Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Jue Aziz, Fouziah Gous, Dynas dan Ady Putra Dalam Drama Kala Hati



‘KALA HATI’ TEMUI PENONTON DALAM SLOT SAMARINDA

Slot Samarinda yang dipopularkan oleh TV3 menyajikan sebuah lagi drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul ‘Kala Hati’. Drama bersiri 25 episod ini menemui peminat setianya bermulai 30 Jun 2009, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Siri ini mendapat sentuhan dari pengarah Harris Fadhilah yang sebelum ini lebih sinonim dengan arahan drama berbentuk telemovie dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. Ini merupakan hasil kerja kedua Harris yang disiarkan oleh TV3 dan ianya berkisarkan konflik keluarga, percintaan dan persahabatan. Siri ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan seperti drama-drama yang pernah ditayangkan di slot Samarinda sebelum ini.

Ady Putra

Dynas

Dynas

Bagi mereka yang merindui Dynas, nantikan kemunculannya semula setelah mendirikan rumah tangga. Dynas memegang watak Rina bergandingan dengan Ady Putra yang memegang watak Faizal dan kedua-dua watak ini merupakan tunggak utama drama ini yang menjadikan drama ini sangat menarik.

Turut sama membintangi drama hebat ini ialah Jue Aziz (Nur Jannah), Fouziah Gous (Zizie), Rahim Jalani (Datuk Sufian), Aida Razwil (Datin Kalsom), Ahmad Tarmimi Siregar (Datuk Megat), Fadilah Mansor (Datin Zaidah), Steven Yap (KC Wong) dan Puspa Narayanan (Kavita).

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Samarinda merupakan antara slot  yang sentiasa mendapat rating yang tinggi sehingga mencecah lebih 2 juta. Kami cuba memberikan yang terbaik kepada penonton kami terutama penggemar-penggemar slot ini.

Untuk itu, kami telah memilih siri ‘Kala Hati’ untuk mengisi slot ini kerana ianya menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga. Watak utama yang dilakonkan oleh Ady Putra dan Dynas semestinya memberikan impak yang sangat berkesan disamping diperkuatkan lagi oleh pelakon-pelakon yang tidak boleh disangkal lagi kehebatannya menambahkan lagi perisa di dalam kisah ‘Kala Hati’ ini.” 

fouziah gous

Fouziah Gous

Sinopsis Drama Kala Hati

Drama ini mengisahkan Faizal seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika.  Dia merupakan anak angkat kepada Datuk Sufian dan Datin Kalsom yang sudah tiga tahu tidak pulang ke Malaysia. Namun demikian, adik angkatnya, Zizie masih tidak dapat menerima kehadiran Faizal sebagai abang angkatnya. 

Isteri Datuk Sufian, Datin Kalsom juga tidak begitu menyenangi kepulangan Faizal. Faizal memang sedar yang Datin Kalsom tidak sukakan dirinya sejak dari dulu lagi.  Dia diambil sebagai anak angkat ketika berusia lapan tahun kerana waktu itu Datin Kalsom gagal untuk mendapatkan anak.

Datin Kalsom pula terpaksa bersetuju dengan cadangan Datuk Sufian untuk mengambil anak angkat untuk menyelamatkan rumahtangganya. Bagi Datin Kalsom kasih sayang dan kemanjaan Datuk Sufian terhadapnya amat berlebihan. Sejak kecil, Datuk Sufian amat menyayangi Faizal. Faizal pula sedar akan dirinya dan dia telah belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke luar negara dengan biasiswa sendiri. 

Kepulangan Faizal  cukup menggembirakan Datuk Sufian tetapi tidak bagi Datin Kalsom.  Begitu juga adiknya, Zizie yang tidak langsung menegurnya. Jadi Faizal hanya dilayan baik oleh Mak Som, orang gaji yang amat memahaminya. Lebih menyedihkan, Datin Kalsom masih mengungkit Faizal tetap bukan darah daging mereka. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Datuk Sufian melantik Faizal mengendalikan syarikatnya, Tanjak Holdings yang mana tidak dipersetujui oleh isterinya. Datin Kalsom beranggapan Faizal ingin membolot harta mereka. Dalam pada itu, kelakuan Zizie menjadi tidak terkawal dan semakin liar.

Untuk mengeratkan perhubungan, Faizal ditunangkan dengan Rina, anak Datuk Megat. Faizal digesa berkahwin oleh Datin Kalsom supaya dia tidak akan membolot harta mereka memandangkan Datuk Megat juga seorang yang kaya, namun Faizal belum bersedia dan ingin menumpukan kepada perniagaan. Rina merupakan seorang anak yang terlalu dimanjakan, suka bergembira dan berkaraoke hingga larut malam bersama kawan-kawannya sehingga dia lupa asal-usulnya. Datuk Sufian pula tetap berpendirian bahawa Faizal sudah pasti dapat membimbing Rina sebagai seorang isteri.  Keadaan mula bertambah rumit apabila sedikit demi sedikit, Faizal jatuh cinta dengan setiausahanya, Nur Jannah.  

Apakah yang terjadi selanjutnya? Dapatkah Faizal dan Rina disatukan dan bagaimanakah cinta Faizal terhadap Nur jannah? Dimanakah pengakhiran kisah cinta ini? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan siri ‘Kala Hati’ ini, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam di slot Samarinda, hanya di TV3!

Tags: , , ,

Tags: , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fouziah Gous & Iqram Dinzly di AJL26
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Drama Karma Lakonan Aaron Aziz & Fouziah Gous
  • Fouziah Gous Bergaun Emas di Red Carpet FFM23
  • Gambar Fouziah Gous di Pelancaran Butik Mimpi Kita
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous
  • Gambar Candid Fouziah Gous Duta Produk Alaisyah
  • Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011
  • Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga



  • 2 Komen untuk entri “Jue Aziz, Fouziah Gous, Dynas dan Ady Putra Dalam Drama Kala Hati”

    1. Insan Pemerhati kata:

      salam..

      hi jue aziza

      saya suka tgk lakonan awk..

      paling best drama astro tu.. cempaka x silap..

      semoga terus berjaya dalam bidang lakonan..

      bui..bui..

    2. amy kata:

      adoi naper xder gambar plak…..rasanya cam dah lama jue aziz xkluar kat tv……

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK