Jurnal Budiey: E-Book, Majalah Eh!, Melodi TV3, KL Sentral & Dia
Lama saya tidak membeli majalah. Sejak ada e-book yang tersedia di internet, saya malas untuk membeli majalah. Kalau ada beli pun sebab nak masuk peraduan. Masuk peraduan boleh menang hadiah. Dah banyak benda dan hadiah saya menang. Tu yang jadi ketagih tu. Sekarang dah tak macam dulu. Sibuk memanjang dengan menulis blog sampai tiada sepincing masa untuk mengumpul borang peraduan. Dulu, saya gila dengan peraduan sampai sanggup melaburkan wang beratus ringgit untuk membeli majalah mahu pun akhbar.
Majalah kegemaran saya? Dulu, majalah Sentiasa Manja terbitan MediaCorp yang menjadi kemestian. Tetapi tidak lagi setelah majalah tersebut dilanda konflik dalaman sehingga majalah itu terpaksa dihentikan jualan. Sayang sekali. Isi Mangga memang bagus sebab segala cerita dan gosip selebritinyanya jujur, telus dan berani serta seksi. Haha! Suka dengan gaya editor separa botak, Saniboey tu dan pengarangnya juga memang happening dengan butiran idea yang menggetarkan jiwa segenap pembaca. Langsung saya tersedar, mengapa tidak idea dan gaya mereka menjadi inspirasi saya untuk menulis.
Hari ini, keluar ke KL Sentral dengan seorang kawan. Huh, kawan ini… recently dia semakin mampir menjadi kawan setia ke hulur hilir menemani kekosongan hidup saya. Dulu, saya tidak memandang sebelah mata pun dengan kawan ini, sehingga dia pernah bilang dan menggelarkan saya ini si penyombong yang bongkak serta malas untuk menguntum senyum! Waduh, tajam sekali sangkaan loe tu deh kawan!

Ini dia manik untuk menghidupkan pokok dalam rumah. Harganya RM7. Mahalkan?
Keluar dengan kawan ini ke KL Sentral untuk mencuci mata. Haha! Jahat sungguh! Cuci mata di bulan puasa? Tidak, sekadar mencari sesuatu barang untuk dibeli. Apa nak beli ha? Mula-mula ke kedai si penjual pokok yang selalu mesra alam itu. Beli manik-manik yang mampu membesarkan pokok oriental di ruang tamu. Kemudian, saya putar-putar sekitar KL Sentral tanpa haluan. Eh lupa, pada hari Ahad ini, ada rakaman Melodi kat KL Sentral. Saya rasa nak pergi tengok Fara Fauzana dan Wahid canang gosip.

Singgah di MPH mencari majalah. Mimpi apa semalam ni, tiba-tiba saya mahu menatap majalah Eh! Erk! Lantaklah orang nak kata, majalah Eh! tu sebenarnya untuk orang perempuan sahaja lah! Bukan, jangan ingat orang lelaki ngak bisa menelaah Eh! sebab Eh! pun ada column untuk lelaki juga. Tak percaya, cuba beli dan tataplah mukasurat 206. Ada fesyen baju raya terkini digayakan oleh Ashraf Muslim, Razali Hussin dan Syawal. Saya paling suka dengan baju kemeja ala baju Melayu rekaan Salikin yang berharga RM180 diposing oleh DJ Suria FM, Tuah Iskandar… tetapi tak tahu kat mana butik Salikin. Sesiapa tahu, tolong kasi tau saya di ruangan komen. Sebab memang nak beli kemeja semacam itu buat penghias diri di Aidilfitri.

Pulang rumah, terus rendam manik yang saya beli di KL Sentral tadi dalam satu balang kosong. Dan ini dia gambarnya… Tadaaaaaa….


Hari ini berbuka dengan nasi berlaukkan sup lidah yang dibeli dengan harga RM6. Sedap juga sekali sekala pekena sup lidah. Tapi entahlah, rasa macam tidak boleh lawan dengan masakan ibu atau masakan housemate. Tulah, masak sendiri lagi sedap dari beli kat Bazar Ramadan, kan?
Akhir sekali, nak bicara sikit pasal kekosongan hidup saya yang kini semakin terisi dengan seseorang… Entahlah, semenjak jiwa terpaut dengan kebaikan si dia akhir-akhir ini, langsung hati merasakan ada sesuatu yang sukar dirungkaikan. Sayang atau cinta? Itu saya tak pasti. Yang pasti, saya sudah berjinak-jinak untuk mulai merasai betapa manisnya rasa rindu dan betapa rasa pahitnya rasa cemburu. Itulah, bila termakan budi, inilah jadinya. Ada orang cakap, biar termakan budi, jangan sampai tergadai body. Aiyoo, sape nak jawab tu. Bagi saya, soal sayang dan cinta ni sukar sangat dimengertikan. Very subjective… Just follow the flow je la kan. Serahkan segala pada takdir tuhan. Biar Dia sahaja yang tentukan. Anda pernah merindui seseorang? Apa yang anda buat?
Bye all. Nak masuk tidur dah nih.
Wassalam.
Tags: Jurnal Budiey
noneClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 3rd, 2007 at 12:53 am
butik salikin ada di SACC MALL di Shah Alam bang! smart ke the baju?
October 3rd, 2007 at 1:14 am
Haha kelakar la Saniboey Editor majalah Mangga?, ada kesilapan tu bro,
majalah tu nama SENTIASA MANJA terbitan Mediacorp dulu, memang rindu sangat majalah ni, lain dari yang lain, kalau ada yang lama2 nak jual balik pun saya sanggup beli
October 3rd, 2007 at 8:21 am
Affanazami, oo ye ke, nanti i cuba pi tgk-tgk…
Rjuna, ooo baru teringat. Majalah Manja dipublish kat Singapore kan… then Sentiasa Manja for Malaysian… Argh tu lah, majalah tu memang happening. Apa kata kita buat majalah cam depa… berani?
October 3rd, 2007 at 9:03 am
Butik Salikin kat SACC Mall. Ting 1. Naik escalator dr ground floor, turn ke kanan. You will see Bonita dulu then baru butik Salikin.
Errk setahu saya majalan mangga editornya Mama Juwie. Dan majalah tu wujud lagi. hiks.
Selamat Hari Raya.
October 3rd, 2007 at 9:42 am
Thanks Embun, tapi SACC tu short form untuk apa ek?
Ekceli, Budiey tersilap taip… Bukan Mangga yang Budi maksudkan tetapi MANJA…
Biasalah pose-pose ni, pemikiran cam tak lancar sikit. Mengantuk mungkin.
October 3rd, 2007 at 10:12 am
budiey nak beli baju raya?…
mazen nak ikut… he he he…
mazen pun tahun ni beli jer baju kat first lady tapi kat shah alam coz kat sana banyak pilihan n murah2 tau.
tak sabar nak balik kampung….
October 3rd, 2007 at 10:17 am
budiey,
kawan mazen ckp SACC mall tu Shah Alam City Centre. tak tau la betul ke x kan…he he
lupa plak nak ucapkan selamat hari raya kat budiey….
October 3rd, 2007 at 11:14 am
butik salikin kt ampang park pn ada,butik asal dia sebelum dibuka cawangan lain di sacc mall
October 3rd, 2007 at 2:16 pm
manik tu ada jual kat mana budiey? ingat nak letak satu kat opis nie…
October 3rd, 2007 at 2:46 pm
Koranto, manik jeli tu ada dijualkan kat satu gerai depan Maybank KL Sentral. Hehehehe