in

Kapow, Batman, Spiderman, Catwoman

Sebuah filem grafik komik, KAPOWW!!! filem ke 25 terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd adalah jawapan penerbit Malaysia kepada komik superhero terkenal seperti Batman, Spiderman, Catwoman dan lain-lain. Bezanya ia agak gila-gila dan ia juga turut menyelitkan pelbagai mesej tersendiri dengan disampaikan melalui Jenaka Ringan mengikut kesantunan dan budaya Ketimuran oleh Penulis Skrip dan Pengarah, Azizi Chunk.

Melalui filem kita ketawa, kita merasa, dan kita belajar. Selain menghidangkan sebuah filem dengan jenaka ringan, dialog yang bijak dan lucu, serta senario yang gila-gila, Kapoww juga membawa maksud yang lebih mendalam – bagaimana manusia begitu mudah lupa diri dan terpengaruh dengan kuasa, kemasyhuran dan tuah yang datang. Bagaimana kasih sayang dan sokongan seorang ibu tidak boleh dilupakan, dan bagaimana kita perlu percaya kepada kawan-kawan. Dan dengan kepercayaan kepada keluarga, negara dan rakyatnya, kita akan lebih maju dan berjaya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefon Bimbit Mampu Milik

Lan Vokalis Typewriter Dalam Lu Fikirlah Sendiri De Movie