in

Karnival Jom Santai Ke Perlis

karnival jom santai ke perlis
gabungan penganjuran bersama eagle park resort & aep di eagle park resort pada 10 – 14 june ini terbuka untuk orang ramai dengan karaoke dewasa & kanak –kanak terbuka jua kemeriahan motorcross challenge , “the biggest malaysia superbike/ classic weeks “ dan konsert santai muzik sepanjang zaman di perlis dan terbuka untuk semua kelab /pemilik motosikal untuk turut serta .

Santai selebriti & media yang diperkenalkan oleh aep buat kesekian kalinya memperkembangkan sayapnya ke acara karnival seterusnya buat kali ke-tiga di eagle park resort ,perlis pada 10 – 14 june ini sempena karnival jom santai “cuti sekolah “ ke perlis anjuran aep & eagle park resort .

Siri Jelajah Selebriti & Media semakin meneruskan siri penjelajahannya ke setiap pelusuk pelancongan yang ada di Malaysia ,dengan pengisian acaranya lebih bermakna dengan menganjurkan Karnival SANTAI CUTI SEKOLAH ini di Eagle Park Resort ,Perlis yang di anjurkan bersama oleh AEP DAN Eagle Park Resort ,Perlis yang dijangkakan penuh dengan kemeriahan daripada berbagai lapisan pengunjung yang dianggarkan akan mendapat sambutan daripada beribu pengunjung .

Dan kali ini penganjur bersama Karnival ini menjalinkan kerjasama kali ke Tiganya dengan menganjurkan Karnival JOM Santai – Cuti Sekolah ke Perlis Di Eagle Park Resort pada 10 – 14 June ini yang mana telah pun mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari berbagai peniaga/penjaja dan sektor jabatan kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia yang ingin turut serta dalam suasana penggal percutian sekolah .

Acara Karnival Jom Santai sempena cuti penggal persekolahan yang akan diadakan selama 5 Hari bermula khamis – Ahad.

Berbagai aktiviti akan diadakan oleh pihak penganjur (EPRP ) dan Aep di dalam mengajak orang ramai yang berkunjung ke pusat perlancungan panorama keindahan flora dan fauna ini di Eagle Park Resort, Perlis dengan pengisian aktiviti berbentuk pelajaran,pengetahuan am,gerai-gerai jualan,persembahan hiburan artis dan kebudayaan ,”Games ” , persembahan demonstrasi Kumpulan Red Star oleh Komposer Roslie Selaseh , Gerai Jualan Kraftangan daripada berbagai sektor , Jualan Jumbo Sale Barangan Kelengkapan sekolah , Pertunjukan Motorcross Challenge . show , pertunjukan motor-motor retro , “ Malaysia SuperBike Weeks “ ,gerai jualan dan pameran ,pertandingan Juara Kugiran dan Karaoke terbuka , Persembahan penari dan permainan muzik Kebudayaan dan Pertunjukan/Pameran daripada Jabatan Kerajaan & Swasta.

Dan yang paling akan memeriahkan suasana Karnival di sana nanti ialah Acara Mini Konsert meraikan Majlis Sambutan Karnival Santai Cuti2 yang akan diadakan persembahan oleh artis-artis Muzik Sepanjang Zaman oleh artis Undangan Nassier Wahab , Ezad Exist , Saari AF1 , Roslan Shah , Herman Tino dan Artis Wanita Roycesaayan . Dan juga aktiviti lainnya iaitu Motorcross Show daripada Persatuan Motorcross Kampung Sidam , Kedah , “The Biggest Malaysian Superbike Weeks” dan Karaoke Dewas & Kanak-Kanak Terbuka kepada semua pengunjung yang dating .

Acara perasmian pembukaan Karnival Mega Santai ini akan dirasmikan oleh Oleh beberapa orang kenamaan yang akan turut diundang bersama bagi melancarkan/merasmikan lagi perjalanan Karnival 5 hari ini .

Karnival ini bakal mendapat sambutan yang dianggarkan akan mendapat daripada pengunjung-pengunjung yang dtang mengisi cuti persekolahan anak-anak seramai dianggarkan seramai 30,000 orang yang berkunjung ke Eagle Park Resort ,Perlis pada masa acara berlansung selama 5 hari acara diadakan .

Turut diadakan pada hari tersebut sempena Karnival di Eagle Park ini , pertandingan karaoke Terbuka dan Karaoke Kanak-Kanak yang memberi peluang kepada mereka yang berminat bagi membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhannya bernilai RM3,000 Trofi dan Sijil Penghargaan .

Disamping menyaksikan persembahan lawak jenaka oleh pengacara yang diundang khas yang banyak mewarnai suasana acara dengan keletah mereka bersama pengunjung-pengunjung .

Dengan anjuran sebegini pihak penganjur AEP, Encik Mohd Noor Ariffin selaku jurucakap penganjur mengumunkan Acara Santai yang akan dianjurkan seterusnya July ini di kembara jelajah Malaysia yang akan di teruskan bersama selebriti-selebriti dengan aktiviti gabungan bersama peminat dan industri perhotelan dan perlancungan di Idaman Holiday Resort ,Pulau Tioman pada 8- 11 July ini diikuti seterusnya August ini di Telok Dalam Pangkor Laut ,Lumut dan pada bulan September di Terengganu.

Aktiviti yang akan mengabungkan penyertaan orang ramai dalam skala acara yang lebi besar dengan mengelilingi Malaysia iaitu Karnival SANTAI & Santai Selebriti & Media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hari Susu Sedunia 2010 Meriah & Happening

Sertai Peraduan Cerita Teh Tarik F&N