in

Jurnal Renovation & Persiapan Pindah Rumah

Semasa entry ini ditulis, Budiey paksakan diri untuk berjaga malam. Nak tidur tapi tak dapat sebab masih memikirkan tentang masalah nak renovate rumah. Susah bukan main kalau takde ilmu di dada. Pendek kata la kalau macam ni, upah pereka hiasan dalam lagi baguskan. Harap-harap pereka dalaman @deandaud boleh tolong Budiey. Itu pun kalau-kalau dia terbaca entry ini.

Budiey ambil keputusan untuk tidur lewat sikit. Sambil temankan isteri, buat kerja pejabat, sambil itu Budiey buat rangka dan plan untuk proses selanjutnya. Nak cantikkan rumah punya pasal, kita tak boleh berkira sangat sebab rumah yang kita nak diami itu adalah rumah kita bukan rumah orang lain. Nak duduk pun dalam jangka masa yang lama, bukan sehari dua aje kan? Kalau boleh nak duduk kat sini selama-lamanya, hingga hujung nyawa. Jadi, rumah kena perfect.

Kami dijangka berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat ini. Dalam perancangan, Budiey dah tentukan jubin bilik tetamu kena buang semua sebab pemaju pakai jubin yang tak berapa bermutu dan tak cantik. Ada berceloreng sikit. Dalam fikiran masa ni, ada dua pilihan samada nak letak jubin atau kayu. Fikir punya fikir, Budiey ambil keputusan untuk letak jubin yang cantik dan berkilat sikit. Barulah nampak ekslusif sikit.

Banjaria Court

Jenama kat pasaran tak payah cakap lah. Semua ada. Tapi Budiey kena hati-hati sikit takut bila tersalah pilih, jahanam habis semuanya. Rata-rata Budiey dah tanya kawan kat Facebook dan Twitter, mereka sarankan untuk pasang jubin berjenama MML. Kata mereka, selain nampak elegan dan cantik, jubin ni tahan lama. Betul ke? Korang rasa macamana? Budiey nak tahu juga pendapat korang, kan?

Kami ada masa sebulan setengah je lagi untuk bersiap sedia segala untuk pindah. Budiey faham, semua kerja kena buat berperingkat. Nak buat sekaligus memang tak sempat. Tambahan lagi, rumah kali ini ada ruangan pejabat untuk Budiey Dot Com Media. Pergh… sangat-sangat eksaited!

Apa yang melegakan, segala proses pembelian rumah dah pun selesai. Sekarang dah tiba masa untuk keluarkan duit dari KWSP untuk buat rumah. Budiey tak tahu la lama mana proses untuk keluarkan wang dari akaun ke-2 wang simpanan pekerja ni. Kalau korang tahu details pasal benda ni atau korang pernah mohon untuk keluarkan duit dari KWSP, korang habaq kat sini, okay?

Pandangan dari atas rumah. Memang tinggi gak la rumah yang aku akan stay dengan isteri, 2 tingkat dari atas.

Banjaria Court

Baru-baru ni ada satu contest kat internet, hadiahnya sangat lumayan sebab dapat tukar jubin rumah yang baru dengan jenama yang bermutu. Kalaulah Budiey berjaya dan menang Peraduan How MML Tile Makeover Works ni kan best.

Eh, korang yang nak join pun sempat lagi ni, ada 5 hari je lagi. Budiey rasa, kawan-kawan yang gila masuk peraduan dah pun join, cuma sekarang ni dah tentu tengah neves untuk tahu pemenang.

Bukan apa, dapat pulak pakej tukar jubin tu. Memang gempak lah. Sekali sekala korang kena tukar scenary atau sudut dekor rumah supaya tak lah nanti nampak jemu. Segar sikit mata yang memandang. Terutama sekali lantai yang korang pijak setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah tu.

Ramai member-member dan saudara mara dah join peraduan dari MML ni dan Budiey pun tak ketinggalan. Sekarang ni, masih sempat lagi nak join. Tiba-tiba Budiey neves sebab nak tahu sapelah yang akan menang hadiah utama. Beruntung betul. Doa-doakanlah, supaya Budiey dapat menang peraduan ni. Bukan apa nya, Budiey nak sangat rumah baru Budiey ni berjubin dengan jubin baru. Dapat pulak jubin yang cantik-cantik. Kalau dapat, mahu je tukar dengan warna yang lebih lembut dan berkilat. Barulah gempak.

Korang nak join, bolehlah hantar penyertaan. Sila layari: CuriousCat.my.

Banjaria Court

Inilah plan untuk pejabat Budiey Dot Com Media. Sekarang nak decide untuk tukar jubin lantai. Korang rasa nak jubin yang macamana eh? Tolong sarankan ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Akhir Bintang RTM 2012

Slot Cerekarama & Siaran Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi