in

K-Pop Gegar Pentas Showdown 2012

MUZIK ‘K-POP’ GEGARKAN PENTAS

Pentas Showdown 2012 semakin hangat! Peminat K-POP semestinya berpuas hati dengan persembahan bertenaga dari kru TOP 9 semalam. KL Live digegarkan dengan lagu-lagu popular dari Korea yang mengiringi kru-kru ini beraksi di pentas Showdown 2012.

Kesemua kru ternyata memberikan persembahan yang baik dan mendapat pujian dari pihak juri. Soul Gang yang diiringi dengan lagu “Bubble Pop” dari Hyuna buat pertama kalinya dipilih sebagai kru terbaik semalam.

“Saya cukup teruja melihat gerak tari anda di pentas. Persembahan anda malam ini membawa kita semua ke sebuah destinasi yang lain. Tampil dengan imej futuristik, anda sememangnya antara kru terbaik dalam ,” kata Maple Loo yang merupakan juri tetap.

Showdown 2012

Sesi ’Battle’ semalam menyaksikan pertempuran hebat antara Project Elementz dengan Dem Lepak Boyz manakala Walawei menentang D’Vol Blacky Wacky. Empat kru ini diumumkan sebagai empat kumpulan yang mendapat undian terendah. Nasib tidak menyebelahi D’Vol Blacky Wacky kerana terpaksa menamatkan perjuangan mereka dalam

Kini tinggal kru TOP 8 yang akan meneruskan perjuangan dalam dan akan bertarung hari ini ialah Dem Lepak Boyz, D’vol Blacky Wacky, E.G.S Monster, Kitta Move, Project Elementz, Soul Gang, Soul Krazy, Walawei dan We Taking Over.

merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim ke-3.

Pemenang Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010, Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 dan Program Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2011 kembali menemui anda setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran hip 8TV.

Tahun ini juara bukan sahaja bakal membawa pulang wang tunai RM50, 000 malah berpeluang menimba pengalaman di luar negara dengan menyertai bengkel di “The Urban Dance Camp” di Lörrach, Germany.

akan bersiaran secara langsung dari lokasi rasmi KL Live, Life Centre di mana Top 12 akan beraksi mempamerkan gerak tari kreatif yang bakal memukau mata juri dan khalayak. Untuk mengundi krew kegemaran anda taip SD KOD KREW atau SD 5 KOD KREW dan hantar ke 33399.

mengalu-alukan kehadiran hos dan penyampai radio Fly.Fm, Hafiz Hatim. Program ini pasti kurang menyengat tanpa kehadiran Joe Flizzow penyanyi rap terkenal dan Maple Loo (koreografer / penari) selaku juri tetap Showdown 2012.

disiarkan setiap Rabu jam 9.30 malam eksklusif di saluran hip 8TV. Musim ke-3 rancangan realiti ini juga diserikan dengan kehadiran penaja utama . Anda juga boleh menyaksikan siaran ulangan setiap Selasa jam 11.45 malam. Untuk menyaksikan kisah-kisah sebalik tabir dan mengenali krew TOP 12, mendapatkan gosip-gosip dan info-info terkini, jangan lupa menonton Diaries…From the Streets yang akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30malam.

Tahun ini juga telah memperluaskan pengaruh dalam medium alternatif iaitu dunia ‘online’. Bermula dengan ujibakat secara ‘online’ yang diperkenalkan pada musim ke-3 ini, turut mengadakan pencarian pengacara untuk mengendalikan kandungan-kandungan ‘online’ yang memuatkan info-info terkini, gossip, klip-klip eksklusif belakang tabir pembikinan dan banyak lagi!

Dennis merupakan anggota kumpulan Elecoldxhot yang juga merupakan juara Showdown 2011 telah dipilih sebagai pengacara ‘online’ laman sesawang . Layari laman sesawang www.8tv.com.my/showdown untuk bersama-sama Dennis mengikuti perjalanan Showdown 2012.

Showdown 2012

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan kru-kru kegemaran anda dengan mengikuti siri jelajah . Temui kru-kru di TAR College, Setapak pada 1 Jun 2012 (Jumaat) jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari. Saksikan kehebatan gerak tari energetik dan kreatif dari peserta eksklusif di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708. Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya program realiti terhebat yang telah mula bersiaran sejak 4 April 2012.

dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen yang sekali lagi tampil sebagai rakan penaja. Program ini turut disokong oleh A’ Cut Above yang menaja tatarias dan dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio Fly FM selaku radio rasmi, KL Live untuk lokasi rasmi dan Portal Rasmi, TonTon.

Siapa bakal bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM50, 000? Saksikan rancangan realiti pencarian krew tarian terbaik setiap Rabu jam 9.30 malam eksklusif di 8TV.

8TV turut disiarkan di Astro saluran 708. Kini anda juga boleh menyaksikan program-program kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Menarik Saturday Night Movies 8TV

Dongeng Cinderella Versi Melayu Dalam Fantasi Si Laila