in

Jue Aziz, Siti Fazurina, Aida Radzwil dalam Drama AKHIR SEBUAH ILUSI

SLOT ASTAKA : AKHIR SEBUAH ILUSI BERMULA 04 SEPTEMBER 2008, SETIAP SELASA, RABU & KHAMIS, JAM 10.00 MALAM DI RTM1

Meski pun kisah paparan drama mengaitkan dunia koprat dan perniagaan dianggap terlalu berat bagi diterima oleh sesetengah pihak namun hakikatnya plot drama dan penyampaian sebegitu dengan diwarnai kisah kekeluargaan ini sememangnya memiliki kelompok penonton tersendiri.

Justeru pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bersiri terbaharu Akhir Sebuah Ilusi bermula 04 September 2008 yang mengisi Slot Astaka, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam di RTM1 yang plot ceritanya merujuk kepada kenyataan skop cerita berlegar dunia koprat, perniagaan dan kekeluargaan mampu diterima malah cukup dinantikan penonton.

Akhir Sebuah Ilusi menerusi 26 episod ini mengetengahkan barisan nama pelakon Jue Aziz, Siti Fazurina, Aida Radzwil, Abu Bakar Juah, Sabri Yunus, Ijoy Azhari, Kuswadinata dan Kismah Johar menjayakan drama paparan kisah realiti masyarakat dalam dunia koprat dan kekeluargaan ini.

Akhir Sebuah Ilusi mengisahkan pergolakan dan konspirasi yang berlaku dalam keluarga Datuk Tahir, pemilik syarikat Sempurna Holdings apabila anak saudaranya dikenali Sahira cuba menuntut kembali haknya dalam syarikat gergasi itu yang diyakini milik ayahnya, Osman.

Dalam pada itu, Sahira juga menyimpan dendam kesumat terhadap sepupunya, Kamilia. Kerana cemburukan kebahagiaan yang dikecapi Kamilia bersama keluarganya dengan kekayaan hasil syarikat yang melimpah ruah, Sahira sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan timbul perbalahan antara sepupunya itu dengan keluarga.

Kesempatan yang terbaik muncul apabila Datuk Tahir tidak bersetuju anaknya, Kamilia berkahwin dengan Johan. Sebaliknya mereka mahu menyatukan anak tunggal mereka itu dengan Asri, anak kenalan mereka. Kamilia kecewa dengan keputusan ayahnya lalu menolak pelawaan ayahnya bekerja di Sempurna Holdings. Dengan lakonan yang diatur rapi, Datuk Tahir akhirnya mengamanahkan jawatan itu kepada anak saudaranya, Sahira.

Sahira bangga namun masih menebal kemarahan di hatinya terhadap Datuk Tahir sekeluarga selagi dia tidak berjaya memperoleh haknya semula dalam syarikat itu. Dia lalu mengadakan konspirasi jahat dengan kakitangan yang cukup dipercayai Datuk Tahir dikenali sebagai Halim.

Malah dia sentiasa mencuri ruang untuk membunuh Datuk Tahir. Namun malangnya percubaannya seringkali gagal. Dendam di hatinya semakin membara apatahlagi melihat bapa saudaranya itu sudah mula kehadiran Johan sebagai menantu.

Justeru dia bertindak sedaya upaya menggoda Johan untuk menimbulkan amarah Kamilia. Tetapi hubungan cinta yang dibina sepasang suami itu tidak pernah tergugat. Kamilia amat mempercayai kejujuran suaminya itu.

Hinggalah satu hari Johan meninggal dunia akibat kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan atas urusan syarikat ayah mertuanya itu. Situasi itu menimbulkan tamparan hebat dalam diri Kamilia. Sementelahan dia disahkan mengandung anak sulong mereka.

Mujur ketika itu kehadiran Asri yang menganggap Kamilia seperti adik kandungnya sendiri banyak membantu dan menyalurkan semangat dalam diri Kamilia supaya meneruskan kehidupannya bergelar ibu tunggal.

Kamilia cuba mengumpul semangat terus hidup hingga akhirnya selamat melahirkan Danish. Tetapi kehidupannya sentiasa diburu dendam dan bayang Sahira yang tidak henti-henti menghantui hidupnya.

Adakah usaha Sahira tanpa jemu menuntut hak keluarganya menemui kejayaan? Bilakah akan muncul keadilan dan jalan kebahagiaan datang mengundang dalam hidup Kamilia di samping keluarga dan anaknya Danish?

Jangan lupa menyaksikan kesudahan Akhir Sebuah Ilusi bermula 04 September 2008 yang mengisi Slot Astaka, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam di RTM1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Hamil Anak Pertama?

KUIH RAYA JUARA ANTARA KOLEJ