Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Jurnal Budiey: Showcase Tribute Dayang Nurfaizah & Tips Putus Cinta?

Pada 24 Februari, Ahad lalu, Budiey ditemani Azwan ke Planet Hollywood untuk menyaksikan performance Dayang Nurfaizah di Showcase Tribute Nite yang entah ke berapa kalinya di pusat hiburan terkenal tu. Tak terkira rasanya. Kalaulah Anuar Zain selalu buat show macam ni, alangkah seronoknya. Bayangkan dalam setahun dapat tengok Anuar Zain perform dalam 5-10 kali kat sini. Pergh!

Jam 9 malam kami bertolak dari rumah Budiey di Bandar Baru Sentul dan sampai di Bukit Bintang sekitar 9.30 malam. Gang kitorang… Si Hanna, fotografer dari Majalah Bintang Hits katanya dah sampai kat situ sejak jam 8 malam lagi. Fuh! Gigih tau you all nih. Ye lah, takut gak kalau-kalau meja penuh ek. Tapi rasanya tak ramai media yang datang pada malam itu. Mesti ada tempat duduk punya.

Sambil menanti show bermula, kami borak-borak, gossip-gossip dan makan-makan… malam tu sedih giler, tunggu minuman kami tak sampai-sampai… berjam-jam gak la. Tapi makanan kat Planet Hollywood memang lazat berkhasiat sekali. Tengok gambar kat bawah ni… mmmm… Hanna la ni belanja kami. Thanks Hanna.

Budiey ada nampak Erra Fazira dan hubby dia, Engku Emran datang malam tu tengok show Dayang. Selain itu, Nur Aliah Lee, Ridzuan Hashim dan Hattan juga datang support. Tak sangka Hattan pun minat Dayang. Huhu!

Walaupun kerap buat performance kat PH, namun peminat setia tak pernah jemu datang. Ada yang datang dari Singapura dan dari luar Kuala Lumpur. Dewan memang penuh dan sesak juga. Showcase Dayang macam biasa, memang meletop. Tepat jam 10.40 malam, show bermula dengan lontaran vokal mantap Dayang dengan lagu Ingin Ku Miliki dan Dayang Sayang Kamu. Malam itu Dayang banyak nyanyi lagu yang diminta dan dihantar oleh peminat. Antaranya lagu Umbrella, You Ougtta Know, The Carpenter’s Close To You & Corrine Bailey Rae’s Like A Star & Daughtry’s Home. Sebenarnya, vokal Dayang memang fleksibel. Semua rentak dia boleh bawa. Tak kira lagu apa, R&B memang dia pakar, soul, rock… etnik kreatif… you name it.

Macam sebelum ni pun, Dayang akan buat sesi Jukebox. Dimana Dayang meminta secara spontan dari penonton lagu yang diorang nak dengar dan Dayang akan nyanyikan secara live dan solo. Budiey suka Dayang nyanyi lagu No One nyanyian Alicia Keys. Huhu… tapi lagu tu dah takde makna lagi dalam hidup Budiey selepas putus cinta nih. Lantaklah… yang berlalu tu biarlah berlalu. Nak buat macamana, kan. Memang dah ditakdirkan macam nih. Kalau nak fikir pasal hati terkilan, terluka dan terguris ni memang lah sengsara gila babi punya. Tapi fikir-fikir, sampai bila kita nak sedih. Sebab yang penting sekali, hidup kita harus diteruskan juga. Walaupun putus cinta, hati kita kena riangkan selalu. Tak nak sedih-sedih lagi. Budiey kita bernasib baik sebab ada kawan-kawan yang kasi semangat untuk tabahkan hati. Sekarang, masalah utama adalah bagaimana cara untuk melupakan orang yang kita sayang dalam masa yang singkat. Huhu… memang agak susah sebab semua ini perlukan masa.

