Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Kad Jemputan Wedding Ning Baizura Untuk Blog Sensasi Selebriti

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah pun menerima kad jemputan bagi menghadiri majlis perkahwinan Ning Baizura dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang bakal diraikan pada tanggal 2 Februari 2008 (Sabtu) ni. Majlis yang berkonsepkan ala Kampong itu akan diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre bermula jam 8 malam katanya. Budiey mungkin ke sana dengan Bro. Ajami kot sebab Azwan tak dapat kad jemputan. Kesian kat Azwan… Tak pernah lagi sampai kat Matrade tu. Tapi di kad jemputan tu dah ada peta. Takkan la Ajami sesat kot… huhu. Tapi nak pakai baju apa la nanti ni… sebab konsep dia kampung. Mmm… pakai je la baju Melayu ek.

Apa-apa pun, terima kasih kepada Vernon Aka Mr. Manager kerana sudi menjemput blogger picisan seperti Budiey ni dan semua ni untuk blog Sensasi Selebriti sebenarnya. Nanti adalah juga cerita untuk dititipkan buat pembaca semua. Tapi sayangnya, Azwan tak dapat join sebab hanya satu kad dilayangkan untuk kami. Satu kad jemputan hanya boleh dihadiri oleh seorang sahaja.

Uniknya kad jemputan majlis kahwin Ning Baizura in, kan? Kreatif sangat idea macam ini. Korang boleh buat sendiri di rumah tetapi kalau banyak sangat memang kena pakai orang yang ramai jugak Biasanya kad jemputan dihantar dengan menggunakan sampul surat. Tetapi yang kreatifnya, kad jemputan ke wedding Ning digulung dan dibalut dengan tikar buluh jarang, diikat dengan tali guni dan diselitkan dengan 3 kuntum bunga. Siap ada tag nama penerima. Khabarnya, untuk jemputan di sekitar Kuala Lumpur, kad jemputan dihantar dari tangan ke tangan. Sementara jemputan di luar Kuala Lumpur dihantar melalui pos laju. Semua kad jemputan dibuat sendiri oleh rakan-rakan dan geng terdekat Ning Baizura.

Kalau dilihat dengan kad jemputan yang sebegini grand dan istimewa, Budiey dapat bayangkan bagaimana majlis wedding Ning Baizura nanti. Mesti lebih grand dan meriah. Katanya para tetamu nanti duduk dan makan bersila. Mmm… dan tema pakaian pula ala-ala kampung. Kalau macam tu, Budiey pergi pakai kain pelekat… boleh ke?

Upacara akad nikah pada hari Khamis 31 Januari akan disiarkan secara live di NTV7 dalam slot Breakfast Show dari jam 9.30 pagi hingga jam 10.00 pagi dan di TV3 dalam slot Wanita Hari Ini dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang. Perkahwinan Ning boleh kita katakan wedding of the year sebab keunikan dan kelainannya. Tengoklah macamana nanti.

Siap dengan dialog antara Pak Sheikh dan Mak Tilah lagi tu.

Pada majlis pernikahannya nanti, Ning bakal menerima wang hantaran RM66,666.66 dan Omar akan menyerahkan wang hantaran itu bersama mas kahwin RM80 simbolik kepada jumlah ayat yang ada di dalam al-Quran. Ning akan menghadiahkan Omar dengan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh. Dan antara hadiah istimewa Omar buat Ning adalah sebuah beg tangan mewah berjenama Judith Leiber yang bernilai lima angka. Astro akan diberikan hak eksklusif siaran untuk majlis perkahwinan penyanyi itu nanti dan yang berkonsepkan suasana kampung. Majlis pernikahan Ning akan diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur pada 31 Januari (Khamis) ini disusuli majlis persandingan di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade pada 2 Februari menjadi milik Astro sepenuhnya.

Majlis perkahwinan Ning akan diserikan dengan persembahan ghazal, marhaban, pelita, reban untuk kambing, ayam dan itik, pokok pisang, joget lambak dan paling unik, ada segmen orang melatah.

Semoga segala perancangan untuk wedding Ning ini akan berjalan dengan lancar.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Ning Baizura Jadi Puteri Gunung Ledang Dalam Filem Magika
  • Ning Baizura & Omar Sharif Bertunang
  • Gambar Foto Majlis Ning Baizura Bertunang
  • Peraduan Menangi Album EastToWest – Ning Baizura
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Jawapan Trivia: Rambut Ikal Perang Ning Baizura
  • Gambar Omar Sharif & Ning Baizura Selamat Bertunang
  • Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10
  • Ning Baizura Profile & Album Baru



  • 14 Komen untuk entri “Kad Jemputan Wedding Ning Baizura Untuk Blog Sensasi Selebriti”

    1. ajami kata:

      ..matilaa kalau tersesat! muahahaha!

    2. syamsulariff.com kata:

      moga bahagia ke anak cucu ning :D

    3. idah81 kata:

      tahniah ning..selamat pengantin baru….semoga bahagia selalu hendaknya…

    4. headsteadi kata:

      untung lah lu brader!

    5. ain_nia kata:

      budiey gi pakai kain pelikat pun bole… jgn pakai baju superman spender kt luar sudah la..hehe..

    6. BAU BUSUK kata:

      Ehh…mesti besh kan majlis kawen Ning Budiey…cerita la sikit

    7. sd kata:

      Haih…dia punye hinting nak suruh Mr Manager ajak azwan tu tak ingat punye!! ulang berpuluh2 kali.

      LOL

    8. noris ishak kata:

      bestnya kalau dapat pi…
      ala-ala kpg lagiiii….
      best!best!!
      susah nak tgk artis skg wat kenduri tawin cara kpg kan…
      kira ning memang best lah!!

    9. mawar kata:

      eleh..jgn kawen jek gempak..nnti cerai pn gmpak gak..huhu..hope ning dpt bimbing husband..

    10. cikyie kata:

      waduh2… bestnye Budiey u dpt pi..sana!!

    11. cikyie kata:

      waduh2…bestnye u dpt pi..sana!!

    12. Izzah kata:

      tahniah..for Ning & husband cz can do the best wedding for this year..jgn ingt org yang bergelar datuk ja ble wat grand2..kata pn ble..hendak serida daya x nak seribu dalih..suka tgk ning di hari bahagia. hope happy hingga akhir akhir hayat bersama suami. k..

    13. Honeybee kata:

      dah kawin … pakat2 tunggu anak lak … :)

    14. candy girl kata:

      tahniah ning atas perkahwinan kak ning.semoga kekal ke anak cucu

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!