• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Kangen Band Kini Didatangkan Bersama Golden Ticket

0
  • by Budiey
  • in Album
  • — 9 Nov, 2012

Kangen Band Kini Didatangkan Bersama Golden Ticket

Setelah dua tahun menyepi, band yang terkenal sebagai sebuah band paling berpengaruh di Indonesia ini kembali lagi menemui peminat dengan album terbaru berjudul JANGAN BERTENGKAR! Band yang dianggotai oleh Andika (vokalis), Dodhy ( pemain gitar), Thama (pemain gitar), Lim (pemain drum), Izzy (pemain kibod) dan Bebe (pemain bass) ini mempersembahkan 12 buah lagu dalam album kali ini, sebuah koleksi yang tentunya menggamit jiwa para pendengar. Keseluruhan album ini memperdengarkan lagu-lagu cinta yang lunak, bertemakan kisah suka-duka percintaan pada lumrah duniawi.

Jika dahulu band ini mencuri hati peminat muzik tanah air menerusi lagu “Terbang Bersamaku” dan “Pujaan Hati”, album kali ini tentunya menjanjikan sesuatu yang tidak kurang hebat. JANGAN BERTENGKAR mempersembahkan eksplorasi lirik dan nada yang lebih mantap. Seindah bahasa yang digunakan dalam bait lirik lagu-lagu KANGEN BAND tentu saja bisa membuai sanubari ‘si pendengar’. Manakala, alunan suara lunak Andhika selaku vokalis dengan sokongan bunyi yang berkualiti dalam album ini juga merupakan antara unsur penting yang dititik-beratkan. Elemen muzik yang diterapkan menerusi album kali ini pula secara keseluruhannya adalah lebih matang, sekaligus mempersembahkan KANGEN BAND sebagai band yang dewasa dalam berkarya.

Kangen Band

Buat para peminat KANGEN BAND, anda tentunya bakal jatuh cinta dengan lagu-lagu bahagia bertema balada dalam album ini seperti SAMPAI LANGIT TERTUTUP oleh Tama dan CINTA TERLARANG oleh Dodhy. Kedua-dua lagu ini menampilkan bait-bait indah yang penuh dramatis. Olahan muzik yang mengiringi lirik-lirik ini begitu rapi, disusun dengan melodi cinta yang begitu membuai jiwa…

Memang lumrah pada setiap pohon yang kembang mekar, pasti ada bunga yang layu berguguran. Begitu juga dengan kisah cinta yang tidah kesampaian. JANGAN BERTENGKAR turut memuatkan lagu-lagu melankolik oleh tiga orang komposer utama album ini. SUNGGUH KEJAM merupakan sebuah lagu sadis hasil komposisi Tama, manakala PERTIKAIAN DI ANTARA KITA, YANG AKU TAU, KEHILANGANMU BERAT BAGIKU, JANGAN MERASA, BEB AKU DIA dan YAKIN CINTAMU KU DAPAT adalah hasil komposisi Dodhy. Andi Bayou selaku penerbit album ini juga turut menyumbang dua buah lagu dalam melengkapi JANGAN BERTENGKAR. Hasil komposisi beliau adalah dua buah lagu dramatis bertajuk BERI KESEMPATAN dan TAK INGIN BERSAMAMU.

KANGEN BAND mempertaruhkan JANGAN BERTENGKAR LAGI sebagai single mereka kali ini. Irama nan syahdu yang disampaikan menerusi sebuah lagi lagu ciptaan Dodhy ini begitu meruntun jiwa. Menerusi susunan muzik yang sederhana, lagu ini sangat mudah diterima oleh deria pendengaran. Dengan mengekalkan mood romantis yang begitu sinonim dengan identiti KANGEN BAND, lagu ini semestinya sebuah lagi garapan istimewa oleh enam pemuzik berbakat ini.

Artist : Kangen Band
Album : Jangan Bertengkar
Prod. : Warner Music Indonesia

Senarai Lagu
1. Sampai Langit Tertutup
2. Pertikaian Diantara Kita
3. Jangan Bertengkar Lagi
4. Cinta Terlarang
5. Beri Kesempatan
6. Yang Aku Tau
7. Kehilanganmu Berat Bagiku
8. Jangan Merasa
9. Tak Ingin Bersamamu
10. Beb, Aku, Dia
11. Yakin Cintamu Kudapat
12. Sungguh Kejam

JANGAN BERTENGKAR LAGI

Sadarkah kekasih kelakuan kamu
Sungguh sangat menyiksa aku
Padahal ku beri apa yang kau mahu
Tapi kau tak mengerti aku

Sakitnya hatiku dengan semua caramu
Bila kau terus begini nanti ku bisa pergi

Aku mohon sayangilah diriku
di dalam hidupmu
Dan kamu jangan kasar-kasar lagi
dengarlah pujaan hati

Aku mohon mengertilah
kita jangan bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
dengarlah pujaan hati

Khas buat para peminat KANGEN BAND, album JANGAN BERTENGKAR kali ini didatangkan dengan GOLDEN TICKET! Para peminat bertuah kini berpeluang menikmati percutian percuma ke luar Negara! Lima orang pembeli album bertuah yang mendapat GOLDEN TICKET bakal memenangi sepasang tiket penerbangan ke Indonesia yang bernilai RM1000! Dapatkan album JANGAN BERTENGKAR yang telah pun berada di pasaran sekarang dengan harga hanya RM27.90!

Kangen Band

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Album Kangen BandGolden TicketKangen BandLirik Kangen

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Swedish House Mafia One Last Tour Live in Kuala Lumpur
  • Next story Gambar Didie Alias Yang Aneh di Anugerah Skrin 2012

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Love Me Butch 28 Jun, 2012
  • Atilia Jadi Penerbit Album INDAH 18 Jun, 2010
  • Lagu Berhenti Di Kamu Nyanyian ANJI 2 Mar, 2012
  • Alvin Anthons Bakal Muncul Dengan Single Terbaru SALLY 11 Mar, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.