in , ,

Kamal Adli & Amyra Rosli Dijodohkan Oleh Kartina Aziz

Walaupun mereka digosipkan bercinta, namun Kamal Adli dan Emma Maembong tidak pernah mengaku dan lebih selesa untuk tidak memberi ulasan lanjut. Begitu juga dengan Amar Baharin dan Amyra Rosli. Jadi, apabila Kartina Aziz mahu menjodohkan Kamal Adli dengan Amyra Rosli, apakah yang bakal terjadi?

KAMAL ADLI & AMYRA ROSLI DIJODOHKAN OLEH KARTINA AZIZ?
“HAI LAH MENANTU” Isi Slot Cerekarama Sabtu Ini

[dropcap]S[/dropcap]aksikan “HAI LAH MENANTU” menerusi slot Cerakama pada hari Sabtu ini, (14 November), 9.00 malam. Diterbitkan oleh CTG Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jurey Latif, telefilem ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Kartina Aziz, Amyra Rosli, Kamal Adli, Kismah Johar dan Elisha Sandha.

Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan “Hai Lah Menantu” pada hari Sabtu ini (14 November), 9.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.

Untitled

Untitled

Untitled

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan program-program TV3 boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Free Internet On Weekends With New First Blue & First Gold

Trailer & Sinopsis Filem SINARAN (2015)