in

Kamera Terbaru Ricoh Pentax K-3 Dilancar di Malaysia

Ricoh Imaging Co. tampil dengan lensa terbaiknya dengan pelancaran Pentax K-3. Ricoh Imaging Co. memperkenalkan siri DSLR terbarunya, Pentax K-3 yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing – inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.

Ia semestinya berita baik kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapis optikal anti-aliasing pada kamera.Inovasi canggih itu member pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek.

Kamera Terbaru Ricoh Pentax K-3 Dilancar di Malaysia

[pullquote align=”right”]Majlis diacarakan Xavier Mah berlangsung meriah di lokasi ekslusif Bridge Bar, G Tower dengan dihadiri pengedar sertar akan media.[/pullquote]

Pengurus Produk, Takashi Arai, berkata Pentax siri K mempamerkan paparan imej yang lebih efektif dengan 24mp megapixel dan sensitiviti ISO 51200 terunggul. “Pentax K-3 lebih baik daripada produk hi speed continuous shooting lain dengan kuasa 8.3fps dan tentunya, fungsi simulator anti-aliasing memenuhi kehendak pencinta dunia fotografi,” katanya. Turut hadir, Pengurus Jualan Ricoh Imaging Co. Japan Malaysia, Ryota Shimamoto.
K-3 turut dilengkapi sensor imej terbaru APS-C-size CMOS (23.5mm x 15.6 mm). Ciri itu turut digabung dengan engin memproses imej PRIME III – yang melonjakkan kemampuan pemprosesan imej sekaligus mengurangkan bunyi bising secara efisyen. Hasilnya, kualiti gambar berkualiti tinggi walau dalam suasana terlalu terang.

Kamera Terbaru Ricoh Pentax K-3 Dilancar di Malaysia

Di majlis sama, penerbit majalah DSLR, KL Yeam yang sering tampil hebat dengan karya fotografi hitam putih turut memberikan tutorial produk.

Yeam dikenali kerana kepakarannya merakam foto studio dan jalanan, selain turut digelar jurugambar berjiwa lasak yang sentiasa meneroka aspek fotografi di luar kebiasaan. Penceritaannya secara bersahaja menghidupkan suasana sepanjang sesi penerangan yang cukup teknikal itu.

Yeam menyentuh mengenai monitor LCD mudah lihat 3.2 inci dengan anggaran 1,037,000 dot (dalam nisbah 3:2) dan kaca tempered pada panel depan sebagai jaminan ketahanan.

Begitu juga dengan binaan dipanggil air-gapless di mana tiada ruang udara antar alapisan LCD, mampu mengurangkan kesan pantul balik dan penyebaran cahaya yang menjadi penyebab gambar kabur sewaktu penggambaran luar bangunan. K-3 turut dilengkapi kemudahan tayangan imej yang kelihatan „hidup‟ sewaktu gambar diulang tengok.

Menambah kehangatan majlis tentunya acara cabutan bertuah di mana pemenang bertuah berpeluang membawa pulang hadiah berupa produk Ricoh Imaging Co.

Di majlis itu, tetamu turut dijamu canapés dan jamuan ringan sepanjang acara berlangsung. Sebelum tirai majlis berakhir, tetamu diberi peluang menguji kehebatan Pentax K-3.

Di majlis sama, Ricoh mengumumkan penawaran K-3 Edisi Perak Premium,terhad sebanyak 2,000 unit di seluruh dunia. Dikemaskan badan dan pemegang berwarna perak, siri edisi terhad yang menyerlah ini dikatakan pelengkap lensa versi perak edisi terhad yang direka khusus untuk menjelaskan imej kabur.

Kamera Terbaru Ricoh Pentax K-3 Dilancar di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hydra Lancar Single Terbaru Hujung Mentari

Penyanyi Nora Ke Dubai Promosi Siri Animasi