Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Kala Malam Bulan Mengambang Filem Neo Noir Pertama?



‘Kala Malam Bulan Mengambang’ (KMBM) adalah filem hitam putih pertama selepas ‘Jantina’ filem hitam putih terakhir yang dibikin pada tahun 1974 arahan Naz Achnas, keluaran Studio Merdeka, lakonan Ed Osmera, Noran Nordin dan Norizan.

Selepas 33 tahun, pengarah filem Mamat Khalid memilih bentuk penyampaian jenis ‘Neo-Noir’ bagi menyesuaikan kronologi penceritaan KMBM yang berlatarkan tahun 50-an. ‘Noir’, berasal dari perkataan Perancis dan bukanlah sejenis ‘genre’. Ia membawa perbezaan dari segi stail atau bentuk penyampaian filem itu sendiri. Filem jenis ini menekankan penceritaan berkaitan jenayah, gangsterism, detektif dan misteri. Ia juga amat berbeza dari segi ton warna dan berperwatakan sinikal.

‘Kala Malam Bulan Mengambang’ menampilkan artis dengan busana 50-an seperti kebaya ketat, kemeja kotak, tali leher, sarung tangan paras siku dengan gaya ala cabaret yang cukup menarik perhatian. Selain itu, KMBM turut menyelitkan lagu berentak tango, rumba, mambo dan lain-lain bagi menzahirkan keaslian latar masa pada ketika itu.

KMBM yang menampilkan Rosyam Nor sebagai pendukung watak utama adalah sebuah filem ‘tribute’ kepada seniman veteran dan bintang legenda tanahair sejak dari Studio Jalan Ampas sehinggalah ke Studio Merdeka.

‘Kala Malam Bulan Mengambang’ menjadi lebih unik apabila menggabungkan warga kerja industri perfileman dari pelbagai peringkat seperti dua penerbit filem atau drama sebagai pelakon iaitu David Teo dan Corinne Adrienne; seorang pengarah filem atau drama, Mohd Hitler Zami; seorang kartunis, Soya; seorang guru tari, Corrie Lee selain Umie Aida, Avaa Vanja, Farid Kamil, Kuswadinata, Bront Palarae dan Sofi Jikan sebagai pelakon.

Kredit: Press Release Tayangan Unggul

[tags]kalam malam bulan mengambang, filem neo noir, Naz Achnas, keluaran Studio Merdeka, Ed Osmera, Noran Nordin, Norizan, mamat khalid, jenayah, gangsterism, detektif dan misteri, 360, tv3, zulhazri, abby fana, kursus menari, tango, rumba, mambo, kabaret, disco kl, Studio Jalan Ampas, Studio Merdeka, Corinne Adrienne, Mohd Hitler Zami, Corrie Lee, Umie Aida, Avaa Vanja, Farid Kamil, Kuswadinata, Bront Palarae, Sofi Jikan[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Noir Hitam Putih Pertama 2007
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Watak & Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang
  • Ulasan Filem Kala Malam Bulan Mengambang
  • Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang Arahan Mamat Khalid
  • Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21
  • TRIVIA: KAD PENGENALAN SIAPA NI?
  • Peribahasa Karam Singh Walia @ Kala Malam Bulan Mengambang
  • Sekitar Majlis Pra Tonton Filem Kala Malam Bulan Mengambang
  • Video Temubual Bersama Soffi Jikan @ Lokasi Filem Estet



    • musae

      aku da tengok citer ni,ape yg aku leh cakap la..citer ni memang seronok dan satu kelainan dalam industri filem kita pada masa ini..menghiburkan..ape-ape pun,tabik kat mamat khalid

    • irafazir

      bila lagi ko nak bawa kawan2 ko musae

    • haris

      noir bukan sahaja bermaksud “hitam putih”, bukan saja bermaksud “penceritaan berkaitan jenayah, gangsterism, detektif dan misteri”. noir juga boleh bermaksud cerita-cerita yang gelap. Filem taxi driver boleh dikatakn sebagai noir. dan filem itu BUKAN hitam putih. By the way, filem neo-noir yang pertama di Malaysia bukanlah filem ini. Sebelum cerita ini, ada satu movie bernama Taxi Driver, lakonan oleh Hishamuddin Rais. Pernah keluar slot Festival di NTV7 dulu.

    • sua rai

      citer ni ok, ada kelainan. tapi aku lebih terhibur dengan citer zombi kg pisang. bila ye nak kluar zombi kg pisang 2.harap2 lebih best!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK