaja, gerai makanan dan minuman), Pameran Kereta Berhias (Airbrush) oleh KJ Auto, dan DJ Corner  dari MUZIK FM sebagai Radio Rasmi ‘Gegar Generasiku’.

Acara kemuncaknya menerusi Konsert Gegar Generasiku yang menjanjikan persembahan mantap dan bertenaga membariskan 10 artis indie yang bakal tampil menghiburkan penonton dengan lagu-lagu menarik yang kebanyakannya hasil karya ciptaan mereka sendiri termasuklah Pesawat (Mirage / Excuse Me), Maximus (Apa Mahumu / Jadikanlah Rahsia), Aisunam (Bisikan / Manusia), Estranged (Ketika Ini / Yang Pernah / Masa), Azlan & The Typewriter (Kelibat Si Penyair / Lipstik, Plasik, Kosmetik) , Bunkface (Prompt Queen / Situasi / Revolusi), One Nation Emcee (Dendangkan / Raja Gelek / Boom Boom Pown), Paper Plain Persuit (Lupakan Dunia / Revolution), Ana Raffali (Mekanika / Hujan Di Kuala Lumpur) dan Aizat & Band (Fikirlah / Kau Aku / Susun Silangkata).

Pastikan anda datang beramai-ramai memeriahkan acara pada 1 November 2009 (Ahad), seawal jam 10.00 pagi bertempat di Padang Semarak Angkasapuri, Kuala Lumpur untuk menyertai karnival dan seterusnya Konsert Gegar Generasiku bermula jam 8.30 malam.

Konsert dan acara karnival ini seterusnya dicadangkan bakal berlangsung di 6 buah lokasi lain iaitu Kuala Terengganu, Pagoh, Pekan, Port Dickson, Kota Kinabalu dan Kuching berdasarkan kesesuaian lokasi serta golongan sasar ini berkunjung.

Tags:

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • 10 Artis Indie Malaysia Gegarkan Konsert Gegar Generasiku
  • Ana Raffali, Aizat, One Nation Emcee di Konsert Gegar Generasiku
  • Jom Jenguk Ke Angkasapuri Sambut RTM ke 64
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Shila Amzah & One Nation Emcees di Konsert Gegar Olimpik 2012
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Saleem, Kristal, Syura, Nowseeheart, Ash Nair, Anis Salwa di Konsert Gegar Olimpik
  • Program Muzikal Hari Raya TV2
  • Nikki, Colabr8, Elyana di Karnival Jom Heboh 2008
  • Karnival Jom Heboh 2012 Precint 2 Putrajaya



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK