in

Karnival Cinta Muzik Selangor dan Siapa Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

Sekarang dah makin banyak event. Kalau ikut pada kalendar kerja Budiey ni, tahun lepas memang tak banyak. Tahun ni memang Budiey tak boleh duduk diam nampaknya. Setiap hari ada event. Bila ada event setiap masa menjadikan Budiey sibuk di jalan. Bermakna masa untuk menulis tu agak kesuntukan. Duit minyak kereta pun memang banyak keluar deras macam air. Bestnya la kalau dapat bercuti di akhir tahun ni macam korang. Biasanya, bulan Disember ni la masa nak habiskan cuti. Ye tak?

[dropcap]O[/dropcap]h ya, Budiey dah tak sabar untuk buat liputan Anugerah Planet Muzik 2012 yang akan berlangsung esok. Yeeehaaa! Senarai penuh pemenang Anugerah Planet Muzik akan Budiey siarkan esok ya. Nantikan keputusannya dengan mengikuti Twitter @budiey dan di blog ini. Korang rasa penyanyi mana yang akan menang besar esok dalam APM2012? Adakah Yuna akan menang esok? Shila Amzah juga dijangka akan memberi saingan esok. Sama-sama kita tengok la ya.

Tak kiralah sape yang menang pun, yang penting APM ni, Budiey lihat satu anugerah yang dapat menyatukan 3 buah negara serumpun melalui muzik.

Karnival Cinta Muzik dan Siapa Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

[dropcap]C[/dropcap]akap pasal muzik ni, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menganjurkan Karnival Cinta Muzik Selangor pada hari yang sama iaitu esok, 15 Disember. Karnival ini katanya mampu menarik golongan muda bagi mengetahui bidang itu secara lebih dekat.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, berkata, acara yang berobjektifkan untuk membudayakan muzik kepada masyarakat itu bakal menggabungkan beberapa elemen seperti persembahan, pembelajaran, dan demonstrasi yang bakal melibatkan pemuzik dan artis terkenal tanah air.

“Karnival itu adakah satu lagi cara Karyawan untuk membangunkan industri muzik dan memberi kefahaman kepada umum definasi muzik itu sendiri di dalam skop yang lebih terperinci tetapi secara santai.

“Kami yakin golongan muda akan menyukai karnival tersebut kerana pelbagai aktiviti diadakan disamping nama-nama besar dalam industri muzik akan turun padang pada hari itu nanti.”

Yazid Search

Yazid daripada kumpulan Search turut mengadakan bengkel mengenai tips drum pada karnival itu nanti.

[pullquote align=”right”]Karnival Cinta Muzik akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang di sini bermula pukul 12 tengah hari sehingga 10.30 malam.[/pullquote]

[dropcap]D[/dropcap]alam pada itu, Freddie berkata, pada sebelah malam karnival itu nanti turut diadakan Konsert Santai Tabung Untuk Gaza bagi tujuan mengutip derma untuk membantu mangsa kekejaman rejim zionis di Semenanjung Gaza, Palestin.

Kata Freddie, ramai artis terkenal akan berkumpul pada malam itu nanti bagi memberikan sokongan untuk membantu golongan kurang bernasib baik itu.

“Sambil kita berhibur dan mendapatkan ilmu, kami juga ingin bersama-sama menghulurkan bantuan kepada masyarakat Gaza yang memerlukan bantuan.”

[dropcap]S[/dropcap]ementara itu, Freddie berkata, karnival tersebut turut mengadakan bengkel muzik seperti gitar, bass, drum dan vokal yang akan dinaungi oleh artis-artis seperti Man Kidal, Neves (Pretty Ugly), Yazid Search dan Andy (Flop Poppy).

Manakala turut diadakan adalah pertandingan seperti Gitar Hero, Drum Battle dan pertandingan karaoke dengan pelbagai tawaran hadiah menarik.

Sebarang keterangan lanjut mengenai karnival tersebut boleh menghubungi terus pihak karyawan di talian 010 7969113 atau melayari laman web www.chintamuzik.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SKECHERS Launches New Men Relaxed Fit Footwear Collection

Gambar Pelakon Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa