Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad
SETELAH notis meminta produksi Melodi dan wartawannya Nas Ahmad untuk meminta maaf menerusi akhbar dan televisyen yang dikeluarkan pada Januari tahun lalu tidak diendahkan, akhirnya penerbit dan pengarah filem Libas, Jurey Latiff Rosli mengambil keputusan untu menyaman kedua-dua pihak itu.
Menurut Jurey ketika dihubungi, pengurusan kes saman fitnah dan malu sebanyak RM10 juta itu akan berlangsung pada 18 Mac ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Selepas tiga bulan daripada tarikh saman itu difailkan, saya dapati pihak Melodi dan Nas Ahmad tidak melakukan apa-apa tindakan.
Pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.
“Nas telah menuduh saya yang bukan-bukan dengan membacakan sebuah emel layang tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu.
“Selepas itu, dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dia telah menerjah saya. Disebabkan itu, saya mahu dia memohon maaf di dalam akhbar dan televisyen. Tapi mereka tidak endah langsung. Jadi, sebab itu saya mahu saman fitnah dan saman malu,” jelasnya lagi.
Dalam kes saman tersebut, Jurey diwakili oleh peguamnya, Shaharudin Sham Sunder. [sumber]

Filem Libas & Pelakon
Profile Jurey Latiff Rosli
- Mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang penerbitan Filem dan TV. Pernah berkhidmat dengan ASTRO selama 5 tahun di syarikat Tayangan Unggul Sdn Bhd.
- Mempunyai syarikat penerbitan iaitu World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
- Menerbit dan mengarah lebih 60 buah telemovie dan drama untuk RTM, ASTRO dan TV3.
- Pengarah Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006
- Telemovie Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006

Tags: Berita
Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 17th, 2010 at 12:36 pm
Apa SENIMAN suarakan adalah benar.Nas tak perlu nak defend perkara yg memang tak betul.Saya ada menonton SEKALI rancangan tersebut, dan ia amat MEMUALKAN.Simpati saya lebih pada ahli keluarga mereka yg turut menjadi habuan.Saya ingin mengesyorkan pada SENIMAN agar membawa masaalah ni kpd pengetahuan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar dipantau programme ni supaya jgn membabi buta kerjanya semata2 nak mengejar rating.
March 18th, 2010 at 5:43 pm
BILA ADA SELEBRITI / ARTIS GOSSIP PERLU ADA UTK MEWARNAI LAGI PERSADA SENI ITU SENDIRI..TP BIORLA BERPADA2 DAN BERETIKA..JGN SAMPAI MENGAIBKAN ORG LAIN UTK PERKARA YG REMEH..LAIN LA KALO KES YG MELIBATKAN KES SOSIAL YG KETERLALUAN CAM KES ARTIS MINUM ARAK OR PARTI LIAR..SEBAB KALAU DIA ORG TAU MALU DAN DOSA, DIA ORG TAK AKAN BUAT PERKARA CAMTU..