Dan satu keputusan yang paling gila dan paling berat Budiey pernah buat setelah putus cinta… Budiey telah pun berhenti kerja! Dan sebulan dari sekarang, Budiey akan menjadi penulis blog sepenuh masa. Percaya atau tidak? Ya, korang kena percaya. Ini keputusan muktamad. Ramai yang cakap, keputusan ini dibuat sebab terlalu mengikut perasaan. Sebenarnya, bukan mengiikut emosi yang sangat emotional, tapi Budiey rasa kadangkala kita perlu lari dari sesuatu yang boleh membuatkan Budiey rasa sedih. Dan berhenti kerja boleh membuatkan hidup Budiey lebih bernafas dan melupakan segala kenangan pahit ini. I just want my life back. Wah! Gituh… statement! Haha, dan itulah tips putus cintanya… Kalau putus cinta, korang terus berhenti kerja. Huhu… taklah. Jangan jadikan Budiey sebagai contoh teladan ya. Kalau you all nak jadi blogger sepenuh masa, kena bersedia lebih awal. Bukan senang nak hidup sebab kita kena buat dan bangunkan banyak blog. Terutama blog bahasa Inggeris yang support Google Adsense. Harap Sensasi Selebriti aje mana cukup.

Harapnya, selepas ini, Budiey akan kembali bersemangat. Budiey mahu memulakan hidup yang baru selepas ini… biarlah segala kenangan bersama si dia akan jadi pengalaman untuk lebih berhati-hati pada masa mendatang.

Kembali kepada topik asal kita… Lagu lain yang Dayang nyanyi… lagu Ku Mohon dari Sheila Majid, lagu Gelora dari P. Ramlee, Nilai Cintamu dari Sudirman, Marvin Gaye’s What’s Goin’ On dan rangkaian lagu dari Beyonce, idola Dayang termasuklah That’s Why I Love You, Listen & Survivor. Kepada Dayang, you are my true DIVA! Vote for Dayang… hehe!

Budiey sebenarnya balik awal malam tu sebab Azwan ni tak nak stay sampai habis. Takut balik lewat… so terpaksalah ikut Azwan.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Meriahnya Showcase Dayang Nurfaizah 20 07 di Planet Hollywood
  • Gambar Dayang Nurfaizah Bertudung @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Malam Meraikan Muzik Bersama Dayang Nurfaizah!
  • Lirik Ingin Ku Miliki - Dayang Nurfaizah 2007
  • Rakaman Nite of Soulful Stars
  • Prelude Kemuncak AIM15 di Planet Hollywood & NTV7
  • Showcase Dayang Nurfaizah 20 07 di Planet Hollywood
  • Diva Titi DJ & Dayang Nurfaizah berduet di Konsert Suria FM



  • 7 Komen untuk entri “Jurnal Budiey: Showcase Tribute Dayang Nurfaizah & Tips Putus Cinta?”

    1. Rjuna kata:

      Peh ko berenti kerja bro sebab putus cinta, huuu keputusan berani mati tuh, takpe bro aku yakin ko sekarang dah taraf Pro-Blogger, leh cari makan kat internet asalkan usaha

      jangan sedih-sedih bro kuatkan semangat, semoga sibuk berkerja akan datang dapat melupakan seketika hati yang duka :)

    2. Budiey kata:

      Rjuna, terima kasih kerana memberikan semangat. FYI, u dan semua pembaca adalah kekuatan sebenar Budiey untuk terus giat dalam dunia blogging.

      Hidup sebenarnya adalah satu pilihan. Di tangan kitalah segalanya bermula dan hari esok adalah hasil dari pilihan kita buat pada hari ini.

      Terima kasih daun keladi!

    3. idah81 kata:

      sedih pula bila tau Budiey putus Cinta..kuatkan semangat,jgn mudah putus asa dan selalu berfikir Positif..apa yang terjadi itu ada “hikmah di sebaliknya”go Budiey..U are the Best………

    4. Budiey kata:

      Idah, Terima kasih… insyallah saya akan sentiasa berfikiran positif dan sabar menempuhi cabaran.

      “Aura negatif harus disingkirkan…”

    5. angel_baik kata:

      nie ler ruginya dok penang… tak leh nak layan show dayang live… huuh…

      budiey putus cinta?… errmm.. tak per budiey, ada 1 juta lagi yg tgh tgu..hehehe…

      cayalah budiey skrg nie bloger sepenuh masa.. sapa kata jadi bloger buang masa..kan..kan..

      go go go chayok!!

      :)

    6. abby kata:

      wah bestnyaaaaa budiey jadi fulltime blogger, mesti isu pasni gempak2, putus chenta? no komen laaaa, pepon be hepi k, buang yg keruh amek yg jernih

    7. nisyah kata:

      sk lah ngan akak…….so sweet

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET